Follow Me My Prenzzz!!!

Tuesday 4 December 2012

SINGGAH SEKEJAP....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog "aku punyer" yang sudi singgah ke blog aku nih..dah lama jugak la aku tidak mengupdate blog aku nih...walau bagaimanapun semangat untuk mengumpul dan memburu tetap ada (buru tetap buru bro!!)...bukan tidak ada barang yang nak dikongsikan cuma sedikit malas untuk menulis..he3...lebih seronok melawat blog kawan-kawan dan melihat koleksi kawan-kawan yang lain semakin bertambah..disini aku nak kongsikan sedikit barang yang aku jumpa semasa  dalam perjalanan balik ke kampung hari tu..barang-barang ni aku dapat dekat Rompin...dalam perjalanan tu mata terpandang sebuah kedai menjual " Perabot dan Barang-barang terpakai dari Singapura "..Terus U-Turn semula..Singgah dulu sekejap, mana tahu ada barang-barang baik kat sini..he3..dan hasilnya ini lah yang aku dapat...namun begitu ada jugak benda yang aku tinggalkan kerana memikirkan perjalanan yang jauh, tkot nanti pecah  plak benda kaca ni kalau amik banyak2..amik dulu yang mana aku rasa berkenan..yang lain2 tu kalau ada rezeki nanti boleh aku dapatkan semula...dan ini lah hasilnya yang tidak seberapa yang aku dapat di Rompin dengan harga patut...(Biar gambar je berbicara...malas nak citer panjang2..he3)

Caltex Punya gelas dari Singapore

Tengok pada gelas Caltex Singapore ni macam gelas lama je..yelah cuba tengok pada no telefonnya..masih lagi 6 angka...

 Gelas Nescafe " 1 Now 1 Nescafe "


 Gelas KFC " Scratch & Match Bonus "

Mug Ho..Ho..Horlicks...

Yang ni takde dia punya piring...apa2 hal pun ianya menarik pada mata aku...akhirnya aku sebat jugak...hu3

Wednesday 24 October 2012

ANGRY BIRD DARI KOREA

Salam..entri kali ini aku cuba kongsikan koleksi terbaru yang aku baru dapat dekat pasaraya di negara kita nih ..Itu dia air Soda Angry Bird yang didatangkan khas dari Korea..he3..tertarik pada design Angry bird nya membuatkan aku tidak teragak-agak untuk merembat dua ketul air Soda dari Korea nih..nasib baik ada 2 design je..klu tak mmg aku rembat lagi yang lain-lain kalau ada dan boleh la menambahkan lagi koleksi cap ayam aku yang tidak seberapa ini...


  Air angry bird kuning ada vitamin c 500mg manakala yang angry bird merah plak ada Taurine 1000mg


Tuesday 18 September 2012

PET BOTTLE COCA COLA

Salam 1 Malaysia...tika ini, saat ini dan hari ini aku cuba berkongsi dan memaparkan beberapa biji botol plastik Coca Cola ( Pet Bottle ) yang ada dalam koleksi dan simpanan aku nih..kesemua botol-botol plastik yang aku dapat ni adalah hasil bantuan daripada sepupu aku " E-One "..TQ Bro....untuk botol-botol ni sebenarnya segan untuk aku kongsikan dekat alam maya nih ( apa aku kisah ni blog aku, suka ati aku rr...he3 ) bukan apa sebab botol-botol mcm ni kalau bagi otai2 Coca Cola, ini adalah botol sampah nih..tp bagi aku ianya cukup membuatkan aku teruja kerana dapat memilikinya...he3...dan untuk botol2 ni aku tak nak cerita panjang sebab gambar2nya aku upload kan secara  lumpsum terus...nak ceritakan satu2 rasanya tak larat la beb..keh3 (mood malas la tuh..he)..kesemua botol-botol ini adalah berbeza designnya antara 1 sama lain...apa-apa hal pun layanzzzz jelah dan kongsi2 kan lah koleksi kalian dengan aku semoga aku akan lebih mendapat info dan maklumat dari masa ke semasa...

