Follow Me My Prenzzz!!!

Sunday, 23 October 2011

Syiling Peringatan Malaysia

Salam 1 Malaysia untuk semua yang sudi membuat lawatan ke Blog "aku punyer" yang tidak seberapa ini...untuk pengetahuan korang sebenarnya dah lama blog " aku punyer " ini tidak di update disebabkan oleh kekangan masa dan juga atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan..Namun hari ini " aku punyer " mempunyai sedikit masa terluang dan " aku punyer " cuba untuk berkongsi serba sedikit koleksi syiling peringatan yang ada dalam koleksi " aku punyer".walaupun syiling-syiling peringatan yang ada dalam simpanan aku ni bukan lah "RARE" sangat pun dan harganya tidaklah semahal mana, namun sebagai pengumpul syiling dan wang kertas, kesemua syiling-syiling ini ada nilai-nilai estetikanya yang tersendiri kepada aku.  Untuk pengetahuan korang juga sebenarnya syiling peringatan yang ada dalam koleksi aku ini masih lagi blom lengkap dan masih banyak lagi yg diperlukan untuk melengkapkan koleksi syiling peringatan ini...pelan-pelan kayuh la kan...kumpul setakat yang termampu...he3

KOLEKSI SYILING PERINGATAN

 SYILING MALAYSIA SIRI KE-3 (2011)

 SYILING PERINGATAN ULANGTAHUN KE-50 PARLIMEN

 SYILING MALAYSIA 1990 ( EDISI BAHASA MALAYSIA )

 SYILING MALAYSIA 1990 ( EDISI BAHASA INGGERIS )

THE 30TH ANNUAL MEETING  OF THE ISLAMIC DEVELOPMENT BANK

SYILING PERINGATAN 50 TAHUN FELDA 

 SYILING PERINGATAN 50 TAHUN BUNGA RAYA SEBAGAI BUNGA KEBANGSAAN

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-125 JUPEM

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-50 TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-125 KTM

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-50 BNM

 SYILING PERINGATAN SUKAN SEA DI KUALA LUMPUR

SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-75 TLDM

Buat masa ini hanya ini lah sahaja syiling-syiling peringatan yang berjaya dikumpul oleh " aku punyer"...InsyaAllah " aku punyer " akan berusaha setakat yang mampu untuk melengkapkan kesemua koleksi syiling peringatan ini dari masa ke semasa...akhir sekali terima kasih aku punyer ucapkan kepada mereka-mereka yang sudi berkunjung ke dalam blog " aku punyer " ini...InsyaAllah blog ini akan terus di update dari masa ke semasa..Salam......

Friday, 1 July 2011

50 Sen 2002


50 Sen 2002  dengan "Variety" yang berbeza


50 SEN 1988 " EXTRA DOT"

50 Sen 1988 " Extra Dot " ....lama dah aku x update blog aku nih...keadaan masa yang tidak mengizinkan menyebabkan blog ini tidak berupdate..he3..kali ini aku cuba kongsi dan uploadkan sedikit cerita syiling 50 Sen 1988 " extra dot " yang aku jumpa ntah kt mana, aku tak ingat daaa...he3..untuk syiling "extra dot " 1988 ni mmg aku tengah mencarinya...Syukur kerana berjaya juga aku memilikinya...tapi apa yang menarik untuk syiling "extra dot " 1988 ni yang aku perasan dia ada dua " DOT"...sepert biasa " DOT " tersebut ada dibahagian atas bumbung bangunan parlimen...tp bila aku tilik2 perasan ada 1 lagi " DOT" dibahagian atas tuh( sila tengok dalam bulatan yang telah dibulatkan...so bagi aku, aku rasa syiling ni menarik la...apa hal aku akan simpannya dengan baik...so untuk syiling 50 sen maka telah lengkaplah dari tahun 1967 hingga 2011 beserta  " Extra Dot " nya, cuma yang milled edge je belum aku temui ( so kiranya blom lengkap lagi la kiranya koleksi aku nih) ...ntah bila la nk dapat syiling yang " milled edge" tu pon aku tak pasti la...hu3

