Follow Me My Prenzzz!!!

Monday 16 May 2011

"HASIL BURUAN"

1 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )


5 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )



10 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )



20 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )


50 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )


" Hasil Buruan " ...itulah perkataan yang sesuai aku rasa boleh di gunakan untuk kesemua syiling-syiling siri pertama ( Parlimen ) yang aku dapat ini..Sebenarnya syiling-syiling parlimen yang aku dapat ni bukannya aku perolehi dalam masa 1 hari je..perlukan masa beberapa bulan dan perlukan modal untuk aku dapatkan semua ini...so dengan berkat kesabaran aku dalam usaha untuk mengumpul dan "menyelamatkan khazanah negara " ini maka hasilnya adalah seperti yang korang lihat inilah..he3...bukan nak menunjuk2 tapi untuk pengetahuan korang, buat masa sekarang untuk dapatkan syiling parlimen ni mungkin bagi korang senang, sebab dalam urusan harian korang untuk bayar apa-apa jelah, korang pasti menggunakan syiling seperti yang dalam gambar yang aku upload kan ini...yelah kalau tak banyak pon sekeping dua mungkin ada dan bercampur dengan syiling bunga raya( Siri Ke-2 ) kan???( ntah lah korang perasan ke tidak...he3)..tapi aku nak tanya korang perasan tak yang syiling siri pertama ( parlimen ) ini sebenarnya semakin hari semakin susah untuk diperolehi dalam urusan harian kita..bagi aku, aku rasa yang syiling ini satu hari nanti akan terus hilang dan digantikan dengan siri ke-2 ( bunga raya ) sepenuhnya ...mungkin bagi korang, korang tak kisah pon, kalau nak ganti, ganti la dengan duit apa-apa pun..janji duit korang berlambak dan sah "diperlakukan"..tapi bagi aku, sebagai seorang kolektor wang kertas dan syiling lama...syiling siri pertama ini juga menjadi buruan aku dengan membe aku "AIDIL"..pada kami syiling parlimen ini sebenarnya mempunyai nilainya yang tersendiri..so aku dengan membe aku "AIDIL" ini berusaha yang setakat kami mampu untuk mengumpul dan " menyelamatkan" syiling siri pertama ini supaya tidak terus hilang di telan zaman dan dengan harapan suatu hari nanti semoga ianya boleh dijadikan tatapan anak cucu kami di hari muka....InsyaAllah...so kalau ada diantara korang-korang yang ingin berjinak-jinak dalam dunia " numismatic " ini, maka langkah pertama korang, kumpul dan "selamatkanlah" dulu syiling ini sebelum terlambat (saranan aku je nih)...Salam....