Follow Me My Prenzzz!!!

Sunday, 8 May 2011

DUIT BERNOMBOR "RADAR"


No " RADAR" , itulah yang orang panggil semua duit-duit nih...bagi yang tahu sememang telah tahu mengapa duit ni atau no prefix duit ni di panggil no " RADAR".bagi yang tak tahu biar aku cuba jelaskan serba sedikit pasal no " RADAR" ni (konon pandai la nih..he3)..sebenarnya duit yang no nya " RADAR" ni adalah bila dibaca dari kiri kekanan atau dari kanan ke kiri bacaannya akan tetap sama.contohnya no 7179717.First cuba korang baca dari kanan ke kiri dulu, pastu cuba korang baca dari kiri ke kanan plak...korang akan perasan nombor yang dibaca itu akan tetap sama kan..contohnya lagi macam korang baca " RADAR"..bacaan untuk " RADAR" akan tetap sama bunyi nya kan walau korang baca dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri kan..namun nilai harga pasaran untuk duit yang bernombor " RADAR" ini tidaklah terlalu tinggi kalau nak dibandingkan ngan prefix yang mempunyai Solid Number..dengan kata lain harganya murah je..namun, apa yang korang perlu tahu duit yang bernombor RADAR ini sebenarnya mempunyai peminatnya yang tersendiri..ada geng2 kolektor yang tak kisah pon pasal no RADAR ni dan mereka buat belanja je...tapi bagi aku, aku tetap simpan..sebab kalau nak dikira, untuk dapatkan nya melalui circulation memang agak susah jugak la untuk kita perolehi...apa2 hal pon simpannnnnnnnnnnnnn jelah untuk koleksi..








Syiling Parlimen

Syiling Parlimen Siri Pertama 1 sen,5 sen,10 sen,20 sen dan 50 sen

Salam...Aku pasti korang pernah tengok syiling-syiling yang aku upload ni kan..bukan setakat tengok malah korang jugak ada gunakan syiling2 ni untuk kegunaan harian korang, sama ada untuk buat bayar tol, bayar nasik lemak, bayar teh tarik kat kat kedai mamak dan sebagainya. apa yang pasti korang mesti ada gunakan syiling jugak kan..untuk pengetahuan korang yang memang dah berpengetahuan dan aku saje je nak bagi tahu..he3..Syiling ni adalah merupakan syiling siri pertama dari tahun 1967 hingga 1988 yang dikeluarkan oleh BNM.syiling ini juga dikenali dengan nama syiling Parlimen. Tapi aku tak pasti lah korang perasan ke tak, kalau korang perasan pon, apa yang nak diherankan semuanya syiling kan, nilai muka atau ( Face Value) nya tetap sama kan...itu mungkin bagi korang dan korang pon tak kisah pon apa syiling yang korang gunakan.tapi bagi aku syiling ini ada nilainya yang tersendiri bagi pengumpul Duit lama macam aku yang baru nak berjinak2 ngan dunia mengumpul duit lama nih..kalau dulu memang aku tak kisah jugak pon..guna je syiling yang ada, apa nak kisah parlimen ke tak. tapi itu dulu, sekarang ni dah lain, kalau aku terjumpa syiling parlimen yang mcm dalam gambar kat atas aku tak akan teragak2 untuk menyimpannya.sebab melalui pemerhatian aku yang tak seberapa pro ni, aku perasan yang syiling parlimen ni makin hari semakin susah untuk kita dapatkan..contohnya aku pernah "select " lebih kurang dekat 2 ribu ringgit syiling yang bercampur-campur antara 5,10,20,50 sen dan apa yang aku dapat aku hanya memperolehi hanya tak sampai 2 ratus ringgit pon nilai muka untuk semua syiling siri parlimen ini yang berjaya aku kumpulkan dari nilai 5,10,20,50 sen...so aku percaya yang 1 hari nanti syiling siri parlimen ini akan beransur-ansur ditarik balik dan lama kelamaan akan hilang dalam "circulation" dan akan digantikan sepenuhnya dengan syiling baru yang selalu kita gunakan hari ini iaitu " siri kedua ( bunga raya ) 1989 hingga sekarang ". bukan niat untuk jual syiling atau untuk apa2 aku dengan penuh rasa tanggungjawab( cewahhh, eksyen la tuh..he3 ) rasa terpanggil untuk menyimpan "khazanah Negara" ini untuk tatapan anak cucu cicit aku satu hari nanti..so kalau korang rasa korang nak simpan/kumpul jugak...maka dari sekarang mulalah untuk menabung syiling parlimen ni dalam tabung korang semua..nanti 100 atau 200 ratus tahun lagi biar anak cucu cicit korang "kasi pecah" itu tabung dan leh la diorang tgk apa yang korang simpan untuk tatapan diorang nanti... hehehe...apa2 hal pon statement aku ni hanya pendapat aku jelah..tapi apabila dipikir2 kan memang ada logik jugak sebenarnya..ok lah apa2 hal pon kalau korang rasa nak kumpul syiling parlimen ini aku nak ucapkan "Selamat mengumpul dan Selamat Berjangkit".....

