Follow Me My Prenzzz!!!

Tuesday 18 September 2012

PET BOTTLE COCA COLA

Salam 1 Malaysia...tika ini, saat ini dan hari ini aku cuba berkongsi dan memaparkan beberapa biji botol plastik Coca Cola ( Pet Bottle ) yang ada dalam koleksi dan simpanan aku nih..kesemua botol-botol plastik yang aku dapat ni adalah hasil bantuan daripada sepupu aku " E-One "..TQ Bro....untuk botol-botol ni sebenarnya segan untuk aku kongsikan dekat alam maya nih ( apa aku kisah ni blog aku, suka ati aku rr...he3 ) bukan apa sebab botol-botol mcm ni kalau bagi otai2 Coca Cola, ini adalah botol sampah nih..tp bagi aku ianya cukup membuatkan aku teruja kerana dapat memilikinya...he3...dan untuk botol2 ni aku tak nak cerita panjang sebab gambar2nya aku upload kan secara  lumpsum terus...nak ceritakan satu2 rasanya tak larat la beb..keh3 (mood malas la tuh..he)..kesemua botol-botol ini adalah berbeza designnya antara 1 sama lain...apa-apa hal pun layanzzzz jelah dan kongsi2 kan lah koleksi kalian dengan aku semoga aku akan lebih mendapat info dan maklumat dari masa ke semasa...

Malaysia : Isipadu 500ml

 Malaysia : Isipadu 500ml

 Singapura , Thailand : Botol kenit Isipadu 390ml

 Singapura : Isipadu 500ml

 Singapura : Isipadu 500ml

 Singapura : New grip botol tapi isipadunya 400ml je dan lebih kecil sedikit berbanding new grip botol daripada Malaysia

 Thailand 600ml, Singapura 1 Liter, Thailand 1.25 Liter dan Malaysia 1.5 Liter

Coca Cola Lime daripada Simgapura, dah takde isinya sebab aku dah buang kerana airnya dah tinggal sikit sangat


Hampir kesemua botol-botol Coca Cola plastik ini masih lagi ada isinya walaupun ada sesetengah daripada botol-botol ni isipadu airnya dah berkurangan sebab dah lama dismpan macam tu je...botol2nya pun jugak dah kemek-kemek dah..klu kemekni sekali tgk macam mcm tak syok la plak..bila dipikir2 baik simpan botol kosong je...tapi botol-botol plastik yang dah lama tersimpan dan klu dah kemek2 macam ni walaupun kita buang airnya namun ianya tidak akan kembali kepada bentuk asal seperti yang kita beli dulu ( ada cara tak otai2 sekelian bagaimana caranya untuk mengembalikan semula keremajaannya??klu ada sila kongsikan disini yeaa)..sebenarnya bagi aku untuk simpan botol plastik ni kureeenggg sikit feelnya berbanding simpan botol kaca...tapi mcm2 mana pun ok lah daripada langsung tak ada kan...untuk botol2 kaca Coca Cola InsyaAllah akan dikongsikan disini tidak lama lagi..masih tengah memburu lagi nih untuk menambahkan lagi koleksi yang sedia ada...semangat untuk memburu tetap ada dan berkobar-kobar lagi sebenarnya nih..he3..apa2 hal pun terima kasih kerana sudi singgah ke blog aku yang tidak seberapa nih...TQ2...