Follow Me My Prenzzz!!!

Saturday 4 February 2012

THE COCA COLA COMPANY( THAILAND )

( TIADA YANG SPECIAL PUN DENGAN INI BARANG, CUMA AKU INGIN BERKONSI SEDIKIT INFO)

Kerana keboringan yang teramat sangat aku meronda-ronda di kawasan perumahan aku ni..memandangkan tiada aktiviti yang ingin aku lakukan, aku singgah Jusco kejap..tak sampai setengah jam aku keluar( pergi jusco bukan nak membeli belah pon...he3...saje ronda2)..bila keluar lalu dekat sebuah kedai dekat rumah aku nih..aku terpandang sebuah kedai, dekat papan tanda kedai tu tertulis " MENJUAL BUAH-BUAHAN DAN BARANGAN SEMBAHYANG "..bila tengok dia tulis buah-buahan..ianya menarik perhatian aku( padahal dah pergi Jusco tadi, x beli buah plak..he3)..Rasa teringin nak makan buah-buahan la plak..apa lagi aku singgah la sekejap kedai nih..bila masuk ke kedai " MENJUAL BUAH-BUAHAN DAN BARANGAN SEMBAHYANG" ni aku terus menuju ke tempat buah-buahan yang di susun rapi..Tanpa berlengah-lengah lagi aku memilih beberapa biji buah epal( 1 biji RM2.50 tu wooo..he3)..sambil tengah aku membelek2 dan memilih buah-buahan yg aku nak tu...mata aku terpandang kat bawah rak tempat menyusun buah-buahan ni ada banyak botol tersusun rapi di dalam kotak tu...ingatkan botol apa, bila di tengok2 ada mcm tulisan siam la plak..tilik punya tilik rupa-rupanya ada air botol Coca Cola Siam, Fanta Siam dan Sprite Siam..apa lagi, aku minta tokey kedai tu amik air botol tu aku nak tengok aku cakap...memang sah air botol Coca Cola,Fanta dan Sprite Siam ada jual kat kedai nih...kerana tertarik dengan botol2 ni..aku pon tanpa berfikir panjang minta tokey tu bagi aku 3 botol coke, 3 botol Fanta( lain2 punya perisa) dan 1 botol Sprite..tak tahu la plak aku kat kedai " MENJUAL BUAH-BUAHAN DAN BARANGAN SEMBAHYANG" ni ada jual air botol daripada Thailand..So sape2 yang nak bley la cuba2 cari air botol ni kat kedai mcm ni kot2 ada kat tempat korang..harga pon kira berpatutan la jugak( RM2 sebotol )..tp klu nak murah lagi bley pegi Thailand sana..ada brannnn????he3...

Bagi otai Kolektor Coca Cola...Botol macam ni diaorang tak simpan punya sebab berlambak boleh jumpa...bagi otai-otai Coca Cola, botol ni boleh di kategorikan sebagai botol sampah je bagi diaorang...hu3..(aku bukan nak cakap botol ni rare pon, tp just nak kongsi info je kat mana aku dapat ini botol..he3)

Coca Cola dalam tulisan/Bahasa Siam

Coca Cola 250ml

Fanta dalam tulisan/Bahasa Siam

Fanta 250ml

itu tokey kedai ada cakap, ini air boleh minum kalau mau...tapi bila bawak balik aku tgk semua air ni dah tamat tempoh dan ada yang hampir-hampir tamat tempoh punya...hu3..kalau minum ok lagi rasanya nih sebab  tarikh luput dia blom lama lagi pon...he3..sebelum aku beredar aku sempat tanya pada tokey tu " tokey, ini botol ada hantu ka???" tokey kedai tu dengan dia punya bini gelak besar bila aku tanya mcm tuh..rasa bodoh la plak pertanyaan aku tuh...aku rasa orang yg pegi kedai tuh beli botol ni untuk kegunaan " sembahyang/upacara keagamaan " kot (klu salah tolong betul kan aku)..tokey itu cakap " ini botol baru la, mana ada hantu, blom guna buat sembahyang punya, kalau buat sembahyang pon mana ada hantu maa"..he3...dengan tersenyum simpul aku memblahkan diri dari kedai itu..he3..Sekian Jelah dulu cerita aku yang ntah apa2 nih( x de cerita aku cari cerita)...keh3...Layanzzzzzzzz...Salam.....