50 Sen 2002 dengan "Variety" yang berbeza
Berblogger untuk suka-suka dan sekadar untuk berkongsi info dengan teman-teman yang mempunyai minat yang sama..tidak ada yang special pon...aku budak baru nak belajar..Blog aku yang sempoi dan tidak berapa menarik pon..klu ada yang tersesat kedalam blog gua nih..dan kalau sudi untuk memberi komen...sila lah...kalau ada yang nk kutuk pon gua tak kisah...yang sudi follow gua ucapkan terima kasih banyak2...peace!!!!
Follow Me My Prenzzz!!!
Friday, 1 July 2011
50 SEN 1988 " EXTRA DOT"
50 Sen 1988 " Extra Dot " ....lama dah aku x update blog aku nih...keadaan masa yang tidak mengizinkan menyebabkan blog ini tidak berupdate..he3..kali ini aku cuba kongsi dan uploadkan sedikit cerita syiling 50 Sen 1988 " extra dot " yang aku jumpa ntah kt mana, aku tak ingat daaa...he3..untuk syiling "extra dot " 1988 ni mmg aku tengah mencarinya...Syukur kerana berjaya juga aku memilikinya...tapi apa yang menarik untuk syiling "extra dot " 1988 ni yang aku perasan dia ada dua " DOT"...sepert biasa " DOT " tersebut ada dibahagian atas bumbung bangunan parlimen...tp bila aku tilik2 perasan ada 1 lagi " DOT" dibahagian atas tuh( sila tengok dalam bulatan yang telah dibulatkan...so bagi aku, aku rasa syiling ni menarik la...apa hal aku akan simpannya dengan baik...so untuk syiling 50 sen maka telah lengkaplah dari tahun 1967 hingga 2011 beserta " Extra Dot " nya, cuma yang milled edge je belum aku temui ( so kiranya blom lengkap lagi la kiranya koleksi aku nih) ...ntah bila la nk dapat syiling yang " milled edge" tu pon aku tak pasti la...hu3
Wednesday, 22 June 2011
KOLEKSI DUIT LUAR NEGARA
Saje-saje...sebenarnya aku tidak la berminat sangat pada duit luar negara nih...sekadar simpan untuk stok geli-geli je nih dan untuk penuhkan album " cap ayam " aku nih he3...ada diantara duit nih aku dapat dari kawan-kawan aku secara percuma...dan ada yang aku beli, mana-mana yang murah aku rembat je..."kegilaan" aku pada duit luar negara nih tidak la "segila" aku mencari dan menilik duit Malaysia...keutamaan aku adalah kepada DUIT MALAYSIA....aku upload ni sekadar untuk hilangkan borink je nih..apa-apa hal layanzzzzzzzzzz jelah...he3..
Saturday, 18 June 2011
Die Chip : 20 sen 1993
20 sen 1993
Salam...Dalam Entri kali aku cuba upload dan kongsikan sekeping syiling 20 sen 1993 yang aku baru je jumpa dikala membelek2 duit syiling yang aku dapat semasa membeli barang dekat kedai. semasa membelek dan menilik syiling baki daripada bayaran yang dibuat, mata terpandang kearah sekeping syiling 20 sen 1993.hati terdetik mengapa syiling 20 sen 1993, mengapa tidak 20 sen 1994...kang lagi rare kalau leh dapat syiling 20 sen 1994 yang mana mintage dia tidak la berapa banyak hanya 2 juta keping lebih je..hu3...walaupon kecewa tidak mendapat syiling 20 sen 1994...tiba-tiba aku teringat entri yang telah aku baca dalam blog "Depankanta" (http://depankanta.blogspot.com/2011/06/syiling-extra-dot-yang-istimewa.html ) ...so aku cuba menilik pada buah pinang dibelakang syiling 20 sen 1993 tersebut..mungkin nasib aku baik kot, rupa2 nya terdapat satu " DOT " pada buah pinang syiling tersebut..seperti yang depan kanta cakap untuk syiling siri bunga raya ni tak boleh nak panggil " extra dot " dan ianya dipanggil " First Dot " kerana tidak terdapat " dot " lain selain daripada yang ini je (tengok dalam bulatan di atas buah pinang)..dengan mendapat syiling yang " dot " ni maka terubat la sikit hati aku( tak de la kecewa sangat...he3)..untuk syiling ni aku ingin minta pandangan daripada otai-otai seperti " Mr. Dickson Niew, Whycollect dan juga Depankanta " sekiranya mereka sudi untuk memberi komen pada entri aku ini berkenaan syiling " Dot " yang aku dapat nih...sekiranya otai2 yang lain sudi memberi komen juga dipersilakan lah...apa2 hal pon untuk syiling ni aku akan tetap simpannnnnnnnnnnnnnnnn...........
