Salam kawan-kawan semua..apa mcm dengan koleksi MILO korang setakat nih??sudah lengkap??he3..Bagi aku rasanya cukup lah setakat ni dulu untuk aku sebat tin-tin MILO dan mug MILO edisi terhad 2012 nih..nanti mabuk MILO plak aku lepas nih..dah banyak dah MILO yang disedekahkan kepada sedara mara dan teman2 , bagi mendapatkan Mug edisi terhad daripada MILO nih..sekarang ni plak nak lengkapkan tin-tin Milo edisi terhad ni plak..aiii..rasanya modal pun dah tidak berapa ada lagi dah nih..hu3..tapi hati panas je bila asyik dengar iklan dalam radio dengan ayat " kumpulkan kesemua tin-tin Milo edisi terhad, seiring dengan mu sekarang" Akhirnya tin 1970an aku sebat jugak aku arini..nak sebat yang tahun 1990an sekali, tapi hati dikuatkan supaya jangan terpedaya lagi dengan hasutan-hasutan yang ada dekat sekeliling, tambahan plak poket dah mmg kering tahap kemarau dah nih..nasib baikkkk (simpan sikit modal mana la tahu kot2 ada barang koleksi lain yang perlu didapatkan dengan kadar segera)...keh3..
2 ketul tin ni pun cukup lah dulu setakat nih..ada rezeki lebih nanti dan sementara stok masih ada aku sebat la yang dua ketul tu lagi ( 1990an & 2012 )..hu3...kalau dah mmg rezki takkan kemana kan, tapi kalau dah takde rezki yang dalam mulut pun boleh keluar..apa2 hal pun sabar itu penting sebenarnya (ayat sedapkan hati sendiri)
Aku pilih design yang tahun 1950an dan 1970an sebab ianya nampak oldskool sikit..hu3..
Tak boleh lengkapkan tinnya, dapat aku lengkapkan mugnya pun jadi lah..sekurang2nya adalah sedikit kenangan untuk tahun 2012..kalau untung nasib badan nanti leh jumpa kat kedai-kedai apek yang mereka jual barang-barang free gift yang tidak dituntut oleh customer boleh la aku rembat lagi mug Limited Edition nih..he3..So kata kuncinya kat sini sekali lagi adalah sabarrrr dan jangan tamak!!!he3..
Muka depan mug tahun 1950an dan 1970an
Muka Belakang mug tahun 1950an dan 1970an
Muka depan mug tahun 1990an dan 2012
Muka belakang mug tahun 1990an dan 2012
No comments:
Post a Comment