Koleksi Aku - Duit Malaysia


Sebahagian Daripada Koleksi aku yang tak seberapa..Sekiranya korang tengok gambar ni nampak macam kekuningan sikit jangan terkeliru ok..sebab bukan duit tu yang kekuningan tapi cahaya matahari tu yang buat duit tu jadi mcm kekuningan sikit tu..yelah pakai kamera phone je dan masa aku amik gambar ni waktu dah nak senja...condition duit ni di antara ( VF - UNC ). Masih ada lagi yang belum aku upload koleksi-koleksi aku ni..so buat masa ni setakat ni jelah dulu aku upload...apa2 hal pon layanzzz jelah...he3...

RM 5 Paper Sign Zeti Aziz ( UNC )

Muka Depan
Rm5 Sign Ahmad Don Printer Canadian Banknote (UNC)
Muka Belakang RM5 Sign Ahmad Don

RM5 Sign Ali Abul Hassan ( UNC )

RM10 Sign Jaafar Hussein (UNC) Printer Thomas De La Rue

Muka Belakang RM10 Jaafar Hussein

RM5 Sign Jaafar Hussein Without Cross (EF) Printer Thomas De La Rue

Muka Belakang RM5 Sign Jaafar Hussein W/O Cross

RM1 Sign Aziz Taha ( EF ) Printer Bradbury Wilkinson
Muka Belakang RM1 Sign Aziz Taha

RM5 Sign Jaafar Hussein With Cross and With Security Thread ( GEF ) 
Printer Thomas De La RUe

Muka Belakang RM5 sign Jaafar Hussein (GEF) With Cross and With Security Thread

RM5 Sign Jaafar Hussein (GEF) With Cross and Without Security Thread
Printer Thomas De La Rue

Muka Belakang
RM5 Sign Jaafar Hussein (GEF) With Cross and Without Security Thread
Printer Thomas De La Rue

Muka Belakang
RM5 With Cross ( berpalang )

RM1 sign Aziz Taha ( EF ) Printer Bradbury Wilkinson

RM1 sign Aziz Taha ( EF ) Printer Bradbury Wilkinson


RM10 Replacement Note ZE ( UNC ) R/N


RM1 Sign Zeti Aziz 1st Prefix AA ( UNC ) R/N


RM10 Sign Aziz Taha ( VF ) Printer Thomas De La Rue


RM20 Sign Jaafar Hussein ( VF ) Printer Thomas De La Rue and Company Limited


1. RM10 Sign Zeti Aziz W/O security thread
2. RM10 Sign Ali Abul Hassan Side W/O security Thread
3. RM10 Sign Ali Abul Hassan Center W/O security Thread


3. RM10 Sign Ali Abul Hassan Center W/O security Thread