Follow Me My Prenzzz!!!

Tuesday 18 September 2012

PET BOTTLE COCA COLA

Salam 1 Malaysia...tika ini, saat ini dan hari ini aku cuba berkongsi dan memaparkan beberapa biji botol plastik Coca Cola ( Pet Bottle ) yang ada dalam koleksi dan simpanan aku nih..kesemua botol-botol plastik yang aku dapat ni adalah hasil bantuan daripada sepupu aku " E-One "..TQ Bro....untuk botol-botol ni sebenarnya segan untuk aku kongsikan dekat alam maya nih ( apa aku kisah ni blog aku, suka ati aku rr...he3 ) bukan apa sebab botol-botol mcm ni kalau bagi otai2 Coca Cola, ini adalah botol sampah nih..tp bagi aku ianya cukup membuatkan aku teruja kerana dapat memilikinya...he3...dan untuk botol2 ni aku tak nak cerita panjang sebab gambar2nya aku upload kan secara  lumpsum terus...nak ceritakan satu2 rasanya tak larat la beb..keh3 (mood malas la tuh..he)..kesemua botol-botol ini adalah berbeza designnya antara 1 sama lain...apa-apa hal pun layanzzzz jelah dan kongsi2 kan lah koleksi kalian dengan aku semoga aku akan lebih mendapat info dan maklumat dari masa ke semasa...

Malaysia : Isipadu 500ml

 Malaysia : Isipadu 500ml

 Singapura , Thailand : Botol kenit Isipadu 390ml

 Singapura : Isipadu 500ml

 Singapura : Isipadu 500ml

 Singapura : New grip botol tapi isipadunya 400ml je dan lebih kecil sedikit berbanding new grip botol daripada Malaysia

 Thailand 600ml, Singapura 1 Liter, Thailand 1.25 Liter dan Malaysia 1.5 Liter

Coca Cola Lime daripada Simgapura, dah takde isinya sebab aku dah buang kerana airnya dah tinggal sikit sangat


Hampir kesemua botol-botol Coca Cola plastik ini masih lagi ada isinya walaupun ada sesetengah daripada botol-botol ni isipadu airnya dah berkurangan sebab dah lama dismpan macam tu je...botol2nya pun jugak dah kemek-kemek dah..klu kemekni sekali tgk macam mcm tak syok la plak..bila dipikir2 baik simpan botol kosong je...tapi botol-botol plastik yang dah lama tersimpan dan klu dah kemek2 macam ni walaupun kita buang airnya namun ianya tidak akan kembali kepada bentuk asal seperti yang kita beli dulu ( ada cara tak otai2 sekelian bagaimana caranya untuk mengembalikan semula keremajaannya??klu ada sila kongsikan disini yeaa)..sebenarnya bagi aku untuk simpan botol plastik ni kureeenggg sikit feelnya berbanding simpan botol kaca...tapi mcm2 mana pun ok lah daripada langsung tak ada kan...untuk botol2 kaca Coca Cola InsyaAllah akan dikongsikan disini tidak lama lagi..masih tengah memburu lagi nih untuk menambahkan lagi koleksi yang sedia ada...semangat untuk memburu tetap ada dan berkobar-kobar lagi sebenarnya nih..he3..apa2 hal pun terima kasih kerana sudi singgah ke blog aku yang tidak seberapa nih...TQ2...

Monday 3 September 2012

MILO OOO...MILO....

Salam kawan-kawan semua..apa mcm dengan koleksi MILO korang setakat nih??sudah lengkap??he3..Bagi aku rasanya cukup lah setakat ni dulu untuk aku sebat tin-tin MILO dan mug MILO edisi terhad 2012 nih..nanti mabuk MILO plak aku lepas nih..dah banyak dah MILO yang disedekahkan kepada sedara mara dan teman2 , bagi mendapatkan Mug edisi terhad daripada MILO nih..sekarang ni plak nak lengkapkan tin-tin Milo edisi terhad ni plak..aiii..rasanya modal pun dah tidak berapa ada lagi dah nih..hu3..tapi hati panas je bila asyik dengar iklan dalam radio dengan ayat " kumpulkan kesemua tin-tin Milo edisi terhad, seiring dengan mu sekarang" Akhirnya tin 1970an aku sebat jugak aku arini..nak sebat yang tahun 1990an sekali, tapi hati dikuatkan supaya jangan terpedaya lagi dengan hasutan-hasutan yang ada dekat sekeliling, tambahan plak poket dah mmg kering tahap kemarau dah nih..nasib baikkkk (simpan sikit modal mana la tahu kot2 ada barang koleksi lain yang perlu didapatkan dengan kadar segera)...keh3..

 2 ketul tin ni pun cukup lah dulu setakat nih..ada rezeki lebih nanti dan sementara stok masih ada aku sebat la yang dua ketul tu lagi ( 1990an & 2012 )..hu3...kalau dah mmg rezki takkan kemana kan, tapi kalau dah takde rezki yang dalam mulut pun boleh keluar..apa2 hal pun sabar itu penting sebenarnya (ayat sedapkan hati sendiri)

 Aku pilih design yang tahun 1950an dan 1970an sebab ianya nampak oldskool sikit..hu3..

 Tak boleh lengkapkan tinnya, dapat aku lengkapkan mugnya pun jadi lah..sekurang2nya adalah sedikit kenangan untuk tahun 2012..kalau untung nasib badan nanti leh jumpa kat kedai-kedai apek yang mereka jual barang-barang free gift yang tidak dituntut oleh customer boleh la aku rembat lagi mug Limited Edition nih..he3..So kata kuncinya kat sini sekali lagi adalah sabarrrr dan jangan tamak!!!he3..

 Muka depan mug tahun 1950an dan 1970an

 Muka Belakang mug tahun 1950an dan 1970an

 Muka depan mug tahun 1990an dan 2012

Muka belakang mug tahun 1990an dan 2012

Saturday 1 September 2012

THE COCA COLA COMPANY (INDONESIA)

Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog " Cap Ayam " aku ni..Terima kasih banyak2 kerana sudi singgah di blog aku nih..Malam ini aku cuba kongsikan beberapa biji botol kosong "Coca Cola & Fanta" dari negara jiran kita iaitu Indonesia yang ada dalam koleksi aku nih..bagi aku dapat botol kosong pun hati dah seronok banyak dah..Botol-botol yang aku dapat ni tidak lah serare mana pun, masih senang lagi kot nak dapat kalau korang pergi Indonesia nuh..Namun bagi aku boleh la botol-botol ni untuk menambahkan lagi koleksi Coca Cola aku yang tidak seberapa nih..he3..bagi otai-otai Coke diaorang x layan mana botol2 kosong nih..yang diaorang simpan semua yang rare2 dan masih ada isi lagi peee...hu3...apa2 hal pon layanzzz jelah koleksi aku nih...(botol-botol kosong ni aku simpan sebagai perangsang untuk aku mendapatkan lagi botol2 yang lebih baik)

Gambar Depan - Dua botol Coca Cola Indonesia yang sama daripada segi Isipadunya iaitu Netto 295ml/Isian 295ml, Namun Designnya yang sedikit berbeza ( cuba tengok pada gambarnya )

Gambar Belakang

Gambar Depan - Ni pulak botol Fanta Indonesia yang isipadunya jugak 295ml, tapi ada sedikit perbezaan juga pada designnya..cuba perhatikan betul2 pasti akan dapat di cam akan perbezaannya..he3

Gambar Belakang