Follow Me My Prenzzz!!!

Saturday 18 February 2012

TIN COCA COLA SEMPENA TAHUN BARU CINA

Singgah kedai runcit niat hati nak beli air..pergi ke peti ais dalam kedai tuh...tiba2 mata terpandang kat sebelah peti ais...ada dua carton tin-tin coca cola aku tengok belum di masukkan ke dalam peti ais...bila aku tengok betul2, " Eh...ni tin promosi coca cola sempena Tahun baru Cina 2011 atau 2010 (aku pon tak berapa pasti tahun bila)"...sebenarnya tin ni dah ada la 2 tin dalam simpanan aku...tapi bila tengok ada lagi orang jual, rasa geram la plak...so angin aku pon dah syok sendiri, maka dengan tanpa berfikir panjang lagi aku pon merembat la 3 ketul tin Coke nih..bukan apa nak buat stok mana la tahu kot2 tin yg di simpan sebelum ni meletup ke, bocor ke..atau ada kawan-kawan aku yang baru nak blaja mengumpul bley la bagi buat souvernir...Survey dalam ebay dengan mudah.com pon ada orang jual sampai 10 hinggit jugak tin nih( tapi aku bukan nak jual )...hu3...


 Syok jugak bila tgk " Coca Cola "di tulis dalam tulisan bahasa Cina...
 Bukak botol Coca Cola tapi keluar Wang Emas punya...manyak kaya woo ini macam..tapi Coca Cola malaysia dah x keluarkan botol kaca dah skang nih...pakai pet botol je..kalau guna botol kaca syok juga sebenarnya..

tengok pada tarikh nya baik sebelum 201111...rasanya akak/tokey yang jual air tin ni tak perasan sebenarnya air tin  Coca cola ni dah tamat tarikh luputnya...klu dia perasan maka aku takkan dapat la ini tin...he3..tapi kalau setakat tamat tarikh luputnya 2-3 bulan rasanya leh minum lagi nih...try test tgk cmana...koh3

RM50 SUKOM 1998

( SUDAH LAMA BERADA DALAM SIMPANAN, HARI INI BARU TERGERAK HATI UNTUK DIKONGSI BERSAMA RAKAN-RAKAN SEMUA)

Salam 1 Malaysia...hari ini aku punyer cuba kongsikan salah 1 koleksi aku yang memang dah lama berada dalam simpanan aku..Barang biasa-biasa je tk de yang " rare " atau yang " pelik " pun, cuma aku nak kongsi je dengan pengunjung-pengunjung yang sudi singgah ke blog aku nih..Tidak perlu nak cerita panjang tentang duit sebab aku rasa, semua orang dah tahu mengenai duit Peringatan RM50 yang di keluarkan oleh BNM sempena temasya Sukan Komanwel yang telah diadakan Di Kuala Lumpur pada tahun 1998 dulu...Duit ini tidak lah lama sangat cuma ianya di keluarkan sempena memperingati bahawa Negara kita pernah menjadi tuan rumah untuk Sukan Komanwel pada tahun 1998...apa-apa hal pon aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang mana rakyatnya berbilang kaum tapi hidup dalam keadaan yang aman damai dan harmoni...Alhamdulillah...sama2 lah kita jaga keharmonian ini agar ianya akan terus kekal pada masa-masa yang akan datang...apa2 hal pon korang layanzzzzzzzz jelah...