Follow Me My Prenzzz!!!

Tuesday, 24 January 2012

From Kampung With Love

Salam 1 Malaysia...Sekali lagi aku ingin kongsi kan apa yang aku dapat kat kampung secara kebetulan masa aku balik bercuti bulan 12 hari tu..So sesuai la kan klu aku tajuk yang aku gunakan untuk entri kali ini adalah " From kampung With Love " he3...So layanzzz jelah beberapa keping gambar yang aku postkan kat sini nih ok..Aku hanya ingin berkongsi je dengan teman-teman semua...

 Duit ni aku dapat semasa keluarkan duit dekat mesin ATM..mmg kebiasaan bagi aku bila keluarkan duit aku akan  tilik2 dulu sebelum aku gunakan bagi memastikan " keselamatan " duit itu terjamin...he3...apa yang menariknya bila aku tengok duit2 yang aku keluarkan adalah sekeping yang cacat yang mana sekeping tuh ada mempunyai cop berhuruf " H " berwarna merah di penjuru atas sebelah kiri dan di penjuru bawah sebelah kanan ( Sila lihat gambar )..aku sendiri tidak pasti siapakah dan apakah motif  "budak nakal" yang membuat cop kat kedua2 penjuru duit nih...apa hal aku simpan dulu sementara aku cuba mendapatkan info berkenaan duit/cop  nih...rasanya x de yang spesel sgt kot..kalau lah ada sesape yg ada info atau ada menyimpan duit yang mempunyai cop seperti yang aku punyer nih tolong info kt aku k...sama2 lah kita berkongsi pandangan dan maklumat..hu3 ( x lama lagi mungkin akan tergadai kat kedai mamak jugak duit nih...he3)


 Tidak ada apa yang istimewa pon...hanya RM10 yang bertandatangan Gabenor Ahmad Don je nih...conditionnya pon dah hampir lunyai ( FINE kot )..sebenarnya duit ni aku x perasan pon berada kt dalam wallet aku..terperasan bila aku keluarkan duit masa nak bayar rokok dekat sebuah kedai runcit kat kampung aku..masa hulur tuh aku tgk duit nih tk de security thread.. terus aku tarik balik ingatkan yang sign Zeti punya..tp bila tgk sign tepi...bila tgk betul2 rupa2 nya sign Ahmad Don...so tk jadi la aku guna..simpannnnnnn...susah jugak klu nak dapat dlm circulation untuk sign tepi Ahmad Don atau Sign Ali Abul Hassan ( ada orang panggil sign Aishah ) ni sebenarnya..klu yang sign Zeti Aziz Without Security Thread tu masih lagi senang untuk kita dapatkan...Walaupun masih senang untuk dapat Rm10 Sign Zeti Aziz yang tk de Security Thread (Benang keselamatan) Namun ianya semakin lama dah semakin pupus atau susah gak untuk kita jumpa kt dalam circulation..kadang2 kalau duit RM10 ribu pun ada kt tangan kita kalau dh tk de rezeki tu nak jumpa sekeping pon susah gak...he3..bergantung pada nasib jugak la..


Almost Solid Number/RADAR...kedua2 istilah tersebut rasanya sesuai untuk digunakan kepada duit yang bernombor mcm nih...Duit ini jugak aku dapat hasil daripada membeli belah semasa di kampung aku..he3..mula2 nya aku tak perasan pon kerana duit baki yang aku dapat ni aku terus masukkan kat dalam poket aku bukan wallet..bila sampai rumah ingat nak susun dan masukkan kesemua duit2 baki yang aku  dapat tadi kat dalam wallet..tiba2 terpandang plak duit yang nombornya mcm diatas nih...apa lagi terus aku tarik dan simpan...tp sayang conditionnya tidak berapa menarik(lunyai), walaupon telah lunyai tapi aku bernasib baik kerana duit ini tidak terkoyak..hu3...kalau conditionnya EF ke atas alangkah baiknya...he3..apa hal pon aku simpan je la sebagai koleksi aku...bukannya aku nak jual pon...hu3

Duit ni plak aku dapat dari seorang kawan aku...dia tahu yang aku suka kumpul duit-duit lama nih..so dia tanya aku minat tak duit mcm nih...apa lagi aku rembat la.. dah mmg aku minat dengan duit2 yang nombornya cantik/RADAR nih..x perlu beli atau tukar dengan dia...just belanja dia Teh tarik je segelas...he3...apa2 hal pon terima kasih bro..lain kali kalau ada yang menarik lagi jangan lupa bagi aku...keh3...

No comments:

Post a Comment