Follow Me My Prenzzz!!!

Tuesday 27 March 2012

MEMBURU DAN TERUS MEMBURU

" Memburu dan Terus Memburu " mungkin itu lah ungkapan yang sesuai untuk entri kali ini rasanya..Hasil buruannya tidak lah seberapa namun sedikit sebanyak dapat lah memenuhkan gerobok koleksi aku yang masih berlompang nih...he3...walaupon hasil buruannya tidak lah seberapa namun bila dah minat ni tk leh nak ckp apa lah...he3...apa2 hal korang layanzzz jelah yea dan semoga dapat lah kita bertukar2 info dlm ruangan ini...hu3

 Botol Plastik 1.5L Coca Cola baru, yang dihasilkan sempena dengan kejohanan bola sepak UEFA 2012...nampak menarik jugak design botol ini sebenarnya kalau di tengok2..namun sayang ianya diprint pada botol plastik..cuba intai2 jugak kot2 ada Design yang mcm ni pada tin Coca Cola namun hampa tk ada lagi...mungkin tidak ada ataupun mungkin lambat sikit kemunculannya..ntah la kita sama2 nantikannya...Untuk pengetahuan korang jugak sebenarnya botol ni aku dapat dekat Pasaraya Jusco..

 Ada peraduan yang boleh disertai dan boleh menang hadiah..promosi ini sebenarnya bermula 1 April hingga 30 Jun 2012..sambil minum air coke sambil tu boleh lah menyertai peraduan ini..he3

 " MENANGI PENGALAMAN VIP UEFA EURO 2012"

 Sambil berjalan untuk ke kaunter bagi membayar Air Coca Cola tu aku singgah sekejap dekat rak2 yg meletakkan segala mcm kopi dan Teh...mata terpandang pada sebaris kotak yang mmg aku amat kenali...Yeaaa...kotak Nescafe...he3...di luar kotak itu aku tengok ada tertulis " Mug Edisi Terhad Percuma " sempena 100 tahun Nestle di sisimu...Mungkin dah lama dah mug ni ada dalam pasaran...aku je yang baru dapat, sebab dh lama la jugak tk pergi berjalan2 kt pasaraya...x dapat nak pergi masa karnival 100 tahun Nestle yang di hadiri oleh bro Spallan http://spallanpunya.blogspot.com/2012/03/karnival-100-tahun-nestle-di-sisimubhg_25.html ...tapi dapat pergi ke Jusco untuk beli Mug ni beserta Nescafenya pon jadi lah...hu3..

 Design Mug nya sedikit berbeza dari mug yang sebelum nih...mungkin sebab di keluarkan untuk meraikan sempena 100 tahun Nestle di sisi mu..

 Masa balik dari Jusco aku sempat singgah dekat kedai runcit berhampiran dengan rumah aku...sebelum ni mmg aku dah pernah tengok air 100 plus yang memaparkan gambar jaguh2 sukan Negara kita ni...so hari ini baru aku rasa nak beli...so aku amik la dulu 3 ketul..tengok cantik jugak designnya...mengikut bro Iayylr klu x silap aku yang mana Design untuk 100 plus ni semuanya ada 12 jenis...pelan2  kayuh la untuk lengkapkan kesemuanya sebab bnda masih baru lagi..masih banyak lagi kt pasaraya dan kedai runcit..he3..

 Dekat kedai runcit tu jugak aku tengok ada Thumbler Milo nih...ada banyak sebenarnya tapi banyak yang dah pecah...so dalam banyak2 yang pecah tu aku jumpa la yang ini, dimana ianya adalah paling baik conditionnya berbanding kawan2 nya yang lain..so aku amik jelah yang ni sebelum ianya turut pecah seperti kawan2 nya yang lain...dapat dengan harga RM1 je...he3...

 Gambar belakang Thumbler Milo yang aku dapat tuh...

Ni pun aku dapat kt kedai runcit tuh promosi  untuk Milo Fuze hari tu...Milonya dah x ada yang tinggal hanyalah bekasnya sahaja...di jual dengan harga Rm2.50 seketul..mahal la jugak tp aku amik jugak...sementara stok masih ada...hu3
" Come Out And Play "