Follow Me My Prenzzz!!!

Showing posts with label Coin Error/ Cacat. Show all posts
Showing posts with label Coin Error/ Cacat. Show all posts

Saturday, 18 June 2011

Die Chip : 20 sen 1993

20 sen 1993

Salam...Dalam Entri kali aku cuba upload dan kongsikan sekeping syiling 20 sen 1993 yang aku baru je jumpa dikala membelek2 duit syiling yang aku dapat semasa membeli barang dekat kedai. semasa membelek dan menilik syiling baki daripada bayaran yang dibuat, mata terpandang kearah sekeping syiling 20 sen 1993.hati terdetik mengapa syiling 20 sen 1993, mengapa tidak 20 sen 1994...kang lagi rare kalau leh dapat syiling 20 sen 1994 yang mana mintage dia tidak la berapa banyak hanya 2 juta keping lebih je..hu3...walaupon kecewa tidak mendapat syiling 20 sen 1994...tiba-tiba aku teringat entri yang telah aku baca dalam blog "Depankanta" (http://depankanta.blogspot.com/2011/06/syiling-extra-dot-yang-istimewa.html ) ...so aku cuba menilik pada buah pinang dibelakang syiling 20 sen 1993 tersebut..mungkin nasib aku baik kot, rupa2 nya terdapat satu " DOT " pada buah pinang syiling tersebut..seperti yang depan kanta cakap untuk syiling siri bunga raya ni tak boleh nak panggil " extra dot " dan ianya dipanggil " First Dot " kerana tidak terdapat " dot " lain selain daripada yang ini je (tengok dalam bulatan di atas buah pinang)..dengan mendapat syiling yang " dot " ni maka terubat la sikit hati aku( tak de la kecewa sangat...he3)..untuk syiling ni aku ingin minta pandangan daripada otai-otai seperti " Mr. Dickson Niew, Whycollect dan juga Depankanta " sekiranya mereka sudi untuk memberi komen pada entri aku ini berkenaan syiling " Dot " yang aku dapat nih...sekiranya otai2 yang lain sudi memberi komen juga dipersilakan lah...apa2 hal pon untuk syiling ni aku akan tetap simpannnnnnnnnnnnnnnnn...........

Tuesday, 14 June 2011

Error ke???

Syiling 20 sen 2001
Half Milled Edge

Sambil membelek-belek dan menilik-nilik syiling2 yg ada dalam simpanan aku...terjumpa la 2 keping syiling  2001 yang bentuknya macam nih..aku tak pandai sangat nak kategorikan syiling ni error yang mcm mana...mungkin minor error je nih..nak minta pandangan otai-otai ataupun mereka-mereka yang mahir dalam bab-bab error ni untuk berikan aku kepastian berkenaan apa yang berlaku pada coin nih...apa2 hal pon syiling ni aku akan tetap simpan kerana bagi aku ianya unik la jugak...he3...

Wednesday, 8 June 2011

Extra Metal 10 sen 2009

belek punya belek..tilik punya tilik...terjumpa la sekeping syiling 10 sen mcm nih...error apa nama pon aku x pasti la...extra metal kot...so aku serah pada yg pakar untuk jelaskan...

