Follow Me My Prenzzz!!!

Saturday 21 May 2011

" Extra Metal " 1 sen 1988 ( Parlimen )

1 SEN 1988 ( PARLIMEN )

Salam....Entri kali ini aku cuba nak kongsi ngan korang syiling 1 sen siri pertama Tahun 1988 ( Parlimen ) yang ada dalam koleksi aku nih..Syiling 1 sen yang aku ada ni boleh la jugak di kategorikan sebagai syiling "Error/Cacat" jugak lah, walaupon kecacatan yang ada pada syiling ini sebenarnya tidak lah berapa besar dan boleh la di kategorikan sebagai " minor error " je...biasanya kalau dikalangan pengumpul duit-duit lama diorang akan paham apa sebenarnya yang berlaku pada syiling ini..tapi bagi yang baru nk berjinak-jinak dalam hobi mcm ni pastinya korang kurang tahu berkenaan error yang berlaku pada syiling ini. jadi dalam entri kali ini aku cuba nak share lah serba sedikit apa yang aku tahu berkenaan syiling ini..Cuba korang perhatikan dalam bulatan yang telah aku buat..dan cuba tengok di tepi no "1" tu dekat bahagian tepi tu korang akan perasan seakan ada lebihan besi/metal dekat tepi "1" tu kan kan....Okey untuk pengetahuan korang jugak error seperti ini ianya di panggil sebagai " Extra Metal "( aku rasa dah betul kot panggilan error untuk syiling ni, kalau tk betol cuba betulkan aku ok..he3 )..Untuk pengetahuan korang jugak sebenanya untuk jumpa kecacatan ataupun error yang berlaku pada syiling siri pertama 1967-1988 ( parlimen ) ini sebenarnya agak susah kalau nak dibandingkan dengan kecacatan yang berlaku pada syilling siri ke-2 1989-2011 ( Bunga Raya ).kalau nak dibandingkan dengan syiling ( Bunga Raya ) boleh dikatakan mudah la jugak kalau nk jumpa yang error/cacat, tapi untuk syiling parlimen susah sgt2 nk jumpa. yang error/cacat ni  ( itulah bezanya kalau nak dibandingkan antara mesin lama ngan mesin baru buat kerja..mesin lama kurang sgt-sgt kerosakan yang berlaku pada syiling, kalau mesin baru?? korang buat la kesimpulan sendiri..hu3 ) ....So kalau korang jumpa kecacatan yg berlaku pada syiling siri parlimen ni korang boleh la dikira sebagai mereka-mereka yang bertuah...he3... Jadi kalau korang jumpa error/cacat pada syiling  siri parlimen ni simpan lah ia nya dengan sebaik2nya...apa yang paling penting SIMPANNNNNN!!!!!!!

7 comments:

  1. tahniah....satu koleksi yang baik dan teruskan usaha tuan.

    ReplyDelete
  2. TErima kasih bro Ahmad Tahir kerana sudi memberi komen dalam blog sy yang tk seberapa nih..

    ReplyDelete
  3. Wah tahniah!
    saya nak boleh? hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha...ciput punye koleksi je ni bro mnfaj klu nk dibandingkn dengan duit2 eror yg ko ada bro...apa2 hal pon terima kasih krana sudi mmbuat lwatan ke blog aku...

    ReplyDelete
  5. Ini adalah Die Chip Errors,dimana serpihan atau cebisan tercabut dari die tersebut di bahagian nombor satu.Tempaan seterusnya keatas planchet-planchet berikut akan mempunyai ciri-ciri cacatan tersebut.Satu specimen yang menarik dan agar sukar dapat dalam siri Parliament.Taniah!

    ReplyDelete
  6. terima kasih diatas info tersebut mr. niew...

    ReplyDelete
  7. Saya pun ada 1 sen syiling tahun 1988. Cuma nak tanya.. adakah syiling 1 sen tahun 1988 ini dari jenis Copper Clad Steel?

    ReplyDelete