Follow Me My Prenzzz!!!

Sunday, 29 May 2011

Awas!!! Jangan tertipu…



 Dua Jenis Syiling Palsu Tahun 2005 yang Berbeza, Sebelah kiri adalah Syiling palsu yang melekat pada magnet dan yang sebelah kanan adalah jenis yang tidak melekat pada magnet


Ujian menggunakan magnet membuktikan yang syiling palsu 50 sen Tahun 2005 juga ada yang melekat pada magnet


Apa yang aku cuba uploadkan ( gambar ) kat atas tu adalah bukan coin error ataupun rare..apa yang aku cuba ceritakan kali ini adalah mengenai syiling “50 sen palsu” untuk pengetahuan korang syiling 50 sen palsu ini sebenarnya aku jumpa dalam tabung syiling aku sebelum ini..dan untuk pengetahuan korang juga 
“ Menyimpan syiling palsu juga adalah merupakan satu kesalahan”. Namun syiling 50 sen palsu yang ada dalam koleksi aku ini bukannya cuba untuk digunakan bagi memperdayakan mana-mana pihak..tetapi sebagai kolektor Syiling dan Wang kertas, aku menyimpan syiling ini adalah sebagai rujukan sahaja dan aku uploadkan kat sini adalah untuk berkongsi info dengan korang semua..memang sekali pandang korang mungkin takkan perasan yang ini adalah syiling palsu sebab syiling palsu ini sekali tgk seakan-akan syiling yang original. Tapi bila diteliti betul2 korang akan perasan yang syiling ini sebenarnya berbeza dengan syiling- syiling yang original. Beberapa ciri yang boleh kita tengok untuk mebezakan antara syiling palsu dan original adalah dari segi berat syiling tersebut…syiling palsu lebih ringan daripada syiling yang original, selain itu cetakan pada gambar bunga raya dan juga gambar wau dibelakang adalah lebih kasar berbanding syiling original. Disamping itu permukaan syiling palsu juga amat berbeza dengan syiling original kerana permukaan untuk syiling palsu adalah lebih licin berbanding syiling yang original. Untuk pengetahuan korang juga syiling palsu ini juga mempunyai dua jenis..yang pertama jenis yang melekat pada magnet dan yang 1 lagi adalah jenis yang tidak melekat pada magnet. Selain itu juga bunyi antara syiling original dan syiling palsu bila dijatuhkan ke lantai simen korang akan mendengar bunyi yang nyaring untuk syiling original dan bila syiling palsu  dijatuhkan ke lantai bunyi yg terhasil tidak akan sama dengan bunyi syiling yang original.( material yang digunakan lebih rendah mutunya berbanding syiling yang original)  Ini lah serba sedikit perbezaan yang aku tahu berkenaan antara syiling palsu dengan syiling original..so berhati-hati lah dalam urusan harian korang dan jangan sampai tertipu…." BANTU LAH PIHAK BERKUASA UNTUK MEMBANTERAS PENGELUARAN SYILING DAN WANG KERTAS PALSU "

3 comments:

  1. Satu ulasan yang bagus!untuk kajian bersama-sama,saya secara iklas saya menjemput kamu mengunjungi Blog saya di: http://dniewcollectors.blogspot.com dengan topic:MALAYSIA COUNTERFEIT COINS:MALAYSIA -50 CENTS BUNGA RAYA SERIES.
    Selamat berniewmismatik!

    ReplyDelete
  2. terima kasih mr.niew diatas jemputan dan juga kunjungan Mr.niew ke blog saya yang tak seberapa nih...Sememangnya blog mr. niew sy telah jadikan salah satu blog rujukan saya..

    ReplyDelete
  3. owh..baru tau nih..dlu pernah dengar kes RM50 paslu rupanya 50sen pun ada juga..terima kasih atas info ni ya..

    ReplyDelete