Sunday, 29 May 2011

Coin Error

50 Sen 2008

50 Sen 1999

"Error ke Coin nih???? apa yang error coin nih???"...bagi yang kurang arif  dan kurang minat pasal coin error nih, itu lah pertanyaan yang mereka akan ajukan apabila mereka melihat coin yang mcm nih..kalau yang bukan mencari coin jenis macam nih atau bukan kolektor mungkin takkan perasan apa yang specialnya pada coin ini..pada mulanya aku pon tak berape perasan sangat apa yang specialnya pada coin nih...tapi bila di tilik-tilik, aku rasa coin ni mcm pelik je dan berbeza dengan coin-coin lain yang sama tahun dengannya..so dengan tidak teragak2 aku simpan jelah coin nih untuk dijadikan koleksi..dah lama aku simpan coin nih..so ada kesempatan aku cuba tanya ngan "otai-otai" yang tahu pasal coin nih, kenapa coin ni leh jadi mcm nih dan mengikut pendapat "otai" yang aku rasa bagi aku "otai " nih memang mahir dalam bab2 coin error nih, dia cakap error untuk coin nih namanya adalah " Struck through grease filled die "..ntah la...aku pon tak paham sangat apa maksudnya...apa yang aku boleh explain kan kat cni cuba korang tgk pada tulisan  "SEN" pada duit  50 Sen tahun 2008  dan  cetakan tahun " 1999 " pada coin 50 sen 1999 itu juga dah jadi "X999" dan  tulisan " SEN " pada coin 2008 tersebut juga dah hampir terpadam..tulisan "SEN" dan "X999" tersebut bukan terpadam disebab ada sape2 yang cuba hilang kan tapi tulisan "SEN" dan tahun "X999" tersebut terpadam daripada kilang  tempat syiling ini tini di tempa..so sebab itulah coin ini di panggil error..error disebabkan semasa proses tempaan syiling itu dilakukan..aku juga pasti  yang ini bukan duit palsu dan coin ini sememangnya error..walapon errornya ada lah" minor error " je tapi tk pe aku akan tetap simpan untuk koleksi aku..mana lah tahu kot2 satu hari nanti leh dapat coin yang lebih error dan lebih ganazzzzzssssss lagi daripada ini...InsyaAllah...so ini adalah merupakan satu permulaan yang baik untuk aku terlibat dalam pemburuan untuk memburu coin2 error yg lebih hebat di masa hadapan..he3..

Saturday, 21 May 2011

" Extra Metal " 1 sen 1988 ( Parlimen )

1 SEN 1988 ( PARLIMEN )

Salam....Entri kali ini aku cuba nak kongsi ngan korang syiling 1 sen siri pertama Tahun 1988 ( Parlimen ) yang ada dalam koleksi aku nih..Syiling 1 sen yang aku ada ni boleh la jugak di kategorikan sebagai syiling "Error/Cacat" jugak lah, walaupon kecacatan yang ada pada syiling ini sebenarnya tidak lah berapa besar dan boleh la di kategorikan sebagai " minor error " je...biasanya kalau dikalangan pengumpul duit-duit lama diorang akan paham apa sebenarnya yang berlaku pada syiling ini..tapi bagi yang baru nk berjinak-jinak dalam hobi mcm ni pastinya korang kurang tahu berkenaan error yang berlaku pada syiling ini. jadi dalam entri kali ini aku cuba nak share lah serba sedikit apa yang aku tahu berkenaan syiling ini..Cuba korang perhatikan dalam bulatan yang telah aku buat..dan cuba tengok di tepi no "1" tu dekat bahagian tepi tu korang akan perasan seakan ada lebihan besi/metal dekat tepi "1" tu kan kan....Okey untuk pengetahuan korang jugak error seperti ini ianya di panggil sebagai " Extra Metal "( aku rasa dah betul kot panggilan error untuk syiling ni, kalau tk betol cuba betulkan aku ok..he3 )..Untuk pengetahuan korang jugak sebenanya untuk jumpa kecacatan ataupun error yang berlaku pada syiling siri pertama 1967-1988 ( parlimen ) ini sebenarnya agak susah kalau nak dibandingkan dengan kecacatan yang berlaku pada syilling siri ke-2 1989-2011 ( Bunga Raya ).kalau nak dibandingkan dengan syiling ( Bunga Raya ) boleh dikatakan mudah la jugak kalau nk jumpa yang error/cacat, tapi untuk syiling parlimen susah sgt2 nk jumpa. yang error/cacat ni  ( itulah bezanya kalau nak dibandingkan antara mesin lama ngan mesin baru buat kerja..mesin lama kurang sgt-sgt kerosakan yang berlaku pada syiling, kalau mesin baru?? korang buat la kesimpulan sendiri..hu3 ) ....So kalau korang jumpa kecacatan yg berlaku pada syiling siri parlimen ni korang boleh la dikira sebagai mereka-mereka yang bertuah...he3... Jadi kalau korang jumpa error/cacat pada syiling  siri parlimen ni simpan lah ia nya dengan sebaik2nya...apa yang paling penting SIMPANNNNNN!!!!!!!