Follow Me My Prenzzz!!!

Sunday, 29 May 2011

Awas!!! Jangan tertipu…



 Dua Jenis Syiling Palsu Tahun 2005 yang Berbeza, Sebelah kiri adalah Syiling palsu yang melekat pada magnet dan yang sebelah kanan adalah jenis yang tidak melekat pada magnet


Ujian menggunakan magnet membuktikan yang syiling palsu 50 sen Tahun 2005 juga ada yang melekat pada magnet


Apa yang aku cuba uploadkan ( gambar ) kat atas tu adalah bukan coin error ataupun rare..apa yang aku cuba ceritakan kali ini adalah mengenai syiling “50 sen palsu” untuk pengetahuan korang syiling 50 sen palsu ini sebenarnya aku jumpa dalam tabung syiling aku sebelum ini..dan untuk pengetahuan korang juga 
“ Menyimpan syiling palsu juga adalah merupakan satu kesalahan”. Namun syiling 50 sen palsu yang ada dalam koleksi aku ini bukannya cuba untuk digunakan bagi memperdayakan mana-mana pihak..tetapi sebagai kolektor Syiling dan Wang kertas, aku menyimpan syiling ini adalah sebagai rujukan sahaja dan aku uploadkan kat sini adalah untuk berkongsi info dengan korang semua..memang sekali pandang korang mungkin takkan perasan yang ini adalah syiling palsu sebab syiling palsu ini sekali tgk seakan-akan syiling yang original. Tapi bila diteliti betul2 korang akan perasan yang syiling ini sebenarnya berbeza dengan syiling- syiling yang original. Beberapa ciri yang boleh kita tengok untuk mebezakan antara syiling palsu dan original adalah dari segi berat syiling tersebut…syiling palsu lebih ringan daripada syiling yang original, selain itu cetakan pada gambar bunga raya dan juga gambar wau dibelakang adalah lebih kasar berbanding syiling original. Disamping itu permukaan syiling palsu juga amat berbeza dengan syiling original kerana permukaan untuk syiling palsu adalah lebih licin berbanding syiling yang original. Untuk pengetahuan korang juga syiling palsu ini juga mempunyai dua jenis..yang pertama jenis yang melekat pada magnet dan yang 1 lagi adalah jenis yang tidak melekat pada magnet. Selain itu juga bunyi antara syiling original dan syiling palsu bila dijatuhkan ke lantai simen korang akan mendengar bunyi yang nyaring untuk syiling original dan bila syiling palsu  dijatuhkan ke lantai bunyi yg terhasil tidak akan sama dengan bunyi syiling yang original.( material yang digunakan lebih rendah mutunya berbanding syiling yang original)  Ini lah serba sedikit perbezaan yang aku tahu berkenaan antara syiling palsu dengan syiling original..so berhati-hati lah dalam urusan harian korang dan jangan sampai tertipu…." BANTU LAH PIHAK BERKUASA UNTUK MEMBANTERAS PENGELUARAN SYILING DAN WANG KERTAS PALSU "

" Tinggal kenangan "

20 SEN 1994
MINTAGE 2,680,339

" Selamat Tinggal " itulah ungkapan yang sesuai yang boleh diluahkan buat masa sekarang nih...( cewah, jiwang la plak) hahahahaha....jangan salah sangka...bukan nak berjiwang...cuma aku nak ucapkan " Selamat Tinggal" kepada Syiling 20 sen 1994 ni je...untuk pengetahuan korang Syiling 20 sen 1994 ni telah berpindah tangan kepada kawan aku " AIDIL " tuan punya blog http://duit-duitmalaysia.blogspot.com/ ...syiling ni bukan di jual kepada beliau tetapi aku dengan dia SWAP Suka Sama Suka ( SSS ) je...kira berbaloi la dia bagi aku 40 keping syiling 1 sen parlimen..aku just bagi dia 20 sen 1994 dan syiling RM1 1994..he3..sebenarnya syiling ni dah lama berada dengan aku dan  aku rasa dah tiba masanya untuk " beliau" bersama tuannya yang baru...he3..harap2 tuannya yang baru nanti akan jaga " Beliau" dengan sebaik mungkin seperti mana aku menjaga nya dulu..he3...harap dengan "pemergian" syiling 20 sen 1994 ni koleksi aku dari hari kehari akan bertambah dengan lebih banyak dan lengkap...InsyaAllah.....

