Walaupun dalam kesibukan kerja yang masih bertimbun dan belum lagi disiapkan...naluri untuk memburu barang-barang koleksi masih lagi giat dijalankan...he3...walaupun pemburuan hanya dilakukan di kawasan yang berdekatan dengan rumah aku je...barang yang diperolehi tidak lah seberapa sangat namun kepuasannya tetap ada...InsyaAllah kalau ada masa dan rezki aku akan cuba untuk ke lokasi pemburuan yang lebih jauh sedikit dari rumah aku nih...sekarang ni tengah rikie2 kawasan mana yang sesuai untuk diserbu..kawan-kawan yang ada info tempat atau lokasi yang menarik boleh la roger-roger kat aku disini...he3...apa2 hal pon layanzzz jelah hasil yang tidak seberapa yang aku dapat nih...hanya untuk berkongsi dengan kawan2 yang mempunyai minat dan hobi yang sama...Adiossss!!!
Balang kaca daripada Milo..penutup plastiknya sahaja yang ada tulis Milo...tahun bila dikeluarkan aku tak pasti la plak.
Mempunyai ketinggian mungkin diantara 7 hingga 9 inci
Gelas Daisy Margerine..nampak macam gelas lama la jugak tengok pada tulisan " Daisy " nya tuh...tapi aku tak pasti selama mana...mungkin tahun 90 an kot..sesape ada info tolong aku yea...tkot aku silap je..
Di tapak gelas " Daisy Margerine " tu ada tulis KIG
Mug Fernleaf...macam pernah nampak gambar iklan susu Fernleaf dekat TV yang memaparkan gambar macam ni...tapi bila yeaaa????hu3
Lembu-lembu dari New Zealand ni nak kena jaga betul-betul barulah susu yang dihasilkan adalah susu yang terbaik dari ladang..he3..
Lembu New Zealand :
Bernafas dengan Udara yang segar
Makan rumput yang hijau
Minum air yang bersih
Guaranteed by New Zealand Dairy Board
Mug atau Cawan Sup daripada Jenama "VONO"