Follow Me My Prenzzz!!!

Showing posts with label Syiling Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Syiling Malaysia. Show all posts

Monday, 23 January 2012

1 Sen Malaysia

Salam 1 Malaysia...dah lama blog ni x berupdate...hari ini aku update la sikit...he3..sebenarnya dalam entri yang lepas aku dah pernah entri kan mengenai syiling 1 sen nih..cuma hari ini ada sedikit penambahan dalam koleksi syiling 1 sen yang aku dapat dari seorang bro di rumahnya pada minggu lepas...

 Keseluruhan koleksi 1 sen Malaysia siri Ke-2 yang ada dalam simpanan/koleksi aku

 Masih belum penuh 1 bekas tempeyek nih...he3( syiling 1 sen yang conditionnya x berapa cantik )

 Dah penuh 1 bekas kecil nih ( syiling 1 sen yang mana conditionnya boleh dikatakan cantik/berkilat lagi )

 Ni adalah syiling 1 sen yang aku dapat dekat umah seorang bro yang meniaga kat pasar karat JB...pergi serang umah dia...tgk2 ada syiling 1 sen dalam bekas/Tin biskut nih( tin biskut macam lama punya tin je nih...boleh buat koleksi gak nih..he3)...tp syiling 1 sen yg aku dapat ni dah bercampur dengan syiling 1,5 dan 10 sen singapore, mcm2 token pon ada, RM1 keris( Besi ) dan sampah2 lain..he3..dia cakap dia pon dah tak nak dah..Dia cakap klu nak amik la 10 ringgit..apa lagi mcm orang mengantuk di sorongkan bantal la...aku rembat jelah..syiling 1 sen siri kedua tu x penting sangat sebab aku dah ada banyak..cuma target aku, mana tahu kot2 ada syiling parlimen untung aku...aku tak select terus kat situ..bila bawak balik baru aku buat kerja memilih dan mengasingkan...he3..kalau nak diikutkan mmg la nilai muka ( FV ) 1 sen ni x sampai pon 10 ringgit pun..tp yang aku nak cari adalah 1 sen siri pertama ( Parlimen )

Dan ini lah hasilnya daripada usaha aku mengasingkan dan memilih duit 1 sen yang aku dapat daripada bro pasar karat tuh...woww!! seronok aku kerana dapat 1 sen siri parlimen nih...maknanya usaha aku x de lah sia2 sangat..mungkin bagi orang lain x de yang best sangat pon duit 1 sen nih..tp bagi yang minat mungkin ada sentimental valuenya..kih3..aku dapat dalam lebih 40 keping 1 sen parlimen dan dalam lebih 40 keping tuh aku jumpa jugak la 2 keping 1 sen untuk tahun 1968 dan 1 keping 1 sen 1973 yang melekat kat magnet (copper -clad steel )..Namun aku tak jumpa 1 sen 1970 je...apa2 hal pon aku tetap berpuashati...tambah dengan yang aku dapat nih...maknanya koleksi syiling 1 sen siri pertama ( parlimen ) aku dah hampir mencecah dekat2 300 ratus keping dah( koleksi aku sebelum nih + ngan yang nih )..Alhamdulillah.......apa hal pon korang layanzzzz jelah k...

Friday, 1 July 2011

Sunday, 29 May 2011

Alahai..... 1 Sen je ke??

