Follow Me My Prenzzz!!!

Wednesday 29 February 2012

MENGAMIT NOSTALGIA DI ZAMAN AKU KANAK-KANAK DAHULU

Balik kampung masa cuti hari tu, aku ternampak satu benda yang telah mengembalikan nostalgia aku semasa aku  di zaman kanak-kanak dahulu...Benda itu bukan setakat mengamit kenangan aku di zaman kanak-kanak dahulu tetapi mengimbas kembali kenangan aku bersama dengan Arwah Datuk aku yang telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1996 (Allahyarham Haji Daud Bin Ibrahim)...masih terbayang2 lagi dalam fikiran aku ini bagaimana arwah menggunakan benda ini semasa lewat tahun 1980-an dulu..Sayu rasanya hati ini bila melihat benda ini masih ada lagi dan tergantung di bawah rumah tanpa ada sesiapa yang mempedulikannya..lalu benda ini Aku ambil dan aku sapu dan aku bersihkan seadanya...suatu ketika dahulu benda ini amat berguna untuk seorang tukang kayu bagi melicin meratakan permukaan kayu yang telah di belah...ianya amat berguna bagi seorang tukang rumah atau tukang kayu..Benda ini aku kenali dengan nama Ketam Kayu..Rasanya ramai yang sudah mengenali dan menjadikan benda ini sebagai koleksi untuk tatapan anak cucu cicit korang 1 hari nanti...dek kemajuan yang kita kecapi hari ini benda ni makin lama, makin di lupakan dan ramai generasi muda kita pada hari ini tidak lagi pernah melihat dan mengenali Ketam Kayu yang sememangnya banyak kegunaannya kepada generasi terdahulu....

 Walaupun mata besi untuk ketam kayu ini sudah tiada namun dapat menyelamatkan Ketam Kayunya sahaja pun sudah cukup baik daripada membiarkannya hilang reput di mamah usia..Sekurang2 nya biarlah ia menjadi tatapan untuk anak cucu cicit kita satu hari nanti...sekurang2 nya biarlah mereka tahu betapa cekalnya generasi terdahulu berusaha untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka supaya generasi hari ini dapat menikmati kehidupan yang lebih baik pada hari ini...

Bahagian bawah Ketam Kayu yang licin, namun yang aku punyer ini tidak la selicin seperti waktu ianya berkeadaan baik suatu ketika dahulu...mungkin di perbuat daripada kayu yang agak keras ( Aku kurang pasti kayu apakah yang digunakan untuk membuat Ketam Kayu ini )...Kelicinan di bawah tapak Ketam Kayu ini memudahkan urusan untuk mengosok dan meratakan permukaaan kayu yang telah di belah atau yang telah dijadikan kepingan...

InsyaAllah aku akan menjaga Ketam Kayu ini sebaik yang mungkin dan seterdaya yang aku mampu...Akhir Sekali Al-Fatihah untuk arwah Datuk aku yang telah kembali ke rahmatullah...Al-Fatihah.......

10 comments:

  1. utk org lama2 dulu ketam ni amat penting sebab rumah dibuat sendiri.

    ReplyDelete
  2. Terlebih dulu Al-fatihah untuk datuk,Allahyarham Hj.Daud.

    Syabas bro,sungguh menggamit memori.Ketam mcm ni ada yang buatan dari besi Made in England.Mungkin orang kampung tak mampu nak beli ketam besi maka buatlah dengan kayu.Sekarang teknologi sudah berubah,ketam dah guna elektrik.Ada yang besar dan tetap dan ada yang portable.Senang kehidupan orang-orang sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. Salam koleksi aku punyer,
    Alfatihah untuk Allahyarham Hj Daud Bin Ibrahim,...

    Ketam kayu spt ini memerlukan kemahiran yg tinggi untuk membetulkan kedudukan matanya.Pelarasan mata ketam ini biasanya dibuat dgn cara mengetuk bahagian belakang mata ketam ini dgn penukul dan diukur kesesuaian/ketinggian matanya hanya dgn menggunakan mata kasar.Kelebihan ini rasanya tak sanggup dibuat oleh orang2 sekarang..Kalau dapat complete set lagi bagus untuk tatapan generasi akan datang..

    Terima kasih banyak2 koleksi aku punyer,.

    ReplyDelete
  4. ketam kayu, saya ada satu.....
    tapi cari2 tak ada, cuba ingatkan...rupa2nya ada orang pinjam...tak pulang2....
    sayang kini ia satu koleksi beharga......

    ReplyDelete
  5. Hehe, masih ingat semasa kecil di zaman dulu, bila tak ada orang dewasa di rumah, pasti curi ambil ketam kayu ini untuk main.
    Memang syiok bermain dengan perkakas ini.
    Terima kasih, Aku Punyer :)

    ReplyDelete
  6. salam tuan.al-fatihah.semoga rohnya dicucuri rahmat.salam perkenalan.semoga maju jaya

    ReplyDelete
  7. perlukan banyak tenaga nak buat kerja ni, setakat lengan cam sy tak siap la kerja.
    mmg nostalgia.

    ReplyDelete
  8. memang nostalgia ketam ni...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih semua kepada yg sudi berkunjung dan sudi mremberi komen dalam ruangan ini..jasa kalian dalam memberi pandangan akan tetap saya hargai..Terima Kasih daun keladi, jangan lupa datang lagi...

    ReplyDelete