Follow Me My Prenzzz!!!

Friday, 10 February 2012

KOTAK PENSIL STAEDTLER

 ( CUBA MENGIMBAU KEMBALI ZAMAN PERSEKOLAHAN SUATU KETIKA DAHULU DENGAN STAEDTLER)

Salam 1 Malaysia untuk semua pengunjung blog " Koleksi Aku Punyer!! cap Ayam je..". Entri kali ini Aku punyer cuba untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua kotak pensil Staedtler yang ada dalam simpanan aku punyer..tidak perlu nak di terangkan dengan lebih panjang lebar berkenaan dengan jenama Staedtler ni sebab aku punyer tahu yang semua orang sudah kenal dengan jenama alat tulis Staedtler ini..sebenarnya kotak pensil ini sudah lama ada dalam simpanan aku punyer ( tidak la lama sangat, cuma kali ini je sempat untuk di entrikan dan dikongsi bersama dengan rakan-rakan semua..he3 )..Teringat ketika zaman persekolahan aku dahulu, sekiranya musim peperiksaan, alat tulis Staedtler adalah menjadi pilihan yang terbaik aku dan kawan-kawan aku untuk digunakan dalam menjawab soalan peperiksaan terutamanya yang melibatkan jawapan objektif ( lorekan menggunakan pensil Staedtler adalah lebih hitam dan jelas diatas kertas jawapan objektif atau OMR ) entah la mengapa,mungkin dari segi kualitinya yang agak baik atau pada masa itu terlalu kurang jenama alat tulis lain, tidak seperti hari ini terlalu banyak jenama alat tulis yang wujud di pasaran kalau kita tengok ( x larat nak sebut banyak sangat skang ni jenama untuk alat tulis )..apa2 pon alat tulis jenama Staedtler ni mmg menjadi pilihan aku dari dulu sehingga ke hari ini..Terbaikkkk macam Boboiboy!!!...

 Kotak Pensil  "Staedtler Mars " ni kalau aku tengok ala-alat retro sedikit, tu yang menyebabkan aku berkenan dengan kotak pensil nih.

"160 Years Celebration"..rupa-rupanya jenama Staedtler ni dah agak lama wujud...

  Made In Germany

 Bahagian dalam kotak Pensil Staedtler Mars

Limited Edition

Sesiapa yang ada info pasal kotak pensil nih, jangan la segan-segan untuk berkongsi info dengan aku yea...Terima Kasih....

5 comments:

  1. cantik bro :) retro, yang syoknya ada trojan tu :)

    ReplyDelete
  2. limited edition 2.. caya bro.. nak?.. hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah,tahniah...dulu ada juga guna staedler alat-alat geometrical,untuk matapelajaran matematik.Kalau tak silap warna kecoklatan besar dan pendek sedikit daripada kotak pensil ni.Dulu-dulu kotak pensil daripada besi,sekarang dah macam2 ada.
    Tahniah...oldskool ni..

    ReplyDelete
  4. Salam,koleksi aku punyer
    Pada era awal persekolahan depankanta(60an),bekas alatulis jenama ini hanya diguna oleh budak2 elit sahaja..depankanta guna yang cap ayam ajer!..haha

    Tahniah,dalam bekas yg kosong itu tentu penuh dengan kenangan...

    ReplyDelete
  5. terbaik ni bro....tak pernah tengok design ni. trojannya pun lain dari biasa. very retro-looking, syabas.

    ReplyDelete