1 SEN ( BUNGA RAYA 1989-2007)


Tak de cerita aku buat cerita...he3...Disini aku uploadkan antara koleksi 1 sen bunga raya atau 1 sen siri ke-2 yang aku ada...kesemuanya adalah 1 sen siri ke-2 sebab aku telah asingkan antara siri pertama dan siri ke-2. Namun begitu jumlah kesemua 1 sen yang aku ada ni aku tk pasti la berapa ribu keping.( tak larat nak kira dan nak select untuk cari mana yg error/cacat)..tapi yang aku pasti memang banyak la jugak...he3...kesemua duit satu sen siri ke-2 yang aku dapat ni adalah ehsan daripada ramai orang...tanya dengan orang tu, tanya dengan orang ni...akhirnya ini lah hasil yang berjaya aku kumpul( ada 1 plastik lagi yg belum aku masukkan dalam bekas nih...hu3)..mungkin pada korang, apalah nak diherankan sangat dengan duit 1 sen ni kan...mesti berlambak lagi dengan korang kan...untuk pengetahuan korang jugak, hari ini negara kita sudah tidak lagi mengeluarkan lagi duit 1 sen ni sejak daripada tahun 2007...namun begitu ada jugak aku dengar ura-ura yang mengatakan bahawa penggunaan 1 sen dalam urusan jual beli kita mungkin akan dikaji semula oleh kerajaan /  BNM ( maknanya duit 1 sen ni akan digunakan semula la, tapi aku x pasti la guna balik ke tak 1 sen nih)..untuk pengetahuan korang jugak, sekarang ni kita dah tidak menggunakan lagi duit 1 sen ni...kalau dulu pergi pasaraya beli barang lepas bayar mungkin baki yang kita terima tu mesti la ada sekeping atau dua keping duit 1 sen kan..tp skang bila sistem penggenapan( betul tak istilah aku guna ni..he3) telah digunakan maka 1 sen yang ada skang telah tidak diguna pakai lagi dlm circulation...jadi 1 sen yang aku ada ni kalau disimpan sejuta tahun rasanya boleh jadi harta karun kot..he3...apa-apa pon korang layanzzz jelah...Salam....

Monday, 16 May 2011

"HASIL BURUAN"

1 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )


5 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )



10 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )



20 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )


50 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )


" Hasil Buruan " ...itulah perkataan yang sesuai aku rasa boleh di gunakan untuk kesemua syiling-syiling siri pertama ( Parlimen ) yang aku dapat ini..Sebenarnya syiling-syiling parlimen yang aku dapat ni bukannya aku perolehi dalam masa 1 hari je..perlukan masa beberapa bulan dan perlukan modal untuk aku dapatkan semua ini...so dengan berkat kesabaran aku dalam usaha untuk mengumpul dan "menyelamatkan khazanah negara " ini maka hasilnya adalah seperti yang korang lihat inilah..he3...bukan nak menunjuk2 tapi untuk pengetahuan korang, buat masa sekarang untuk dapatkan syiling parlimen ni mungkin bagi korang senang, sebab dalam urusan harian korang untuk bayar apa-apa jelah, korang pasti menggunakan syiling seperti yang dalam gambar yang aku upload kan ini...yelah kalau tak banyak pon sekeping dua mungkin ada dan bercampur dengan syiling bunga raya( Siri Ke-2 ) kan???( ntah lah korang perasan ke tidak...he3)..tapi aku nak tanya korang perasan tak yang syiling siri pertama ( parlimen ) ini sebenarnya semakin hari semakin susah untuk diperolehi dalam urusan harian kita..bagi aku, aku rasa yang syiling ini satu hari nanti akan terus hilang dan digantikan dengan siri ke-2 ( bunga raya ) sepenuhnya ...mungkin bagi korang, korang tak kisah pon, kalau nak ganti, ganti la dengan duit apa-apa pun..janji duit korang berlambak dan sah "diperlakukan"..tapi bagi aku, sebagai seorang kolektor wang kertas dan syiling lama...syiling siri pertama ini juga menjadi buruan aku dengan membe aku "AIDIL"..pada kami syiling parlimen ini sebenarnya mempunyai nilainya yang tersendiri..so aku dengan membe aku "AIDIL" ini berusaha yang setakat kami mampu untuk mengumpul dan " menyelamatkan" syiling siri pertama ini supaya tidak terus hilang di telan zaman dan dengan harapan suatu hari nanti semoga ianya boleh dijadikan tatapan anak cucu kami di hari muka....InsyaAllah...so kalau ada diantara korang-korang yang ingin berjinak-jinak dalam dunia " numismatic " ini, maka langkah pertama korang, kumpul dan "selamatkanlah" dulu syiling ini sebelum terlambat (saranan aku je nih)...Salam....