Malaysia : Isipadu 500ml

 Malaysia : Isipadu 500ml

 Singapura , Thailand : Botol kenit Isipadu 390ml

 Singapura : Isipadu 500ml

 Singapura : Isipadu 500ml

 Singapura : New grip botol tapi isipadunya 400ml je dan lebih kecil sedikit berbanding new grip botol daripada Malaysia

 Thailand 600ml, Singapura 1 Liter, Thailand 1.25 Liter dan Malaysia 1.5 Liter

Coca Cola Lime daripada Simgapura, dah takde isinya sebab aku dah buang kerana airnya dah tinggal sikit sangat


Hampir kesemua botol-botol Coca Cola plastik ini masih lagi ada isinya walaupun ada sesetengah daripada botol-botol ni isipadu airnya dah berkurangan sebab dah lama dismpan macam tu je...botol2nya pun jugak dah kemek-kemek dah..klu kemekni sekali tgk macam mcm tak syok la plak..bila dipikir2 baik simpan botol kosong je...tapi botol-botol plastik yang dah lama tersimpan dan klu dah kemek2 macam ni walaupun kita buang airnya namun ianya tidak akan kembali kepada bentuk asal seperti yang kita beli dulu ( ada cara tak otai2 sekelian bagaimana caranya untuk mengembalikan semula keremajaannya??klu ada sila kongsikan disini yeaa)..sebenarnya bagi aku untuk simpan botol plastik ni kureeenggg sikit feelnya berbanding simpan botol kaca...tapi mcm2 mana pun ok lah daripada langsung tak ada kan...untuk botol2 kaca Coca Cola InsyaAllah akan dikongsikan disini tidak lama lagi..masih tengah memburu lagi nih untuk menambahkan lagi koleksi yang sedia ada...semangat untuk memburu tetap ada dan berkobar-kobar lagi sebenarnya nih..he3..apa2 hal pun terima kasih kerana sudi singgah ke blog aku yang tidak seberapa nih...TQ2...

Monday 3 September 2012

MILO OOO...MILO....

Salam kawan-kawan semua..apa mcm dengan koleksi MILO korang setakat nih??sudah lengkap??he3..Bagi aku rasanya cukup lah setakat ni dulu untuk aku sebat tin-tin MILO dan mug MILO edisi terhad 2012 nih..nanti mabuk MILO plak aku lepas nih..dah banyak dah MILO yang disedekahkan kepada sedara mara dan teman2 , bagi mendapatkan Mug edisi terhad daripada MILO nih..sekarang ni plak nak lengkapkan tin-tin Milo edisi terhad ni plak..aiii..rasanya modal pun dah tidak berapa ada lagi dah nih..hu3..tapi hati panas je bila asyik dengar iklan dalam radio dengan ayat " kumpulkan kesemua tin-tin Milo edisi terhad, seiring dengan mu sekarang" Akhirnya tin 1970an aku sebat jugak aku arini..nak sebat yang tahun 1990an sekali, tapi hati dikuatkan supaya jangan terpedaya lagi dengan hasutan-hasutan yang ada dekat sekeliling, tambahan plak poket dah mmg kering tahap kemarau dah nih..nasib baikkkk (simpan sikit modal mana la tahu kot2 ada barang koleksi lain yang perlu didapatkan dengan kadar segera)...keh3..

 2 ketul tin ni pun cukup lah dulu setakat nih..ada rezeki lebih nanti dan sementara stok masih ada aku sebat la yang dua ketul tu lagi ( 1990an & 2012 )..hu3...kalau dah mmg rezki takkan kemana kan, tapi kalau dah takde rezki yang dalam mulut pun boleh keluar..apa2 hal pun sabar itu penting sebenarnya (ayat sedapkan hati sendiri)

 Aku pilih design yang tahun 1950an dan 1970an sebab ianya nampak oldskool sikit..hu3..

 Tak boleh lengkapkan tinnya, dapat aku lengkapkan mugnya pun jadi lah..sekurang2nya adalah sedikit kenangan untuk tahun 2012..kalau untung nasib badan nanti leh jumpa kat kedai-kedai apek yang mereka jual barang-barang free gift yang tidak dituntut oleh customer boleh la aku rembat lagi mug Limited Edition nih..he3..So kata kuncinya kat sini sekali lagi adalah sabarrrr dan jangan tamak!!!he3..

