Balik kampung masa cuti hari tu, aku ternampak satu benda yang telah mengembalikan nostalgia aku semasa aku di zaman kanak-kanak dahulu...Benda itu bukan setakat mengamit kenangan aku di zaman kanak-kanak dahulu tetapi mengimbas kembali kenangan aku bersama dengan Arwah Datuk aku yang telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1996 (Allahyarham Haji Daud Bin Ibrahim)...masih terbayang2 lagi dalam fikiran aku ini bagaimana arwah menggunakan benda ini semasa lewat tahun 1980-an dulu..Sayu rasanya hati ini bila melihat benda ini masih ada lagi dan tergantung di bawah rumah tanpa ada sesiapa yang mempedulikannya..lalu benda ini Aku ambil dan aku sapu dan aku bersihkan seadanya...suatu ketika dahulu benda ini amat berguna untuk seorang tukang kayu bagi melicin meratakan permukaan kayu yang telah di belah...ianya amat berguna bagi seorang tukang rumah atau tukang kayu..Benda ini aku kenali dengan nama Ketam Kayu..Rasanya ramai yang sudah mengenali dan menjadikan benda ini sebagai koleksi untuk tatapan anak cucu cicit korang 1 hari nanti...dek kemajuan yang kita kecapi hari ini benda ni makin lama, makin di lupakan dan ramai generasi muda kita pada hari ini tidak lagi pernah melihat dan mengenali Ketam Kayu yang sememangnya banyak kegunaannya kepada generasi terdahulu....
Walaupun mata besi untuk ketam kayu ini sudah tiada namun dapat menyelamatkan Ketam Kayunya sahaja pun sudah cukup baik daripada membiarkannya hilang reput di mamah usia..Sekurang2 nya biarlah ia menjadi tatapan untuk anak cucu cicit kita satu hari nanti...sekurang2 nya biarlah mereka tahu betapa cekalnya generasi terdahulu berusaha untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka supaya generasi hari ini dapat menikmati kehidupan yang lebih baik pada hari ini...
Bahagian bawah Ketam Kayu yang licin, namun yang aku punyer ini tidak la selicin seperti waktu ianya berkeadaan baik suatu ketika dahulu...mungkin di perbuat daripada kayu yang agak keras ( Aku kurang pasti kayu apakah yang digunakan untuk membuat Ketam Kayu ini )...Kelicinan di bawah tapak Ketam Kayu ini memudahkan urusan untuk mengosok dan meratakan permukaaan kayu yang telah di belah atau yang telah dijadikan kepingan...
InsyaAllah aku akan menjaga Ketam Kayu ini sebaik yang mungkin dan seterdaya yang aku mampu...Akhir Sekali Al-Fatihah untuk arwah Datuk aku yang telah kembali ke rahmatullah...Al-Fatihah.......