Follow Me My Prenzzz!!!

Friday, 27 May 2011

NOMBOR SIRI " CAP AYAM JE"





Salam...Entri kali ini aku cuba upload dan kongsikan beberapa koleksi duit RM1 yang mana no sirinya bagi aku, aku rasa cantik la jugak..bagi orang lain atau otai2 yang power no siri ni mungkin biasa-biasa je...kalau ada no mcm ni pon mungkin otai-otai ni tkkan simpan pon dan mungkin akan gunakan duit mcm ni untuk buat beli rokok atau bayar tol je...Namun bagi aku, seorang pengumpul yang miskin dan kekurangan modal untuk dapatkan prefix no yang solid, jumpa no siri mcm ni pon aku kumpul jugak..yelah nak dapat kan no siri/prefix yang Solid mmg x termampu lagi buat masa nih.(namun aku akan berusaha untuk dapatkan yang solid jugak satu hari nanti...InsyaAllah)....Namun apa pon tanggapan korang pada duit yang aku kumpul ni, namun aku tetap sayang dan akan simpan duit ni sebagai koleksi  peribadi aku...Untuk pengetahuan korang ada diantara duit ni aku beli tapi aku dapat ngan harga yang murah je...contohnya yang no 9999990 dan 9999991 tu aku beli dan aku dapatkan duit tu ngan harga tak sampai pon RM16( murah ke mahal korang la tentukan untuk aku ok) ....hu3...dan duit yang lain-lain tu ada yang aku dapatkan secara kebetulan masa beli rokok dan ada juga pemberian/sedekah dari kawan-kawan aku kerana diorang tahu aku ni kaki kumpul duit-duit lama (walaupon duit ni bukannya duit lama pon)..apa-apa hal pon aku ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan aku yang banyak membantu menambahkan lagi koleksi duit aku nih...Terima Kaseyyyyyyyyyy....Salam...

6 comments:

  1. Entri yang menarik sebab aku pun simpan gak duit2 yg terjumpa sendiri sekiranya di dapati agak menarik.. kita simpan duit lama ikut kemampuan..yang penting gembira dan puas hati dengan apa yg kita jumpa..cheers

    ReplyDelete
  2. betul ckp ko tu mesti Mr. Danny...yang penting kita gembira dan puas hati...apa yang paling penting kita simpannnnn ikut kemampuan...TQ kerana sudi beri komen bro...

    ReplyDelete
  3. no siri cantik harga samapi 7k?? giler lahh mamat nie..
    http://shahalam.olx.com.my/duit-rm50-no-siri-cantik-iid-401710994

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...itulah bila orang tak de sikit pon dalam dirinya ilmu numismatik bro...mcm aku ni pon bukan mahir sgt bab2 numismatik nih...tapi sekurangnya banyak buat research dekat internet, tgk harga pasaran dekat ebay, mudah dan blog2 otai numismatik..klu sampai 7k mmg melampau la untuk RADAR no mcm tuh..tapi apa2 hal biaq pi la kat dia...letak 1 juta pon..yg penting ada ke orang nak..klu ada org nk mmg rezki dia la kan..keh3

      Delete
  4. Sama je kita bro simpan duit cm ni je

    ReplyDelete