 Muka depan mug tahun 1950an dan 1970an

 Muka Belakang mug tahun 1950an dan 1970an

 Muka depan mug tahun 1990an dan 2012

Muka belakang mug tahun 1990an dan 2012

Saturday 1 September 2012

THE COCA COLA COMPANY (INDONESIA)

Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog " Cap Ayam " aku ni..Terima kasih banyak2 kerana sudi singgah di blog aku nih..Malam ini aku cuba kongsikan beberapa biji botol kosong "Coca Cola & Fanta" dari negara jiran kita iaitu Indonesia yang ada dalam koleksi aku nih..bagi aku dapat botol kosong pun hati dah seronok banyak dah..Botol-botol yang aku dapat ni tidak lah serare mana pun, masih senang lagi kot nak dapat kalau korang pergi Indonesia nuh..Namun bagi aku boleh la botol-botol ni untuk menambahkan lagi koleksi Coca Cola aku yang tidak seberapa nih..he3..bagi otai-otai Coke diaorang x layan mana botol2 kosong nih..yang diaorang simpan semua yang rare2 dan masih ada isi lagi peee...hu3...apa2 hal pon layanzzz jelah koleksi aku nih...(botol-botol kosong ni aku simpan sebagai perangsang untuk aku mendapatkan lagi botol2 yang lebih baik)

Gambar Depan - Dua botol Coca Cola Indonesia yang sama daripada segi Isipadunya iaitu Netto 295ml/Isian 295ml, Namun Designnya yang sedikit berbeza ( cuba tengok pada gambarnya )

Gambar Belakang

Gambar Depan - Ni pulak botol Fanta Indonesia yang isipadunya jugak 295ml, tapi ada sedikit perbezaan juga pada designnya..cuba perhatikan betul2 pasti akan dapat di cam akan perbezaannya..he3

Gambar Belakang

Friday 31 August 2012

BOTOL PEPSI 1 LITER

Entri kali ini aku cuba kongsikan dengan kawan-kawan semua botol Pepsi 1 liter yang baru aku dapat masa bulan puasa aritu..Botol ni rasanya daripada Singapore..aku dapat botol ni pun dengan bantuan daripada sepupu aku..Apa-apa hal pun TQ Bro...




Thursday 30 August 2012

THE DARK KNIGHT RISES DARIPADA DOMINO PIZZA

Salam Merdeka kepada semua warganegara Malaysia...Kali ni aku cuba kongsikan beg hitam daripada Domino Pizza yang diberikan kepada pelanggan-pelanggan Domino Pizza sempena tayangan Filem The Dark Knight Rises aritu..Beg ni aku dapat secara percuma daripada sepupu aku yang keje dekat Domino Pizza..apa2 hal pun TQ my Kezennn...he3..

 Beg yang hitam menawan dan menarik jugak untuk menambahkan lagi koleksi aku

" The Pizza Delivery Experts"

Friday 3 August 2012

MUG MILO 2012

Salam kepada semua pengunjung yang sudi berkunjung ke blog " Aku Punyer " nih..dah lama rasanya aku tidak mengupdate blog nih..bukan setakat bersawang dah blog nih..ibarat kata kalau tanah kosong rasanya dah naik semak samun dan berhutan dah rasanya...begitulah juga keadaannya blog aku nih kerana tidak berupdate sekian lamanya..Walaupun dalam kesibukan yang melampau dan blog tidak sempat di update selalu namun aktiviti memburu tetap diteruskan dengan jayanya (buru tetap buru bro, sebab hati sudah minat)...he3..semenjak dua menjak nih aku lebih suka menjadi " Silent reader" dan jadi pembaca yang setia blog-blog orang lain... walaupun begitu blog kawan-kawan yang mepunyai minat yang sama tetap aku kunjungi bila aku on9..he3..Terima kasih jugak la kepada kawan-kawan yang banyak memberi info dan berkongsi hasil buruan dengan kami semua..So entri kali ini aku cuba untuk kongsikan barang yang aku baru perolehi hari ini dari sebuah pasaraya dan masih panas2 lagi dalam aku punyer koleksi..tadaaaaa ini dia.....

