Follow Me My Prenzzz!!!

Wednesday 23 May 2012

FREE GIFT DARIPADA DUMEX

Salam 1 Malaysia kepada semua yang sudi berkunjung ke sini dan meluangkan masa dalam blog aku nih...Hari ini aku cuba kongsikan apa yang aku dapat pada 23/5/2012 iaitu Tin edisi khas yang di keluarkan oleh Dumex sempena 54 tahun Dumex bertapak di alam nih...setelah mendapat info daripada Blog Bro Spallan http://spallanpunya.blogspot.com/2012/05/merahhijaupink.html pada malam semalam hati sudah menjadi tidak keruan...he3...Barang baik nih, aku mesti takkan lepaskan, nasib baik lah malam tu pasaraya atau kedai Apek dah tutup klu tak memang aku akan serbu malam tu jugak untuk dapatkan bnda alah nih...Tapi berkat kesabaran aku, maka aku telah deal ngan kawan aku yang mana anak2 dia minum susu nih, so aku bagitahu lah dia yang aku hanya inginkan tin Dumex nih untuk dijadikan Koleksi dan susu tu aku jual pada dia, maka dia pon bersetuju ( Yahooo!!! hati aku keriangan..keh3 )...so tk delah aku membazir sangat sebab anak aku mmg tak minum susu nih, diaorang minum Dupro ngan Nan...so bila persetujuan telah dicapai maka balik dari tempat keje aku terus ke kedai apek dekat umah aku tu, akhirnya Tin-tin ini berjaya jugak aku dapatkan dengan pembelian 3 paket susu Dumex Dugro 3-6 tahun...Bermula lah cerita dekat kedai jual susu tu plak...mula2 orang jaga kaunter ( Pekerja dia gak, bukan tokey ) pembayaran tu kata untuk dapatkan Tin nih kena beli dua pek susu Dumex Dugro 900g baru leh dapat 1 tin Dumex Edisi Khas nih ( Betul ke??? Aduhai...hati sudah frust sebab aku nak ketiga-tiga tin ni baru lengkap koleksi aku, takkan aku nak beli 6 paket baru leh dapat 3 tin lengkap DUmex nih, bukan aku nak jual susu pon beli banyak2 )...Aku x puas hati, lepas aku buat pembayaran, aku pergi belakang dekat tempat susu tuh nak baca dia punya iklan betul2, aku tengok ada pekerja dia yang jaga bahagian susu tuh dan aku buat2 tak paham dan aku tanya dia " ini susu 1 pek boleh dapat 1 tin ke??" pekerja dia tanpa was-was jawab "yea"...aii..lain plak ngan kaunter cakap ( aku cakap dalam hati la..hu3) so aku pun tunjuk la pada dia yang aku dah beli 3 pek, tapi dapat 1 tin je nih..dia cakap mungkin kat kaunter dah abis stok kot, nanti dia pergi amik kat dalam stor, aku pon tunggu lah...tengok2 dia bawak ketiga-tiga jenis tin yang aku nak tu..terus dia masuk kan kt dalam plastik aku..so apa lagi aku terus keluar la dengan muka kepuasan dan seronok yang bukan main sebab dapat jugak aku lengkapkan koleksi Tin Dumex Edisi Khas nih...bukan salah aku dah sebab aku rasa mungkin untuk 1 pek mesti akan dapat 1 tin Dumex nih..mungkin ada miss comunication kat ctu kot antara Kaunter ngan orang yang bahagian jaga susu tu kot...Biaq pi la, janji dia dah untung besar pun..bukan salah aku pun dan bukannya aku curi pun kan...koh3...( Cerita Panjang sangat, tapi tak de yang menarik pun...he3)

Gambar iklan ni aku pinjam dari Blog Bro Spallan  http://spallanpunya.blogspot.com/2012/05/merahhijaupink.html ..Sori Bro pinjam gambar x bagi tahu...minta izin utnuk kegunaan blog aku sebab aku tak de gambar iklan nih...Apa2 hal pun terima kasih diatas info yang aku dapat dari blog Bro tuh...memang terbaikkkk!!!!


Tin Dumex yang berwarna Hijau...Sungguh menawan...Gambar pun OldSkool je nampak..tu yang tak boleh tahan tuh...

Merah Jambu pun tidak kurang hebatnya...Walaupon lebih kepada warna orang perempuan tapi tetap menarik untuk dijadikan koleksi...Gambarnya pun turut nampak Oldskool...mengamit Nostalgia..keh3

Merah yang menambahkan lagi penyeri untuk koleksi tin Dumex aku nih..

Tak sesuai untuk simpan susu formula dalam nih..mungkin tidak kedap udara sangat kot...lagi pon aku bukan nak buat bekas simpan apa2 pon...just nak buat koleksi je...keh3

Ketiga-tiga jenis tin Dumex yang berjaya aku perolehi..puas hati aku arini...

Aku kongsikan jugak barang Coca Cola EUFA EURO 2012 yang aku dapat arini...walaupon tidak menarik...janji Coca Cola...layan  je lah..he3