Follow Me My Prenzzz!!!

Tuesday 7 February 2012

HORLICKS FREE GIFT

( BIASA-BIASA JE PUNYA BARANG TIADA YANG SPECIAL PUN...CAP AYAM PUNYA BARANG JE NIH...BUKAN NAK MENUNJUK2 TAPI HANYA NAK BERKONGSI DENGAN RAKAN2 KOLEKTOR JE..HE3 )

Salam 1 Malaysia...Sedikit entri untuk dikongsi bersama rakan-rakan di malam hari sebelum mata ini melabuhkan tirainya ( cewahhh ayat..he3)..apa yang cuba aku kongsikan di sini adalah barang-barang free gift Horlicks yang aku dapat bersama-sama dengan sudu Nescafe yang pernah aku ceritakan sebelum ini..namun barang free gift yang aku dapat ni bukan lah dengan membeli apa-apa barang horlicks...tapi aku just beli barang free gift tersebut dari kedai runcit yang pernah aku ceritakan sebelum nih (http://wwwakupunyer.blogspot.com/2012/02/sudu-nescafe.html)...harga yang di tawarkan plak memang membuka selera aku, apa tidak nya RM1 untuk satu barang..siap dengan kotak lagi tuh...he3...aku rasa barang2 ni sebenarnya akan di beri percuma sekiranya kita membeli apa2 barang yang berjenama horlicks ( dah namanya free Gift..mmg percuma la..) namun begitu sedikit kekecewaan kerana aku tidak mempunyai maklumat tahun bila free gift/promosi ini di buat ( sape2 yang ada info boleh lah kongsi dengan aku yea)...apa2 hal pon korang layanzzzz jelah yea...

 Warna Merah

 Warna Biru

 Warna Kuning

 Kesemua bekas air Horlicks ini adalah diperbuat daripada Aluminium..sesuai untuk dijadikan bekas minuman Horlicks panas..hu3

Bekas air Horlicks mungkin untuk minuman sejuk

 Burung Hantu woo..yang ini jugak ada pelbagai corak binatang ( x ingat la plak binatang apa lagi yang ada)...namun aku hanya mengambil yang ini sahaja dahulu..he3..

 Horlicks
 " Saya Mahu Jadi Bijak "...betul ke apa yang aku translate nih ( kalau salah tolong betulkan yea)...he3

Yang ini pun ada dua warna..merah dan biru..namun biru jugak menjadi pilihan aku...hu3