Sambungan cerita semasa aku pergi ke Pekan Rengit hari itu...inilah beberapa hasil buruan yang aku dapat dari jenama Coca Cola...Janji jenama Coca Cola, baru atau lama, rare atau tidak rare, hebat atau tidak hebat semua aku rembat...adalah beberapa ketul barang yang aku jumpa kt sana aku bawak balik (beli la beb...he3) dan kini dah masuk dalam senarai Koleksi Aku Punyer...he3..semua barang ni aku dapat dengan harga patut dan mampu milik...he3
Thumbler Aluminium Coca Cola..barang dah lusuh sikit, tapi takpelah janji Coca Cola...he3
Bekas air/ Gelas Plastik Coca Cola beserta straw nya..masih boleh digunakan...tapi aku tk guna kerana ianya adalah untuk aku jadikan sebagai koleksi aku...keh3
Bekas air Coca Cola...bekas air ni sesuai untuk mereka yang suka berbasikal...ketika penat mengayuh basikal boleh lah rehat sekejap sambil menikmati minuman sejuk/biasa untuk menambahkan semula tenaga yg telah hilang
Ini pun aku rasa adalah bekas air untuk mereka yang juga minat berbasikal...." COCA COLA EURO 2004 PORTUGAL "
"Turn Up The Feeling " Coca Cola...Bekas atau beg plastik PVC yang sesuai untuk menyimpan Minuman dalam tin Coca Cola atau bukan Coca Cola ( janji air tin je )
Mug dari Burger King yang mempunyai tulisan " Coca Cola - Trade Mark Regd ", kira Coca Cola punya barang jugak la ni sebab ada logo Coca Cola kan...he3
Aku selitkan jugak sedikit cerita pada hari ini ( 5/4/2012 ) Akhirnya........pemburuan yang tak pernah mengenal erti jemu membuahkan hasil yang sememangnya di nanti-nanti kan...ceeewah..Dari Jusco ke Tesco, Dari Tesco ke Giant, Dari Giant ke Carefour...Akhirnya aku jumpa air tin ni dekat Pandan ( mungkin baru sampai kat johor kot...he3 )...Kerana kegilaan pada masa tu membuak2 dan kepanasan hati yang tidak dapat disejukkan dengan kata2...dan kerana dah lama jugaklah aku memburu ( namun tidak la lama sangat lebih kurang 2 minggu je...he3 ) setelah aku mendapat info dari internet berkenaan bnda ni dah keluar, so bila aku terjumpa tin-tin ini aku telah merembat terus 1 crate air tin Coca Cola nih...hati banyak panas sebab susah sangat nak jumpa kt Johor nih..yelah mungkin bnda masih baru dan sebab johor jauh ke Selatan maka lambat la sampai kt Johor air-air tin Coca Cola nih..he3..Didatangkan dengan design sempena "UEFA EURO 2012"..Mula2 tengok dulu ingtkan tak keluar design macam ni pada tin Coca Cola..rupa2nya muncul jugak akhirnya Design ni pada tin Coca Cola nih..mmg terbaikk rrr..beli banyak2 nih boleh la bagi member minum semasa member berkunjung ke rumah...separuh lagi simpan la...aku sebenarnya kureeeeng sikit skang ni kalau air coke/air bergas ni, ms dulu2 mmg minat sgt air coca cola nih...he3
Cantik jugak sebenarnya design ni kalau ada pada tin Aluminium mcm nih..lagi cantik kalau ada pada botol kaca...tapi Malaysia dah tk de keluar botol kaca dah..he3...kalau botol plastik ni kurang feel skit la nak kumpul...hu3...kalau botol Aluminium boleh la gagah lagi kalau nak simpan...simpan lebih skit buat stok mana tahu meletup/bocor ke apa nanti, adalah standby kan..he3...namun yang 6 pcs ni member aku dah amik untuk simpanan/koleksi beliau...tidak lama lagi tin mcm ni akan berlambak kat pasaran dekat mana2 kedai runcit atau pasaraya..cuma aku je yg kurang sabar untuk dapatkannya...he3...apa2 hal pon layanzzzzzz jelah koleksi Cap Ayam aku nih ok...