Follow Me My Prenzzz!!!

Saturday 18 June 2011

Die Chip : 20 sen 1993

20 sen 1993

Salam...Dalam Entri kali aku cuba upload dan kongsikan sekeping syiling 20 sen 1993 yang aku baru je jumpa dikala membelek2 duit syiling yang aku dapat semasa membeli barang dekat kedai. semasa membelek dan menilik syiling baki daripada bayaran yang dibuat, mata terpandang kearah sekeping syiling 20 sen 1993.hati terdetik mengapa syiling 20 sen 1993, mengapa tidak 20 sen 1994...kang lagi rare kalau leh dapat syiling 20 sen 1994 yang mana mintage dia tidak la berapa banyak hanya 2 juta keping lebih je..hu3...walaupon kecewa tidak mendapat syiling 20 sen 1994...tiba-tiba aku teringat entri yang telah aku baca dalam blog "Depankanta" (http://depankanta.blogspot.com/2011/06/syiling-extra-dot-yang-istimewa.html ) ...so aku cuba menilik pada buah pinang dibelakang syiling 20 sen 1993 tersebut..mungkin nasib aku baik kot, rupa2 nya terdapat satu " DOT " pada buah pinang syiling tersebut..seperti yang depan kanta cakap untuk syiling siri bunga raya ni tak boleh nak panggil " extra dot " dan ianya dipanggil " First Dot " kerana tidak terdapat " dot " lain selain daripada yang ini je (tengok dalam bulatan di atas buah pinang)..dengan mendapat syiling yang " dot " ni maka terubat la sikit hati aku( tak de la kecewa sangat...he3)..untuk syiling ni aku ingin minta pandangan daripada otai-otai seperti " Mr. Dickson Niew, Whycollect dan juga Depankanta " sekiranya mereka sudi untuk memberi komen pada entri aku ini berkenaan syiling " Dot " yang aku dapat nih...sekiranya otai2 yang lain sudi memberi komen juga dipersilakan lah...apa2 hal pon untuk syiling ni aku akan tetap simpannnnnnnnnnnnnnnnn...........

4 comments:

  1. Hi Aku Punyer,
    Whycollect bukan sebarang otai, haha.
    Cuma boleh katakan sangat minta dalam hobi duit syiling error.
    Kami semua memang bernasib baik kerana mendapat otai macam En. Dickson untuk membantu kita semua ini.
    Ya, daripada gambar di sini, nampaknya syiling 'Dot' yang dimaksudkan Aku Punyer sama dengan yang ada pada depankanta.
    Ia merupakan salah satu die error.
    Tahniah dan teruskan usaha.
    Pasti Aku Punyer akan memperoleh hasil yang lebih memuaskan :)

    ReplyDelete
  2. Dear Aku Punyer,
    Rupanya kamu terjumpa adik kembar kepada syiling 1993 20 sen Die Gouge kepunyaan Depankanta!
    Ini memang boleh berlaku kerana apabila Die penempaan tersebut tercungkil satu cekungan yang berbentuk bulat di atas permukaan Die,maka penempaan syiling seterusnya akan mempunyai satu 'Dot' yang menunjur diatas permukaan(field) syiling tersebut(seperti 1979,50 sen,"Dot"),syiling-syiling yang ditempa seterus akan mempuyai "Dot" yang serupa pada lokasi yang sama sehingga diketahui oleh penyelia /technician dan pembetulan dibuat ke atas Die tersbut!
    Happy Niewmismatic!

    ReplyDelete
  3. apa hal pon terima kasih diatas pandangan "whycollect" dan juga " mr. niew" tu...semoga akan terus menyalurkan maklumat yang berguna kepada saya dari masa ke semasa...TQ Very Much...

    ReplyDelete
  4. Sekalung Tahniah Aku Punyer,
    Sebenarnya cerita 'dot'tak timbul dalam syiling siri bunga raya.depankanta cuma cuba usik kalau2 Steven Tan akan masukkan syiling Die Gouge errors ini dalam katalog barunya nanti,harga pun akan melambung.hehe..Jauh kembar ni terpisah,satu di Johor dan satu nun di Kelantan!.TQVM

    ReplyDelete