Follow Me My Prenzzz!!!

Tuesday 25 October 2011

Thailand Commerative Uncut Banknote 1,5 & 10 Baht

Salam 1 Malaysia....Kali  ini " Aku Punyer " hanya nak kongsi salah satu koleksi Banknote negara jiran kita iaitu Thailand ( Thailand Commerative Uncut Banknote 1,5 & 10 Baht )...yang mana koleksi ini adalah merupakan salah satu koleksi yang ada di dalam Folder Duit Luar Negara " Aku punyer "..Sebenarnya Banknote Uncut ni tidak lah sehebat mana pun dan boleh di kategorikan biasa-biasa je..harganya pun tidak lah mahal sangat pun dan senang la jugak untuk dapatkan Banknote nih...bagi mereka yang berminat nk buat koleksi Banknote ni , pegi je tgk kat ebay.com mesti ada punya...Namun bagi aku banknote ni menarik la jugak untuk dijadikan sebagai koleksi...seperti kata kawan aku "Boleh la untuk buat stok geli2 "...apa2 hal pun aku tetap sayang koleksi ni dan aku just nak berkongsi je ngan korang sumer...Layanzzzzz...

 KULIT DEPAN FOLDER

MUKA DEPAN 1,5 & 10 BAHT 


GAMBAR BAHAGIAN BELAKANG 1,5 & 10 BAHT 


PENERANGAN MENGENAI BANKNOTE INI DALAM BAHASA THAI 

PENERANGAN MENGENAI BANKNOTE INI DALAM BAHASA INGGERIS

P/S : Aku nak explain pun malas, so untuk mereka yang nak mengetahui serba sedikit mengenai duit Uncut ni korang boleh la baca kt gambar tu yea...kalau mereka yang faham Bahasa Thai tu, baca la yang versi bahasa Thai tuh..kalau tak paham boleh la tengok yang BI punya ok...he3...

Monday 24 October 2011

Ibu Duit????

Ibu Duit????hehehehe...Duit pun ada ibu jugak ke??itu lah persoalan yang aku ingin tanya pada mana2 otai ataupun mereka yang tahu mengenai cerita pasal Ibu duit nih...sebab aku sendiri pun x pasti, tapi aku pernah terbaca dalam internet ( x ingat la plak kat mana aku baca cerita tuh ) Namun melalui pembacaan aku dari sumber yang tk berapa sahih tu, aku dapat tahu yang ada segelintir mereka yang minat dengan beberapa no siri duit seperti dalam gambar yang aku upload kt bawah tuh( contoh la, namun spesifikasi duit yang di cari tu untuk dijadikan ibu duit tu aku tak berapa pasti la mcmana)cuma yang aku tahu mereka yang percaya dengan ibu duit ni hanya minat dengan no siri 9XX9XX9 atau 8XX8XX8 ( kalau boleh jangan ada no 0..dan bila di tambah semua no 9XX9XX9 tadi beserta dengan no lain-lainnya maka nilai tambahnya itu mesti 50 ataupun hasil tambahnya mestilah keluar angka ganjil baru la boleh dibuat ibu duit ( betul atau tak aku tak pasti la, mohon pandangan kepada meraka2 yang tahu )...Untuk pengetahuan korang yang terbaca entri aku ni jangan salah sangka plak, sebab bagi aku sebagai KOLEKTOR cap ayam ni, aku rasa no siri/prefix no duit ni adalah menarik untuk dijadikan koleksi je...tidak ada niat lain ataupun wujudnya dalam hati untuk percaya dengan benda2 tu semua...bg aku jugak kalau ada ibu duit hebat mcmana sekalipun pun tapi kalau  keje malas, x nak usaha takde nya duit nak datang bergolek kt kita kan?? jugak apa2 hal korang layanzzz jelah gambar/entri aku kali ni ok...Terima Kasih!!

KOLEKSI 9XX9XX9 TANPA ANGKA 0
RM1 
Nilai Tambah 9869459 = 50 ( angka ganjil ) 

RM5
 Nilai Tambah 9729479 = 47 ( angka ganjil ) 

RM50
Nilai Tambah 9289319 = 41 ( angka ganjil ) 


KOLEKSI 9XX9XX9 DENGAN ANGKA 0
RM1
Nilai tambah 9529409 = 38 ( angka genap )

RM1
Nilai Tambah 9089909 = 44 ( angka genap )


Walaupun koleksi " Ibu Duit " ni tidak lah sehebat Solid number yang dimiliki oleh kolektor-kolektor lain, namun bagi aku ianya tetap ada nilainya yang tersendiri, malah prefix no seperti ini sebenarnya ada peminatnya yang tersendiri...apa-apa hal aku tetap simpan walaupun conditionnya sekadar F sahaja...he3..

Sunday 23 October 2011

Syiling Peringatan Malaysia

Salam 1 Malaysia untuk semua yang sudi membuat lawatan ke Blog "aku punyer" yang tidak seberapa ini...untuk pengetahuan korang sebenarnya dah lama blog " aku punyer " ini tidak di update disebabkan oleh kekangan masa dan juga atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan..Namun hari ini " aku punyer " mempunyai sedikit masa terluang dan " aku punyer " cuba untuk berkongsi serba sedikit koleksi syiling peringatan yang ada dalam koleksi " aku punyer".walaupun syiling-syiling peringatan yang ada dalam simpanan aku ni bukan lah "RARE" sangat pun dan harganya tidaklah semahal mana, namun sebagai pengumpul syiling dan wang kertas, kesemua syiling-syiling ini ada nilai-nilai estetikanya yang tersendiri kepada aku.  Untuk pengetahuan korang juga sebenarnya syiling peringatan yang ada dalam koleksi aku ini masih lagi blom lengkap dan masih banyak lagi yg diperlukan untuk melengkapkan koleksi syiling peringatan ini...pelan-pelan kayuh la kan...kumpul setakat yang termampu...he3

KOLEKSI SYILING PERINGATAN

 SYILING MALAYSIA SIRI KE-3 (2011)

 SYILING PERINGATAN ULANGTAHUN KE-50 PARLIMEN

 SYILING MALAYSIA 1990 ( EDISI BAHASA MALAYSIA )

 SYILING MALAYSIA 1990 ( EDISI BAHASA INGGERIS )

THE 30TH ANNUAL MEETING  OF THE ISLAMIC DEVELOPMENT BANK

SYILING PERINGATAN 50 TAHUN FELDA 

 SYILING PERINGATAN 50 TAHUN BUNGA RAYA SEBAGAI BUNGA KEBANGSAAN

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-125 JUPEM

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-50 TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-125 KTM

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-50 BNM

 SYILING PERINGATAN SUKAN SEA DI KUALA LUMPUR

SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-75 TLDM

Buat masa ini hanya ini lah sahaja syiling-syiling peringatan yang berjaya dikumpul oleh " aku punyer"...InsyaAllah " aku punyer " akan berusaha setakat yang mampu untuk melengkapkan kesemua koleksi syiling peringatan ini dari masa ke semasa...akhir sekali terima kasih aku punyer ucapkan kepada mereka-mereka yang sudi berkunjung ke dalam blog " aku punyer " ini...InsyaAllah blog ini akan terus di update dari masa ke semasa..Salam......