Wednesday, 22 June 2011

KOLEKSI DUIT LUAR NEGARA

Saje-saje...sebenarnya aku tidak la berminat sangat pada duit luar negara nih...sekadar simpan untuk stok geli-geli je nih dan untuk penuhkan album " cap ayam " aku nih he3...ada diantara duit nih aku dapat dari kawan-kawan aku secara percuma...dan ada yang aku beli, mana-mana yang murah aku rembat je..."kegilaan" aku pada duit luar negara nih tidak la "segila" aku mencari dan menilik duit Malaysia...keutamaan aku adalah kepada DUIT MALAYSIA....aku upload ni sekadar untuk hilangkan borink je nih..apa-apa hal layanzzzzzzzzzz jelah...he3..























Saturday, 18 June 2011

Die Chip : 20 sen 1993

20 sen 1993

Salam...Dalam Entri kali aku cuba upload dan kongsikan sekeping syiling 20 sen 1993 yang aku baru je jumpa dikala membelek2 duit syiling yang aku dapat semasa membeli barang dekat kedai. semasa membelek dan menilik syiling baki daripada bayaran yang dibuat, mata terpandang kearah sekeping syiling 20 sen 1993.hati terdetik mengapa syiling 20 sen 1993, mengapa tidak 20 sen 1994...kang lagi rare kalau leh dapat syiling 20 sen 1994 yang mana mintage dia tidak la berapa banyak hanya 2 juta keping lebih je..hu3...walaupon kecewa tidak mendapat syiling 20 sen 1994...tiba-tiba aku teringat entri yang telah aku baca dalam blog "Depankanta" (http://depankanta.blogspot.com/2011/06/syiling-extra-dot-yang-istimewa.html ) ...so aku cuba menilik pada buah pinang dibelakang syiling 20 sen 1993 tersebut..mungkin nasib aku baik kot, rupa2 nya terdapat satu " DOT " pada buah pinang syiling tersebut..seperti yang depan kanta cakap untuk syiling siri bunga raya ni tak boleh nak panggil " extra dot " dan ianya dipanggil " First Dot " kerana tidak terdapat " dot " lain selain daripada yang ini je (tengok dalam bulatan di atas buah pinang)..dengan mendapat syiling yang " dot " ni maka terubat la sikit hati aku( tak de la kecewa sangat...he3)..untuk syiling ni aku ingin minta pandangan daripada otai-otai seperti " Mr. Dickson Niew, Whycollect dan juga Depankanta " sekiranya mereka sudi untuk memberi komen pada entri aku ini berkenaan syiling " Dot " yang aku dapat nih...sekiranya otai2 yang lain sudi memberi komen juga dipersilakan lah...apa2 hal pon untuk syiling ni aku akan tetap simpannnnnnnnnnnnnnnnn...........

Tuesday, 14 June 2011

Error ke???

Syiling 20 sen 2001
Half Milled Edge

Sambil membelek-belek dan menilik-nilik syiling2 yg ada dalam simpanan aku...terjumpa la 2 keping syiling  2001 yang bentuknya macam nih..aku tak pandai sangat nak kategorikan syiling ni error yang mcm mana...mungkin minor error je nih..nak minta pandangan otai-otai ataupun mereka-mereka yang mahir dalam bab-bab error ni untuk berikan aku kepastian berkenaan apa yang berlaku pada coin nih...apa2 hal pon syiling ni aku akan tetap simpan kerana bagi aku ianya unik la jugak...he3...

Wednesday, 8 June 2011

Extra Metal 10 sen 2009

belek punya belek..tilik punya tilik...terjumpa la sekeping syiling 10 sen mcm nih...error apa nama pon aku x pasti la...extra metal kot...so aku serah pada yg pakar untuk jelaskan...