Friday, 13 May 2011

Complete Set Syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen 2011

50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen 2011

Entri kali ini aku cuba upload dan berkongsi koleksi Syiling 2011 yang ada dalam koleksi aku.Sebelum "mereka-mereka" ini dimasukkan dan disimpan dengan sebaik2 nya di dalam  coin album aku, aku ambik gambar dulu la...he3..Berkat usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa...hehehehehe...maka aku dapat completekan koleksi syiling 2011 aku ini bermula dengan 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Untuk pengetahuan korang jugak, sebenarnya untuk tahun 2011 ini sebenarnya kolektor- kolektor syiling dan wang kertas sebenarnya menunggu untuk keluaran syiling Siri ke-3.( itu adalah antara khabar angin yang aku dengar lah, BNM akan keluarkan syiling siri ke-3 untuk tahun 2011) namun bila yang dinanti-nanti kan tak kunjung tiba, akhirnya keluar jugak syiling 2011 ini, ingatkan designnya lain (Siri ke-3) tapi bila ditengok2 sama je design ngan syiling siri ke-2( 1989-2011 ). so ramai lah kolektor-kolektor yang frust..he3 ( termasuklah aku sendiri )  Sedar tak sedar dah nak masuk 23 tahun dah kita gunakan syiling siri ke-2 (1989-2011) nih..mungkin dalam 2 atau 5 tahun lagi BNM mungkin akan keluarkan Syiling Baru iaitu syiling generasi ke-3 kot.( itu yang aku agak la, jangan percaya sangat sebab aku bukan kerja kat BNM pun..he3)untuk pengetahuan korang jugak, Mintage untuk syiling-syiling 2011 ini aku belum pasti lagi., tapi yang aku tahu untuk dapatkan syiling 50 sen 2011 memang susah, ( mungkin baru bulan 5 kot ) tapi aku tak pasti  lah berapa mintage untuk 50 sen 2011 nih. Adakah syilling 50 sen 2011 akan menjadi "RARE"????..so kita tunggu dan lihat jelah nanti...Sekian...Salam...

