Follow Me My Prenzzz!!!

Monday 2 April 2012

OVALTINE & KODAK

Salam 1 Malaysia kepada semua yang sudi mengunjungi blog aku ni dan juga rakan seperjuangan yang mempunyai minat yang sama dalam kumpul mengumpul nih...Entri kali ini aku cuba kongsikan beberapa barang yang aku dapat pada hari sabtu ( 31/3/2012 ) dekat tempat menjual barang terpakai di Pekan Rengit, Johor...Berkunjung ke sana bersama-sama dengan kawan aku...sebenarnya aku dah pernah pergi sebelum ni tapi kunjungan kali pertama kat sana aku kurang puas hati kerana masa tidak berapa mengizinkan untuk berada lama di sana...so pada hari sabtu hari tu aku repeat la balik...he3..boleh dikatakan banyak lah jugak hasil yang aku dapat dekat sana dengan harga yang mampu milik ( kira dapat dengan harga barang2 terpakai la..hu3) Namun x semua barang yang aku dapat tu boleh aku kongsikan kat sini..pelan2 la kan...kang nanti kongsikan semua tk de cerita la plak aku nak cerita...keh3...So Layanzzz jelah benda yang aku dapat nih.( bukan niat nak menunjuk-nunjuk tapi nak berkongsi sahaja dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dengan aku )

 Jug Ovaltine/ Bekas Krimer Ovaltine ni bila aku tengok, nampak macam ala2 retro atau oldskool sikit jug nih...he3...bila aku check2 dalam google rupa2nya jug yang aku dapat ni sebijik je sama dengan yang Bro Nikths punya, tuan punya blog http://jomkumpul.blogspot.com/2011/03/jug-seramik-ovaltine.html ..so aku juga tak tahu la selama mana jug ini telah wujud dan tahun bila dia di beranakkan...he3...tak de info sebab x jumpa dia punya surat beranak atau dia punya IC...keh3 (gurau sikit...so sape2 yang ada info tentang jug Ovaltine ni boleh la di kongsi2 kan bersama dengan aku yang mmg tak tahu pasal jug nih ) 

 Di bawah tapaknya tertulis " FREE WITH OVALTINE " dan juga dalam tulisan bahasa Cina.

 Gelas Kaca daripada Kodak..Untuk gelas ini juga aku tidak mendapat info yang lengkap...dah puas mengoogle dalam internet tapi tak jumpa la plak gambar atau info berkenaan gelas nih...mungkin ada yang simpan/guna tapi belum di publish kan kepada umum...so diharapkan dapat lah dikongsi sedikit info berkenaan dengan gelas ini..

Memaparkan gambar dua karakter kartun yang memang dikenali ramai iaitu Mickey Mouse dan juga Minnie Mouse ( Pakwe & Makwe )..sebenarnya dulu aku pernah dapat gelas Kodak yang gambar Mickey Mouse seperti diatas tu..tapi bila rezeki dah tk de gelas tu hancur berkecai seperti hancurnya hati aku bila melihat ianya berkecai dekat lantai...so mungkin dekat Pekan Rengit ni rezki aku baik, dapat la plak dua biji gelas Kodak ni dengan design yang berbeza seperti yang korang lihat dalam gambar di atas (gambar Mickey Mouse & Minnie Mouse )....Akhir sekali Terima Kasih kepada semua yang sudi berkunjung dan ziarah dekat blog Cap Ayam aku nih...TQ2....

4 comments:

  1. Wow, satu set gelas yang amat menarik sekali.
    Tahniah iaryylr kerana kita tidak boleh melihat kolektibel baru dikeluarkan Kodak lagi :)

    ReplyDelete
  2. betul2 memburu kau ni.. sampai ke rengit untuk mencari koleksi.. tapi memang berbaloi bila dapat item yang kita sendiri tak pernah jumpa.. ari ni aku g shoping kat kedai tmn rinting..hehe

    ReplyDelete
  3. alamak lubuk dah pecah poknik, jap lagi jd padang jarak padang tekukur la,ha ha ha.

    ReplyDelete
  4. best bro, jug ovaltine tu, syabas, saya pun belum dapat lagi :) iaryylr

    ReplyDelete