Follow Me My Prenzzz!!!

Saturday, 9 June 2012

DUIT OOO... DUIT !!

( CAP AYAM JEE NI...)

Dah lama rasanya aku tak cerita pasal koleksi duit dalam blog aku nih...sebenarnya malas nak snap gambar duit nih sebab duit ni tak macam botol, mug dan gelas senang untuk di snap...yelah klu duit ni nak kena wat keluar dari plastik...nak pegang pun tangan tak boleh kotor atau berpeluh nanti tkot duit tu rosak..so aku biarkan jelah koleksi aku tu terperap di dalam box/kotak yang aku sediakan khas untuk simpan duit2 tuh...masuk dalam plastik khas pastu masuk dalam kotak dan campak je 2,3 ketul Desicant/silica gel untuk bagi dia kering dalam kotak tuh...klu dulu pernah guna album...tapi bila tengok-tengok macam tak sesuai je simpan dalam album tu, biasalah sebab guna Album yang murah je ( nanti nak kena cari yang Album mahal atau elok sikit la, album pon tak boleh sebarang album..kalau guna album gambar mmg hancussss la kita punya koleksi )..alih2 aku letak je dalam kotak senang sikit nak jaga (itulah kata orang kalau harta ni kita yang kena jaga dia, kalau ilmu plak dia yang jaga kita...hu3). apa hal korang layanzzzz jelah serba sedikit gambar duit yang aku dah snap ni...gambar ni pon gambar lama dah...masa membelek2 dalam komputer ni terjumpa gambar duit yang aku dah snap so aku buat la cerita..apa yang paling penting ini duit aku yang punyerrr!!!

 RM 10 3rd series dengan Sign Gabenor Ismail Md Ali RN D/79 463601 & D/79 463602 dengan gred aku pun tak tahu la...sebenarnya duit ni klu korang tengok nampak bersih je kan..untuk pengetahuan korang duit ni telah di washed/cuci oleh seller yang jual duit nih..memang aku dah tahu duit ni di washed/cuci tapi saje je aku beli sebab untuk buat koleksi aku je...klu nak jual balik memang tak de harga la sebab telah di cuci/washed...so kepada sesape yang baru nak berjinak-jinak dengan hobi ni berhati2 lah semasa membeli duit2 lama ni tkot terbeli duit yang telah di Cuci/Washed..dia jual dengan harga murah je dan memang dia dah cakap yang duit ni telah di cuci..aku cakap takpelah sebab nak buat koleksi je..

 Gambar belakang RM10 Ismail Md Ali

RM5 sign Gabenor Zeti Akhtar Aziz last prefix untuk Duit RM5 kertas, Gred duit ni masa aku amik/Beli dulu UNC tapi skang ni mungkin dah jadi AUNC kot..dah lama simpan dalam kotak mungkin gred pun dah jatuh kot...

  Prefix "BJ" adalah merupakan last prefix untuk duit RM5 kertas sebelum di tukar kepada duit RM5 Polymer..bagi ahli2 Numismatic yang minat main kepala dan ekor ni memang akan tahu tentang duit nih sebenarnya...adalah dalam 10pcs R/N untuk duit ni dalam simpanan/koleksi aku.

 RM 1 Sign Zeti Akhtar Aziz, Gred UNC..apa yang special pasal duit ni sebenarnya???cuba tengok bawah...

RM1 Sign Zeti Aziz First Prefix with three Alphabet " AAA"...Duit Malaysia yang pertama dihasilkan dengan No sirinya ada 3 huruf " AAA " Duit yang prefix nombornya dengan "AAA" ni mungkin masih senang lagi kita nak jumpa dalam circulation tapi untuk jumpa yang gred UNC ni susah la skit kot skang nih... banyak jugak aku jumpa yang gred hancusss untuk triple A ni tapi telah tegadai kat kedai mamak...so simpan jelah yang UNC..rasanya cukup la 50 pcs R/N untuk simpanan aku dan anak cucu aku nanti..he3...