Follow Me My Prenzzz!!!

Sunday 8 April 2012

MEMBURU LAGI......

Salam 1 Malaysia untuk pengunjung-pengunjung blog " Aku Punyer " yang sudi berkunjung, singgah atau tersesat ke dalam blog ini..Terlebih dahulu Aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda di sini...Entri kali ini aku cuba untuk kongsikan sedikit hasil buruan yang aku dapat di Pontian Johor...Hari Sabtu ( 7/4/2012 ) lebih kurang pada pukul 12.30 tengahari aku dengan kawan aku AIDIL tuan punya blog http://edilelly.blogspot.com/ tanpa dirancang kami telah bergerak ke Pontian dari Johor Bahru..Sesi pemburuan hari itu aku anggap satu sesi pemburuan terjah sahaja...sebab kami tidak tahu mana tempat atau lokasi yang akan kami tuju..cuma mengikut firasat Nujum Pak Belalang yang kawasan Pontian adalah merupakan bandar lama dan dengan harapan kami akan dapat sesuatu dekat sana..sambil mata melilau-lilau ke sana kemari alih-alih aku terpandang sesuatu yang amat aku kenali sekali berada dekat tepi sebuah kedai runcit Apek dekat bandar Pontian nih ( tengok gambar kat bawah )..Apa lagi kami pun berenti la...


KEDAI APEK 1 :
Apa lagi kami mula lah pasang ayat...minta nak beli botol2 yang ada kat tepi tuh..tapi Apek kedai tu sungguh baik hati wa cakap lu...dia cakap tak payah bayar " Lu kasi angkat la, ini botol sudah talak pakai lagi woo"..banyak2 terima kasih la Uncle..( lupa nak tanya Uncle tu punya nama la..hu3 ) Sebenarnya gambar botol dan crate diatas ini kami ambil gambar selepas dah kami selongkar dan hasil buruan yang kami nak sudah berada dalam kereta...dengan rakusnya kami memunggah hasil buruan itu masuk kedalam kereta...he3..

KEDAI APEK 2:
 Ini lagi satu kedai apek yang aku dengan kawan aku pergi...tapi apek ni tk sama mcm yang apek satu lagi tuh...yang ini dia jual sama aku dengan kawan aku...jual pun jual la, gua kasi rembat..tapi jual pon dengan harga yang mampu milik..RM10 untuk satu crate siap dengan botol yang boleh diplih mana-mana yang kami nak...kena la jugak keluarkan modal sikit untuk Botol kosong nih..apa2 hal pon jangan pandang rendah pada botol kosong !!!mungkin takde harga untuk orang yang tak minat..tapi amat berharga untuk kami yang minat..koh3

 Hasil buruan yang diperolehi dibawa kerumah kawan aku AIDIL untuk di cuci..bagi lu punya bil air naik sikit bro...kah3

 Kawan aku tengah menilik dan memilih botol-botol yang sudah siap di basuh...tengah cari botol2 yang rare ke bro???ha3...x de nya botol rare bro...semua botol cap ayam je nih...tapi mungkin 1 hari nanti akan jadi rare atau jadi harta karun kalau disimpan lebih daripada sejuta tahun...keh3

 Hasil buruan yang telah siap dicuci dan telah dibersihkan segala kekotoran yang tidak diperlukan...sikit2 punya kototr itu biasa lah Bro...Proses pembahagian harta karun ini telah dilakukan dengan sebaik2 nya agar semua pihak berpuas hati...he3

 Ini lah hasil "bahagi dua" antara aku dengan AIDIL dan botol-botol ini beserta crate Coca Cola inilah yang telah menjadi hak milik aku...tidak terlalu banyak namun cukup untuk buat bekal..mana la tahu kot2 nanti nak jadi pembekal madu lebah asli...boleh la gunakan botol ni untuk isi madu, jimat sikit kos untuk beli botol he3....tedapat botol-botol berjenama seperti Coca Cola, Sprite, 7UP, Kickapoo dan Mirinda untuk disimpan...walaupon botol kosong dan biasa-biasa saje namun ianya akan tetap dihargai dan disimpan dengan baik oleh aku dengan kawan aku...keh3

 Disini juga aku uploadkan sekali Pelita minyak tanah yang boleh dikatakan lama la jugak ( Siap ada gambar amoi lagi kat belakang tuh ), namun masih boleh diperolehi kalau rajin mencari..lampu ni aku dapat kat kedai apek yang No. 2 tuh...

