Follow Me My Prenzzz!!!

Tuesday 4 December 2012

SINGGAH SEKEJAP....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog "aku punyer" yang sudi singgah ke blog aku nih..dah lama jugak la aku tidak mengupdate blog aku nih...walau bagaimanapun semangat untuk mengumpul dan memburu tetap ada (buru tetap buru bro!!)...bukan tidak ada barang yang nak dikongsikan cuma sedikit malas untuk menulis..he3...lebih seronok melawat blog kawan-kawan dan melihat koleksi kawan-kawan yang lain semakin bertambah..disini aku nak kongsikan sedikit barang yang aku jumpa semasa  dalam perjalanan balik ke kampung hari tu..barang-barang ni aku dapat dekat Rompin...dalam perjalanan tu mata terpandang sebuah kedai menjual " Perabot dan Barang-barang terpakai dari Singapura "..Terus U-Turn semula..Singgah dulu sekejap, mana tahu ada barang-barang baik kat sini..he3..dan hasilnya ini lah yang aku dapat...namun begitu ada jugak benda yang aku tinggalkan kerana memikirkan perjalanan yang jauh, tkot nanti pecah  plak benda kaca ni kalau amik banyak2..amik dulu yang mana aku rasa berkenan..yang lain2 tu kalau ada rezeki nanti boleh aku dapatkan semula...dan ini lah hasilnya yang tidak seberapa yang aku dapat di Rompin dengan harga patut...(Biar gambar je berbicara...malas nak citer panjang2..he3)

Caltex Punya gelas dari Singapore

Tengok pada gelas Caltex Singapore ni macam gelas lama je..yelah cuba tengok pada no telefonnya..masih lagi 6 angka...

 Gelas Nescafe " 1 Now 1 Nescafe "


 Gelas KFC " Scratch & Match Bonus "

Mug Ho..Ho..Horlicks...

Yang ni takde dia punya piring...apa2 hal pun ianya menarik pada mata aku...akhirnya aku sebat jugak...hu3