Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung-pengunjung blog aku yang sudi singgah dan meluangkan masa di blog aku nih...hari ini aku cuba kongsikan koleksi duit error yang ada dalam simpanan aku dan baru je aku dapat...sebenarnya duit kertas Rm10 ( Cutting Error ) aku ni tidaklah error sangat..ianya boleh di kategorikan sebagai " minor error" je...tetapi sebagai "kolektor cap ayam" mcm aku ni kira syok la jugak sebab aku leh dapat error yang mcm ni ( tambahan lagi tanpa perlu mengeluarkan modal/maknanya bukan aku beli la duit nih he3)..duit ni aku rasa ok la sebab ianya adalah bertandatangan Gabenor Ali Abul Hassan Sign Tengah punya...error atau tidak korang tengok sendiri dan nilaikan la sendiri error ke tak duit aku ni sebab aku pon bukannya pandai atau mahir sangat bab2 error nih...so layanzzzzzz jelah k.....
Saje je aku letakkan dua keping RM10 Sign Ali Abul Hassan ni untuk perbandingan...yang atas adalah RM10 yang Normal dan yang kat bawah tulah yang aku rasakan Cutting Error (Cuba Perhatikan kat penjuru no "10" kedua-dua duit sign Ali Abul Hassan nih) ada lain mcm sikit kan yang kat bawah tuh..bila di ukur kedua-dua duit nih ukurannya sama besar je..tak de beza sikit pun...kalau ada beza mungkin aku rasa ada orang yang sengaja potong...tapi bila di ukur takde beza lebar atau panjang kedua2 duit nih(antara yang normal dan yang error tuh )...hu3
kasi Zoom In dekat sikit...( yang normal punya )
Kasi Zoom In dekat sikit...( yang Cutting Error punya )
Gambar Keseluruhan Duit RM10 yang aku rasakan Cutting Error
So kepada mana-mana pengunjung blog atau otai2 Numismatik yang mempunyai maklumat secara detail mengenai duit ni, sudi2 kan lah kongsi kan maklumat anda dengan aku yang " cap ayam " nih...
Syabas Bro :) barang baik nie :)!
ReplyDeletewah... memang tak namapk error tu tapi bila di zoom barula dapat dikesan. Terbaik lah!
ReplyDeletesaya pun ada la...
ReplyDeletelu ada lu simpan la..gua ada gua simpan...kah3
ReplyDelete