Coin Error

50 Sen 2008

50 Sen 1999

"Error ke Coin nih???? apa yang error coin nih???"...bagi yang kurang arif  dan kurang minat pasal coin error nih, itu lah pertanyaan yang mereka akan ajukan apabila mereka melihat coin yang mcm nih..kalau yang bukan mencari coin jenis macam nih atau bukan kolektor mungkin takkan perasan apa yang specialnya pada coin ini..pada mulanya aku pon tak berape perasan sangat apa yang specialnya pada coin nih...tapi bila di tilik-tilik, aku rasa coin ni mcm pelik je dan berbeza dengan coin-coin lain yang sama tahun dengannya..so dengan tidak teragak2 aku simpan jelah coin nih untuk dijadikan koleksi..dah lama aku simpan coin nih..so ada kesempatan aku cuba tanya ngan "otai-otai" yang tahu pasal coin nih, kenapa coin ni leh jadi mcm nih dan mengikut pendapat "otai" yang aku rasa bagi aku "otai " nih memang mahir dalam bab2 coin error nih, dia cakap error untuk coin nih namanya adalah " Struck through grease filled die "..ntah la...aku pon tak paham sangat apa maksudnya...apa yang aku boleh explain kan kat cni cuba korang tgk pada tulisan  "SEN" pada duit  50 Sen tahun 2008  dan  cetakan tahun " 1999 " pada coin 50 sen 1999 itu juga dah jadi "X999" dan  tulisan " SEN " pada coin 2008 tersebut juga dah hampir terpadam..tulisan "SEN" dan "X999" tersebut bukan terpadam disebab ada sape2 yang cuba hilang kan tapi tulisan "SEN" dan tahun "X999" tersebut terpadam daripada kilang  tempat syiling ini tini di tempa..so sebab itulah coin ini di panggil error..error disebabkan semasa proses tempaan syiling itu dilakukan..aku juga pasti  yang ini bukan duit palsu dan coin ini sememangnya error..walapon errornya ada lah" minor error " je tapi tk pe aku akan tetap simpan untuk koleksi aku..mana lah tahu kot2 satu hari nanti leh dapat coin yang lebih error dan lebih ganazzzzzssssss lagi daripada ini...InsyaAllah...so ini adalah merupakan satu permulaan yang baik untuk aku terlibat dalam pemburuan untuk memburu coin2 error yg lebih hebat di masa hadapan..he3..

Alahai..... 1 Sen je ke??

1 SEN ( BUNGA RAYA 1989-2007)


Tak de cerita aku buat cerita...he3...Disini aku uploadkan antara koleksi 1 sen bunga raya atau 1 sen siri ke-2 yang aku ada...kesemuanya adalah 1 sen siri ke-2 sebab aku telah asingkan antara siri pertama dan siri ke-2. Namun begitu jumlah kesemua 1 sen yang aku ada ni aku tk pasti la berapa ribu keping.( tak larat nak kira dan nak select untuk cari mana yg error/cacat)..tapi yang aku pasti memang banyak la jugak...he3...kesemua duit satu sen siri ke-2 yang aku dapat ni adalah ehsan daripada ramai orang...tanya dengan orang tu, tanya dengan orang ni...akhirnya ini lah hasil yang berjaya aku kumpul( ada 1 plastik lagi yg belum aku masukkan dalam bekas nih...hu3)..mungkin pada korang, apalah nak diherankan sangat dengan duit 1 sen ni kan...mesti berlambak lagi dengan korang kan...untuk pengetahuan korang jugak, hari ini negara kita sudah tidak lagi mengeluarkan lagi duit 1 sen ni sejak daripada tahun 2007...namun begitu ada jugak aku dengar ura-ura yang mengatakan bahawa penggunaan 1 sen dalam urusan jual beli kita mungkin akan dikaji semula oleh kerajaan /  BNM ( maknanya duit 1 sen ni akan digunakan semula la, tapi aku x pasti la guna balik ke tak 1 sen nih)..untuk pengetahuan korang jugak, sekarang ni kita dah tidak menggunakan lagi duit 1 sen ni...kalau dulu pergi pasaraya beli barang lepas bayar mungkin baki yang kita terima tu mesti la ada sekeping atau dua keping duit 1 sen kan..tp skang bila sistem penggenapan( betul tak istilah aku guna ni..he3) telah digunakan maka 1 sen yang ada skang telah tidak diguna pakai lagi dlm circulation...jadi 1 sen yang aku ada ni kalau disimpan sejuta tahun rasanya boleh jadi harta karun kot..he3...apa-apa pon korang layanzzz jelah...Salam....