Follow Me My Prenzzz!!!

Wednesday 21 March 2012

MUG OLDTOWN WHITE COFFEE

Salam 1 Malaysia kepada kawan-kawan semua yang sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ini...diatas sebab2 yang tidak dapat di elakkan...lama jugak rasanya aku tidak mengupdate blog " Cap Ayam " aku yang tak seberapa ini....Kali ini aku cuba kongsikan 1 set Mug OldTown White Coffee yang baru aku perolehi daripada kedai runcit dekat umah aku...ini kedai yang aku biasa pergi dekat umah aku untuk membeli barang2 runcit (biasanya banyak aku beli rokok je kt sini, kalau nak beli barang2 keperluan lain aku lebih suka pergi Giant @ Tesco...he3) Tidak mahu bercerita panjang sebenarnya...tapi bila dah bercerita ni mmg tk boleh nak pendekkan ceritanya...hu3...sebenarnya aku pernah gak survey barang2 free gift kat kedai runcit ni sebenarnya...adalah jugak aku pernah beli 2, 3 ketul barang free gift seperti Colgate dan juga SunQuick dari kedai ni..Sebelum ni tk de pon Mug OldTown White Coffee ni, Namun mungkin kali ini rezeki aku kot sebab mulanya Mug ini mmg tidak dijual sebab ianya untuk free gift sahaja sekiranya anda membeli kopi OldTown White Coffee...Namun kali ini mungkin nasib aku baik...kopi OldTown mungkin sudah abis dibeli oleh customer dan yang tinggal hanyalah Mug nya sahaja, sebab itu ianya dijual..So ini lah hasil yang aku dapat daripada kedai tersebut...layanzzzzzzzzz.........

 Tengok pada rak cawan dan pinggan ada lebih kurang 10 ketul Mug OldTown White Coffee nih...harga yang di tawarkan ialah RM2.50 seketul...Namun aku minta la RM2 untuk seketul..dapat la jugak akhirnya dengan harga yang aku minta tu..so aku amik la 6 ketul terus sebab orang cakap klu nak cukup kan 1 set mesti ada 6 ketul...masa nak bayar tuh amoi yg jaga kaunter tu pelik tengok aku amik banyak2 cawan free Gift nih...dia tanya aku " u mau buat apa ini cawan, angkat banyak2??"....aku pun jawab " saya mau kasi u untung maaa...ini cawan saya mau buat koleksi sebab banyak cantik maaaa...." aku pon pelik dengan amoi ni kenapa dia tanya aku soalan tuh...sepatutnya dia suka la sebab aku nak beli barang kt kedai dia....


 Designnya mmg menarik dan cantik pada aku...nampak mcm gambar pokok kopi telah diprint pada Mug tersebut...manyak syokkk wooo klu Mug ini dibuat sebagai koleksi...he3

Didalam Mug tersebut ada tertulis " Best Serve "...mengikut yg aku search dalam google cawan ini sebenarnya ada di datangkan dengan no sirinya...tp yang aku dapat ni dh tak de dia punya label yang ada no sirinya tuh...apa2 pon tk pelah janji dapat..itu pon dah banyak syok...ini link yang aku jumpa Mug ni dijual dalam Mudah.com http://www.mudah.my/Old+Town+White+Coffee+MyTime+Mug-12106344.htm ...mahal la jugak sehingga sampai RM50 seketul..mungkin sebab ada no siri kot tu yg jadi mahal tuh...hu3..