 Mug yang terbaik daripada produk Nestle yang tidak asing lagi kepada kita iaitu MILO..niat hati sebenarnya nak cari tin Milo 1.7kg yang limited edition tuh..alih2 tin tu tak ada lagi kat tempat aku nih tapi yang ada adalah Mug Milo nih...apa lagi...boleh la dari langsung tak ada apa2..Design Mug ni adalah adalah dikeluarkan oleh MILO kononya Mug bagi tahun 1950 rupa bentuk designnya.. rasanyanya promosi ini adalah untuk bulan Ogos 2012 aku rasa...

 Barang Limited Edition ni rugi rasanya kalau tak amik..nampak macam old skool je dia punya design..inilah yang membuatkan hati aku tertarik..hu3

 Tengok pada promosi Mug MILO ni ada 4 design kesemuanya...Aduhhhh...mesti banyak modal yang perlu dikeluarkan untuk lengkapkan kesemua Mug MILO nih..ni belum campur lagi dengan tin MILO Limited Edition yang sedang di buru lagi nih..hu3..

 Untuk Mug ni ada dibekalkan sekali dengan kotaknya...diluar kotak Mug tersebut ada juga diceritakn serba sedikit pasal sejarah MILO...baru la aku tahu serba sedkit tentang sejarah MILO nih..apa2 hal pon dia punya kotak gua kasi simpan jugak sebab ada info yang boleh dikongsi suatu hari nanti...terbaikkkk!!!!

Apa-apa hal pon untuk dapatkan mug ni anda perlu beli pek MILO seberat 1kg, baru lah boleh dapat seketul Mug MILO Limited Edition nih..banyak jugak modal yang perlu dikeluarkan untuk lengkapkan semua keempat-empat design Mug nih..mabuk milo la nampaknya aku lepas nih..keh3

Monday 18 June 2012

PIN BAJU COCA COLA EURO 2012

Entri kali ini aku cuba kongsikan apa yang aku dapat di stesen minyak Cap " Kulit Kerang "..Kalau korang belum dapatkan lagi benda nih, pergilah cepat2 dapatkan sebelum promosi tamat atau kehabisan stok...Pin baju Coca Cola ni dikeluarkan sempena EURO 2012..tapi sayangnya designnya tidak lah berapa menarik namun boleh la untuk dibuat koleksi Geli-geli punya janji ada tulis Coca Cola je...keh3

 Pin Baju Coca Cola ni sepatutnya dapat 1pcs untuk pembelian RM6/3 botol air Coca Cola 500ml sebenarnya...tapi bodek punya bodek " macha" yang jaga kaunter dekat stesen minyak yg aku pergi tu bagi pada aku 7pcs benda alah nih...bagus la itu macha...lain stesen minyak aku pergi mmg tak nak bagi la..macam2 la alasan diaorang bagi, tkot bos marah la, nanti kena buang kerja la bla..bla.. bla....tapi macha tu rileks je kasi..apa2 hal pun TQ macha..memang terbaik la lu macha, buat aku senyum ini malam..he3..nanti lain kali aku datang lagi sebab nak bodek bola Maggi Hot Cup plak...tadi dah dapat 2 biji bola hot cup tu dengan pembelian 2pcs maggi hot cup perisa tomyam...tapi hati rasa belum puas lagi nih...he3...ingat nak minta banyak, tapi orang kata jangan tamak...pelan2 kayuh la kan..So mana kawan2 yang belom dapatkan lagi benda ni pergilah dapatkan secepat yang mungkin, gunakan lah segala ayat power korang tuh..mana tahu kot2 boleh dapat 1 plastik besar ke Pin Baju Coca Cola nih..memang terbaikkk rrrr!!!

( Sumber gambar dari Facebook )
Iklan untuk Pin Baju Coca Cola nih aku amik dari FB..kalau tak silap aku promosi untuk pin ni sampai 27 Jun 2012 kot...ada 4 design semuanya kalau kita tengok dalam promosi nih..so aku ni kira dah cukup la 4 design tuh nampak...boleh la rileks jap...tapi kalau ada masa dan rezeki leh dapatkan lagi benda alah nih...

