Follow Me My Prenzzz!!!

Monday 23 January 2012

1 Sen Malaysia

Salam 1 Malaysia...dah lama blog ni x berupdate...hari ini aku update la sikit...he3..sebenarnya dalam entri yang lepas aku dah pernah entri kan mengenai syiling 1 sen nih..cuma hari ini ada sedikit penambahan dalam koleksi syiling 1 sen yang aku dapat dari seorang bro di rumahnya pada minggu lepas...

 Keseluruhan koleksi 1 sen Malaysia siri Ke-2 yang ada dalam simpanan/koleksi aku

 Masih belum penuh 1 bekas tempeyek nih...he3( syiling 1 sen yang conditionnya x berapa cantik )

 Dah penuh 1 bekas kecil nih ( syiling 1 sen yang mana conditionnya boleh dikatakan cantik/berkilat lagi )

 Ni adalah syiling 1 sen yang aku dapat dekat umah seorang bro yang meniaga kat pasar karat JB...pergi serang umah dia...tgk2 ada syiling 1 sen dalam bekas/Tin biskut nih( tin biskut macam lama punya tin je nih...boleh buat koleksi gak nih..he3)...tp syiling 1 sen yg aku dapat ni dah bercampur dengan syiling 1,5 dan 10 sen singapore, mcm2 token pon ada, RM1 keris( Besi ) dan sampah2 lain..he3..dia cakap dia pon dah tak nak dah..Dia cakap klu nak amik la 10 ringgit..apa lagi mcm orang mengantuk di sorongkan bantal la...aku rembat jelah..syiling 1 sen siri kedua tu x penting sangat sebab aku dah ada banyak..cuma target aku, mana tahu kot2 ada syiling parlimen untung aku...aku tak select terus kat situ..bila bawak balik baru aku buat kerja memilih dan mengasingkan...he3..kalau nak diikutkan mmg la nilai muka ( FV ) 1 sen ni x sampai pon 10 ringgit pun..tp yang aku nak cari adalah 1 sen siri pertama ( Parlimen )

Dan ini lah hasilnya daripada usaha aku mengasingkan dan memilih duit 1 sen yang aku dapat daripada bro pasar karat tuh...woww!! seronok aku kerana dapat 1 sen siri parlimen nih...maknanya usaha aku x de lah sia2 sangat..mungkin bagi orang lain x de yang best sangat pon duit 1 sen nih..tp bagi yang minat mungkin ada sentimental valuenya..kih3..aku dapat dalam lebih 40 keping 1 sen parlimen dan dalam lebih 40 keping tuh aku jumpa jugak la 2 keping 1 sen untuk tahun 1968 dan 1 keping 1 sen 1973 yang melekat kat magnet (copper -clad steel )..Namun aku tak jumpa 1 sen 1970 je...apa2 hal pon aku tetap berpuashati...tambah dengan yang aku dapat nih...maknanya koleksi syiling 1 sen siri pertama ( parlimen ) aku dah hampir mencecah dekat2 300 ratus keping dah( koleksi aku sebelum nih + ngan yang nih )..Alhamdulillah.......apa hal pon korang layanzzzz jelah k...

5 comments:

  1. Salam koleksi aku punyer,
    Wah,tuah badan ni!..hehe.Kalau ikut nilai muka dan nilai numis untuk syiling 1 sen diatas,nilai sekeping syiling 1 sen 1968 sudah boleh cover semua sekali syiling2 itu.Belum semak lagi syiling2 error yg mungkin ada dalam bekas tu.
    Seperkara yg depankanta ingin kongsi pasal penyimpanan syiling 1 sen ni,sebaiknya diasingkan syiling yg "cedera" atau "berpenyakit barah" kerana syiling 1 sen mudah berjangkit dan syiling yg cedera akan mencederakan pula jiran2nya.Bekas kaca mungkin lebih baik dari bekas plastik kerana bekas plastik akan menjejaskan warna syiling untuk jangka panjang..
    Ini sekadar pendapat depankanta,Tahniah dan terima kasih banyak2 koleksi aku punyer....

    ReplyDelete
  2. Hi aku punyer,
    Wow, banyaknya syiling 1sen ini.
    Nampak macam-macam tarikh tempaan pun ada.
    Hanya 10 ringgit untuk semua.
    Ok lu, hehe.
    Tahniah :D

    ReplyDelete
  3. syabas Bro! banyak tu! terus berusaha!, itu belum lagi kalau kita selongkar rumah saudara mara :)

    ReplyDelete
  4. Depankanta : Wsalam bro depankanta...terima kasih diatas pandangan/nasihat bro tuh...sememangnya saya dah asingkan antara dengan yang cedera dengan yg elok...cuma bekas je saya gunakan bekas plastik..nanti nank kena cari bekas kaca ni untuk simpan semua syiling 1 sen nih...x larat nak tilik dan cari yang error...main simpan mcm tu je...cuma sempat asingkan yang warna berkilat dan pudar je letak lain2 tempat..he3..

    Whycollect : hi whycollect..terima kasih..mmg ada mcm2 tarikh tempaan..cuma x sempat tgk btol2 je..x larat mata nak meniliknya he3...just sempat tgk yang siri parlimen je..hu3

    iaryylr : Terima kasih bro di atas kata2 perangsang..akan terus berusaha untuk menambahkan koleksi..harap bro pun akan terus maju jaya dan memburu dan memenuhkan koleksi bro...

    ReplyDelete
  5. sapa2 ada 1 sen tahun 1992 kaler silver hello aku kat 017-7035497

    ReplyDelete