Tuesday, 14 June 2011
Error ke???
Syiling 20 sen 2001
Half Milled Edge
Sambil membelek-belek dan menilik-nilik syiling2 yg ada dalam simpanan aku...terjumpa la 2 keping syiling 2001 yang bentuknya macam nih..aku tak pandai sangat nak kategorikan syiling ni error yang mcm mana...mungkin minor error je nih..nak minta pandangan otai-otai ataupun mereka-mereka yang mahir dalam bab-bab error ni untuk berikan aku kepastian berkenaan apa yang berlaku pada coin nih...apa2 hal pon syiling ni aku akan tetap simpan kerana bagi aku ianya unik la jugak...he3...
Wednesday, 8 June 2011
Extra Metal 10 sen 2009
belek punya belek..tilik punya tilik...terjumpa la sekeping syiling 10 sen mcm nih...error apa nama pon aku x pasti la...extra metal kot...so aku serah pada yg pakar untuk jelaskan...
Sunday, 29 May 2011
Awas!!! Jangan tertipu…
Dua Jenis Syiling Palsu Tahun 2005 yang Berbeza, Sebelah kiri adalah Syiling palsu yang melekat pada magnet dan yang sebelah kanan adalah jenis yang tidak melekat pada magnet
Ujian menggunakan magnet membuktikan yang syiling palsu 50 sen Tahun 2005 juga ada yang melekat pada magnet
Apa yang aku cuba uploadkan ( gambar ) kat atas tu adalah bukan coin error ataupun rare..apa yang aku cuba ceritakan kali ini adalah mengenai syiling “50 sen palsu” untuk pengetahuan korang syiling 50 sen palsu ini sebenarnya aku jumpa dalam tabung syiling aku sebelum ini..dan untuk pengetahuan korang juga
“ Menyimpan syiling palsu juga adalah merupakan satu kesalahan”. Namun syiling 50 sen palsu yang ada dalam koleksi aku ini bukannya cuba untuk digunakan bagi memperdayakan mana-mana pihak..tetapi sebagai kolektor Syiling dan Wang kertas, aku menyimpan syiling ini adalah sebagai rujukan sahaja dan aku uploadkan kat sini adalah untuk berkongsi info dengan korang semua..memang sekali pandang korang mungkin takkan perasan yang ini adalah syiling palsu sebab syiling palsu ini sekali tgk seakan-akan syiling yang original. Tapi bila diteliti betul2 korang akan perasan yang syiling ini sebenarnya berbeza dengan syiling- syiling yang original. Beberapa ciri yang boleh kita tengok untuk mebezakan antara syiling palsu dan original adalah dari segi berat syiling tersebut…syiling palsu lebih ringan daripada syiling yang original, selain itu cetakan pada gambar bunga raya dan juga gambar wau dibelakang adalah lebih kasar berbanding syiling original. Disamping itu permukaan syiling palsu juga amat berbeza dengan syiling original kerana permukaan untuk syiling palsu adalah lebih licin berbanding syiling yang original. Untuk pengetahuan korang juga syiling palsu ini juga mempunyai dua jenis..yang pertama jenis yang melekat pada magnet dan yang 1 lagi adalah jenis yang tidak melekat pada magnet. Selain itu juga bunyi antara syiling original dan syiling palsu bila dijatuhkan ke lantai simen korang akan mendengar bunyi yang nyaring untuk syiling original dan bila syiling palsu dijatuhkan ke lantai bunyi yg terhasil tidak akan sama dengan bunyi syiling yang original.( material yang digunakan lebih rendah mutunya berbanding syiling yang original) Ini lah serba sedikit perbezaan yang aku tahu berkenaan antara syiling palsu dengan syiling original..so berhati-hati lah dalam urusan harian korang dan jangan sampai tertipu…." BANTU LAH PIHAK BERKUASA UNTUK MEMBANTERAS PENGELUARAN SYILING DAN WANG KERTAS PALSU "
Subscribe to:
Posts (Atom)