Lampu Suluh berjenama Eveready ( Tinggi ) dan Tiger Head ( Rendah ) ni jugak aku dapat dekat kedai apek No. 2 tuh....

Thursday 5 April 2012

COCA COLA PUNYER CERITA

Sambungan cerita semasa aku pergi ke Pekan Rengit hari itu...inilah beberapa hasil buruan yang aku dapat dari jenama Coca Cola...Janji jenama Coca Cola, baru atau lama, rare atau tidak rare, hebat atau tidak hebat semua aku rembat...adalah beberapa ketul barang yang aku jumpa kt sana aku bawak balik (beli la beb...he3) dan kini dah masuk dalam senarai Koleksi Aku Punyer...he3..semua barang ni aku dapat dengan harga patut dan mampu milik...he3

 Thumbler Aluminium Coca Cola..barang dah lusuh sikit, tapi takpelah janji Coca Cola...he3

 Bekas air/ Gelas Plastik Coca Cola beserta straw nya..masih boleh digunakan...tapi aku tk guna kerana ianya adalah untuk aku jadikan sebagai koleksi aku...keh3

 Bekas air Coca Cola...bekas air ni sesuai untuk mereka yang suka berbasikal...ketika penat mengayuh basikal boleh lah rehat sekejap sambil menikmati minuman sejuk/biasa untuk menambahkan semula tenaga yg telah hilang

Ini pun aku rasa adalah bekas air untuk mereka yang juga minat berbasikal...."  COCA COLA EURO 2004 PORTUGAL "


"Turn Up The Feeling " Coca Cola...Bekas atau beg plastik PVC yang sesuai untuk menyimpan  Minuman dalam tin Coca Cola atau bukan Coca Cola ( janji air tin je )

 Mug dari Burger King yang mempunyai tulisan " Coca Cola - Trade Mark Regd ", kira Coca Cola punya barang jugak la ni sebab ada logo Coca Cola kan...he3

 Aku selitkan jugak sedikit cerita pada hari ini ( 5/4/2012 ) Akhirnya........pemburuan yang tak pernah mengenal erti jemu membuahkan hasil yang sememangnya di nanti-nanti kan...ceeewah..Dari Jusco ke Tesco, Dari Tesco ke Giant, Dari Giant ke Carefour...Akhirnya aku jumpa air tin ni dekat Pandan ( mungkin baru sampai kat johor kot...he3 )...Kerana kegilaan pada masa tu membuak2 dan kepanasan hati yang tidak dapat disejukkan dengan kata2...dan kerana dah lama jugaklah aku memburu ( namun tidak la lama sangat lebih kurang 2 minggu je...he3 ) setelah aku mendapat info dari internet berkenaan bnda ni dah keluar, so bila aku terjumpa tin-tin ini aku telah merembat terus 1 crate air tin Coca Cola nih...hati banyak panas sebab susah sangat nak jumpa kt Johor nih..yelah mungkin bnda masih baru dan sebab johor jauh ke Selatan maka lambat la sampai kt Johor air-air tin Coca Cola nih..he3..Didatangkan dengan design sempena "UEFA EURO 2012"..Mula2 tengok dulu ingtkan tak keluar design macam ni pada tin Coca Cola..rupa2nya muncul jugak akhirnya Design ni pada tin Coca Cola nih..mmg terbaikk rrr..beli banyak2 nih boleh la bagi member minum semasa member berkunjung ke rumah...separuh lagi simpan la...aku sebenarnya kureeeeng sikit skang ni kalau air coke/air bergas ni, ms dulu2 mmg minat sgt air coca cola nih...he3

