Follow Me My Prenzzz!!!

Showing posts with label Syiling/Duit Peringatan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Syiling/Duit Peringatan Malaysia. Show all posts

Saturday, 18 February 2012

RM50 SUKOM 1998

( SUDAH LAMA BERADA DALAM SIMPANAN, HARI INI BARU TERGERAK HATI UNTUK DIKONGSI BERSAMA RAKAN-RAKAN SEMUA)

Salam 1 Malaysia...hari ini aku punyer cuba kongsikan salah 1 koleksi aku yang memang dah lama berada dalam simpanan aku..Barang biasa-biasa je tk de yang " rare " atau yang " pelik " pun, cuma aku nak kongsi je dengan pengunjung-pengunjung yang sudi singgah ke blog aku nih..Tidak perlu nak cerita panjang tentang duit sebab aku rasa, semua orang dah tahu mengenai duit Peringatan RM50 yang di keluarkan oleh BNM sempena temasya Sukan Komanwel yang telah diadakan Di Kuala Lumpur pada tahun 1998 dulu...Duit ini tidak lah lama sangat cuma ianya di keluarkan sempena memperingati bahawa Negara kita pernah menjadi tuan rumah untuk Sukan Komanwel pada tahun 1998...apa-apa hal pon aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang mana rakyatnya berbilang kaum tapi hidup dalam keadaan yang aman damai dan harmoni...Alhamdulillah...sama2 lah kita jaga keharmonian ini agar ianya akan terus kekal pada masa-masa yang akan datang...apa2 hal pon korang layanzzzzzzzz jelah...






Sunday, 23 October 2011

Syiling Peringatan Malaysia

Salam 1 Malaysia untuk semua yang sudi membuat lawatan ke Blog "aku punyer" yang tidak seberapa ini...untuk pengetahuan korang sebenarnya dah lama blog " aku punyer " ini tidak di update disebabkan oleh kekangan masa dan juga atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan..Namun hari ini " aku punyer " mempunyai sedikit masa terluang dan " aku punyer " cuba untuk berkongsi serba sedikit koleksi syiling peringatan yang ada dalam koleksi " aku punyer".walaupun syiling-syiling peringatan yang ada dalam simpanan aku ni bukan lah "RARE" sangat pun dan harganya tidaklah semahal mana, namun sebagai pengumpul syiling dan wang kertas, kesemua syiling-syiling ini ada nilai-nilai estetikanya yang tersendiri kepada aku.  Untuk pengetahuan korang juga sebenarnya syiling peringatan yang ada dalam koleksi aku ini masih lagi blom lengkap dan masih banyak lagi yg diperlukan untuk melengkapkan koleksi syiling peringatan ini...pelan-pelan kayuh la kan...kumpul setakat yang termampu...he3

KOLEKSI SYILING PERINGATAN

 SYILING MALAYSIA SIRI KE-3 (2011)

 SYILING PERINGATAN ULANGTAHUN KE-50 PARLIMEN

 SYILING MALAYSIA 1990 ( EDISI BAHASA MALAYSIA )

 SYILING MALAYSIA 1990 ( EDISI BAHASA INGGERIS )

THE 30TH ANNUAL MEETING  OF THE ISLAMIC DEVELOPMENT BANK

SYILING PERINGATAN 50 TAHUN FELDA 

 SYILING PERINGATAN 50 TAHUN BUNGA RAYA SEBAGAI BUNGA KEBANGSAAN

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-125 JUPEM

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-50 TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-125 KTM

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-50 BNM

 SYILING PERINGATAN SUKAN SEA DI KUALA LUMPUR

SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-75 TLDM

Buat masa ini hanya ini lah sahaja syiling-syiling peringatan yang berjaya dikumpul oleh " aku punyer"...InsyaAllah " aku punyer " akan berusaha setakat yang mampu untuk melengkapkan kesemua koleksi syiling peringatan ini dari masa ke semasa...akhir sekali terima kasih aku punyer ucapkan kepada mereka-mereka yang sudi berkunjung ke dalam blog " aku punyer " ini...InsyaAllah blog ini akan terus di update dari masa ke semasa..Salam......