Saturday 16 June 2012

BARANG COCA COLA PASAR KARAT

Pemburuan Hari ini dilakukan di Pasar Karat JB...namun barang yang diperolehi boleh la untuk buat stok geli-geli daripada tak dapat apa2...Memburu kat Pasar karat JB ni kadang2 kena tengok nasib la, kalau nasib baik boleh la dapat barang-barang yang baik sikit..kalau nasib tak baik habuk pun tak dapat...pergi 4 hingga 5 kali pun kadang langsung tak dapat apa2..kadang2 barang mmg kita minat tapi harga " cekik " punya.." cekik " punya harga takkan mau amik lagi...so, balik la dengan tangan kosong...tapi ini lah yang seronoknya dunia kolektor nih...susah payah dalam pemburuan atau pencarian tu yang membuatkan kita semakin bersemangat dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan..apa2 hal pun jangan sampai tertiarap dan tak boleh bangun dah la...apa2 hal pon layanzzzz jelah apa yang aku dapat dekat Pasar karat JB ni dengan harga yang mampu milik..

 Beg sandang Coca Cola..asalnya ada dua warna iaitu hitam ngan warna ni...tapi yang hitam orang lain dah kebas dulu sebab lagi cantik...so tinggal jelah yang nih...sebab harganya masih lagi munasabah aku amik jelah...yan penting Coca Cola.

 Tulisan Coca Cola yang membentuk botol Kontor Coca Cola..menarik la jugak kalau tengok lama2 (ayat sedapkan hati) he3...

 Yang Beg warna Hitam yg kena kebas kat orang dah tu lambang Coca Cola nya adalah sebiji mcm yang ini tapi lebih besar lambangnya..tapi dah tak de rezki nak dapat yang tu, aku amik jelah yang nih...ok la tu daripada tak dapat apa2 kan...

Tag trademark Reg. yang ada kat dalam beg tuh..

 Satu lagi beg Coca Cola yang warnanya bukan merah tapi warna merah DUNHILL..tulisan Coca Cola nya membentuk seakan-akan bintang...aiii dah nak jadi mcm CONVERSE la plak main bintang-bintang nih..he3

 Bola  tenis Coca Cola...x besar sangat pun...sebesar bola tenis sebenar je...bola pun dah tak mcm bola dah..ini bola unuk koleksi je nih...keh3..

Ada gambar botol Kontur Coca Cola pada bola nih...agak menarik jugaklah untuk disimpan bersama-sama dengan adik beradik Coca Cola nya yang lain..hu3

Tuesday 12 June 2012

BURU TETAP BURU BROO.....

Walaupun dalam kesibukan kerja yang masih bertimbun dan belum lagi disiapkan...naluri untuk memburu barang-barang koleksi masih lagi giat dijalankan...he3...walaupun pemburuan hanya dilakukan di kawasan yang berdekatan dengan rumah aku je...barang yang diperolehi tidak lah seberapa sangat namun kepuasannya tetap ada...InsyaAllah kalau ada masa dan rezki aku akan cuba untuk ke lokasi pemburuan yang lebih jauh sedikit dari rumah aku nih...sekarang ni tengah rikie2 kawasan mana yang sesuai untuk diserbu..kawan-kawan yang ada info tempat atau lokasi yang menarik boleh la roger-roger kat aku disini...he3...apa2 hal pon layanzzz jelah hasil yang tidak seberapa yang aku dapat nih...hanya untuk berkongsi dengan kawan2 yang mempunyai minat dan hobi yang sama...Adiossss!!!

 Balang kaca daripada Milo..penutup plastiknya sahaja yang ada tulis Milo...tahun bila dikeluarkan aku tak pasti la plak.

Mempunyai ketinggian mungkin diantara 7 hingga 9 inci

 Gelas Daisy Margerine..nampak macam gelas lama la jugak tengok pada tulisan " Daisy " nya tuh...tapi aku tak pasti selama mana...mungkin tahun 90 an kot..sesape ada info tolong aku yea...tkot aku silap je..

 Di tapak gelas " Daisy Margerine " tu ada tulis KIG

 Mug Fernleaf...macam pernah nampak gambar iklan susu Fernleaf dekat TV yang memaparkan gambar macam ni...tapi bila yeaaa????hu3

Lembu-lembu dari New Zealand ni nak kena jaga betul-betul barulah susu yang dihasilkan adalah susu yang terbaik dari ladang..he3..
 Lembu New Zealand : 
Bernafas dengan Udara yang segar
Makan rumput yang hijau
Minum air yang bersih
Guaranteed by New Zealand Dairy Board

Mug atau Cawan Sup daripada Jenama "VONO"