Cantik jugak sebenarnya  design ni kalau ada pada tin Aluminium mcm nih..lagi cantik kalau ada pada botol kaca...tapi Malaysia dah tk de keluar botol kaca dah..he3...kalau botol plastik ni kurang feel skit la nak kumpul...hu3...kalau botol Aluminium boleh la gagah lagi kalau nak simpan...simpan lebih skit buat stok mana tahu meletup/bocor ke apa nanti, adalah standby kan..he3...namun yang 6 pcs ni member aku dah amik untuk simpanan/koleksi beliau...tidak lama lagi tin mcm ni akan berlambak kat pasaran dekat mana2 kedai runcit atau pasaraya..cuma aku je yg kurang sabar untuk dapatkannya...he3...apa2 hal pon layanzzzzzz jelah koleksi Cap Ayam aku nih ok...

Monday 2 April 2012

OVALTINE & KODAK

Salam 1 Malaysia kepada semua yang sudi mengunjungi blog aku ni dan juga rakan seperjuangan yang mempunyai minat yang sama dalam kumpul mengumpul nih...Entri kali ini aku cuba kongsikan beberapa barang yang aku dapat pada hari sabtu ( 31/3/2012 ) dekat tempat menjual barang terpakai di Pekan Rengit, Johor...Berkunjung ke sana bersama-sama dengan kawan aku...sebenarnya aku dah pernah pergi sebelum ni tapi kunjungan kali pertama kat sana aku kurang puas hati kerana masa tidak berapa mengizinkan untuk berada lama di sana...so pada hari sabtu hari tu aku repeat la balik...he3..boleh dikatakan banyak lah jugak hasil yang aku dapat dekat sana dengan harga yang mampu milik ( kira dapat dengan harga barang2 terpakai la..hu3) Namun x semua barang yang aku dapat tu boleh aku kongsikan kat sini..pelan2 la kan...kang nanti kongsikan semua tk de cerita la plak aku nak cerita...keh3...So Layanzzz jelah benda yang aku dapat nih.( bukan niat nak menunjuk-nunjuk tapi nak berkongsi sahaja dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dengan aku )

 Jug Ovaltine/ Bekas Krimer Ovaltine ni bila aku tengok, nampak macam ala2 retro atau oldskool sikit jug nih...he3...bila aku check2 dalam google rupa2nya jug yang aku dapat ni sebijik je sama dengan yang Bro Nikths punya, tuan punya blog http://jomkumpul.blogspot.com/2011/03/jug-seramik-ovaltine.html ..so aku juga tak tahu la selama mana jug ini telah wujud dan tahun bila dia di beranakkan...he3...tak de info sebab x jumpa dia punya surat beranak atau dia punya IC...keh3 (gurau sikit...so sape2 yang ada info tentang jug Ovaltine ni boleh la di kongsi2 kan bersama dengan aku yang mmg tak tahu pasal jug nih ) 

 Di bawah tapaknya tertulis " FREE WITH OVALTINE " dan juga dalam tulisan bahasa Cina.

 Gelas Kaca daripada Kodak..Untuk gelas ini juga aku tidak mendapat info yang lengkap...dah puas mengoogle dalam internet tapi tak jumpa la plak gambar atau info berkenaan gelas nih...mungkin ada yang simpan/guna tapi belum di publish kan kepada umum...so diharapkan dapat lah dikongsi sedikit info berkenaan dengan gelas ini..

Memaparkan gambar dua karakter kartun yang memang dikenali ramai iaitu Mickey Mouse dan juga Minnie Mouse ( Pakwe & Makwe )..sebenarnya dulu aku pernah dapat gelas Kodak yang gambar Mickey Mouse seperti diatas tu..tapi bila rezeki dah tk de gelas tu hancur berkecai seperti hancurnya hati aku bila melihat ianya berkecai dekat lantai...so mungkin dekat Pekan Rengit ni rezki aku baik, dapat la plak dua biji gelas Kodak ni dengan design yang berbeza seperti yang korang lihat dalam gambar di atas (gambar Mickey Mouse & Minnie Mouse )....Akhir sekali Terima Kasih kepada semua yang sudi berkunjung dan ziarah dekat blog Cap Ayam aku nih...TQ2....