Sunday, 8 May 2011

Syiling Parlimen

Syiling Parlimen Siri Pertama 1 sen,5 sen,10 sen,20 sen dan 50 sen

Salam...Aku pasti korang pernah tengok syiling-syiling yang aku upload ni kan..bukan setakat tengok malah korang jugak ada gunakan syiling2 ni untuk kegunaan harian korang, sama ada untuk buat bayar tol, bayar nasik lemak, bayar teh tarik kat kat kedai mamak dan sebagainya. apa yang pasti korang mesti ada gunakan syiling jugak kan..untuk pengetahuan korang yang memang dah berpengetahuan dan aku saje je nak bagi tahu..he3..Syiling ni adalah merupakan syiling siri pertama dari tahun 1967 hingga 1988 yang dikeluarkan oleh BNM.syiling ini juga dikenali dengan nama syiling Parlimen. Tapi aku tak pasti lah korang perasan ke tak, kalau korang perasan pon, apa yang nak diherankan semuanya syiling kan, nilai muka atau ( Face Value) nya tetap sama kan...itu mungkin bagi korang dan korang pon tak kisah pon apa syiling yang korang gunakan.tapi bagi aku syiling ini ada nilainya yang tersendiri bagi pengumpul Duit lama macam aku yang baru nak berjinak2 ngan dunia mengumpul duit lama nih..kalau dulu memang aku tak kisah jugak pon..guna je syiling yang ada, apa nak kisah parlimen ke tak. tapi itu dulu, sekarang ni dah lain, kalau aku terjumpa syiling parlimen yang mcm dalam gambar kat atas aku tak akan teragak2 untuk menyimpannya.sebab melalui pemerhatian aku yang tak seberapa pro ni, aku perasan yang syiling parlimen ni makin hari semakin susah untuk kita dapatkan..contohnya aku pernah "select " lebih kurang dekat 2 ribu ringgit syiling yang bercampur-campur antara 5,10,20,50 sen dan apa yang aku dapat aku hanya memperolehi hanya tak sampai 2 ratus ringgit pon nilai muka untuk semua syiling siri parlimen ini yang berjaya aku kumpulkan dari nilai 5,10,20,50 sen...so aku percaya yang 1 hari nanti syiling siri parlimen ini akan beransur-ansur ditarik balik dan lama kelamaan akan hilang dalam "circulation" dan akan digantikan sepenuhnya dengan syiling baru yang selalu kita gunakan hari ini iaitu " siri kedua ( bunga raya ) 1989 hingga sekarang ". bukan niat untuk jual syiling atau untuk apa2 aku dengan penuh rasa tanggungjawab( cewahhh, eksyen la tuh..he3 ) rasa terpanggil untuk menyimpan "khazanah Negara" ini untuk tatapan anak cucu cicit aku satu hari nanti..so kalau korang rasa korang nak simpan/kumpul jugak...maka dari sekarang mulalah untuk menabung syiling parlimen ni dalam tabung korang semua..nanti 100 atau 200 ratus tahun lagi biar anak cucu cicit korang "kasi pecah" itu tabung dan leh la diorang tgk apa yang korang simpan untuk tatapan diorang nanti... hehehe...apa2 hal pon statement aku ni hanya pendapat aku jelah..tapi apabila dipikir2 kan memang ada logik jugak sebenarnya..ok lah apa2 hal pon kalau korang rasa nak kumpul syiling parlimen ini aku nak ucapkan "Selamat mengumpul dan Selamat Berjangkit".....

Saturday, 7 May 2011

1 Sen Siri Pertama

1 Sen Siri Pertama ( Parlimen ) 1967-1988

Biasanya korang semua pernah tgk kan duit 1 Sen siri pertama ni kan...ada orang panggil duit ni duit 1 sen parlimen atau ada diantara korang yang panggil duit ni "duit pistol"..apa-apa hal pon bagi korang mungkin duit ni tk de pe yang istimewanya, just 1 sen je kan...tp pada aku duit 1 sen siri pertama ini begitu bernilai, dan untuk pengetahuan korang buat masa sekarang keluaran 1 sen sama ada siri pertama ( keluaran 1967-1988) dan keluaran 1 sen siri kedua ( 1989 - 2007 ) ini telah diberhentikan dia punya pengeluaran nya sejak dari tahun 2007 lagi...mungkin untuk jumpa syiling 1 sen siri kedua ( 1989 - 2007 ) masih senang lagi untuk dijumpai dalam tabung korang, dalam kotak syiling dalam kereta, bersepah dibawah kerusi atau meja, paling tidak pon dalam-dalam longkang pon korang pernah tgk kan...kalau dulu mungkin aku juga tak pandang sangat ngan syiling 1 sen nih...yelah 1 sen apa yang boleh dibeli dengan 1 sen kan..sekadar untuk genapkan bila korang buat bayaran bil air @ elektrik je kan..namun hari ini aku kalau jumpa dalam longkang sekalipon, tak kira la syiling 1 sen tu siri pertama atau kedua aku tetap usaha untuk amik dan simpan...hu3...buat pengetahuan korang jugak untuk syiling 1 sen siri pertama ( 1967-1988 @ parlimen) mmg tersangat susah untuk dijumpai pada hari ini...tambah-tambah yang tahun 1970 ( rare ) mmg susah untuk dijumpai...apa2 hal pon aku akan cuba sedaya upaya aku untuk lengkapkan koleksi syling 1 sen aku ini..InsyaAllah....kalau ada masa nanti aku akan cuba untuk ceritakan secara lebih detail mengenai syiling 1 sen ini dilain masa...tungguuuuuuuu...