Follow Me My Prenzzz!!!

Sunday 23 October 2011

Syiling Peringatan Malaysia

Salam 1 Malaysia untuk semua yang sudi membuat lawatan ke Blog "aku punyer" yang tidak seberapa ini...untuk pengetahuan korang sebenarnya dah lama blog " aku punyer " ini tidak di update disebabkan oleh kekangan masa dan juga atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan..Namun hari ini " aku punyer " mempunyai sedikit masa terluang dan " aku punyer " cuba untuk berkongsi serba sedikit koleksi syiling peringatan yang ada dalam koleksi " aku punyer".walaupun syiling-syiling peringatan yang ada dalam simpanan aku ni bukan lah "RARE" sangat pun dan harganya tidaklah semahal mana, namun sebagai pengumpul syiling dan wang kertas, kesemua syiling-syiling ini ada nilai-nilai estetikanya yang tersendiri kepada aku.  Untuk pengetahuan korang juga sebenarnya syiling peringatan yang ada dalam koleksi aku ini masih lagi blom lengkap dan masih banyak lagi yg diperlukan untuk melengkapkan koleksi syiling peringatan ini...pelan-pelan kayuh la kan...kumpul setakat yang termampu...he3

KOLEKSI SYILING PERINGATAN

 SYILING MALAYSIA SIRI KE-3 (2011)

 SYILING PERINGATAN ULANGTAHUN KE-50 PARLIMEN

 SYILING MALAYSIA 1990 ( EDISI BAHASA MALAYSIA )

 SYILING MALAYSIA 1990 ( EDISI BAHASA INGGERIS )

THE 30TH ANNUAL MEETING  OF THE ISLAMIC DEVELOPMENT BANK

SYILING PERINGATAN 50 TAHUN FELDA 

 SYILING PERINGATAN 50 TAHUN BUNGA RAYA SEBAGAI BUNGA KEBANGSAAN

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-125 JUPEM

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-50 TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-125 KTM

 SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-50 BNM

 SYILING PERINGATAN SUKAN SEA DI KUALA LUMPUR

SYILING PERINGATAN ULANG TAHUN KE-75 TLDM

Buat masa ini hanya ini lah sahaja syiling-syiling peringatan yang berjaya dikumpul oleh " aku punyer"...InsyaAllah " aku punyer " akan berusaha setakat yang mampu untuk melengkapkan kesemua koleksi syiling peringatan ini dari masa ke semasa...akhir sekali terima kasih aku punyer ucapkan kepada mereka-mereka yang sudi berkunjung ke dalam blog " aku punyer " ini...InsyaAllah blog ini akan terus di update dari masa ke semasa..Salam......

10 comments:

  1. Salam aku punyer,
    Tahniah,sikit2 lama2 jadi bukit.Wah,banyak buah tangan yg dibawa pulang dari pertapaan..haha
    Menguruskan hobi numismatik ini tidak sama dgn hobi lain."Kita boleh berhabisan untuk hobi ini,kalau terdesak bila2 masa kita boleh jual hobi ini sebab hobi ini adalah WANG!"..
    Terima kasih banyak2 aku punyer..Selamat memburu lagi...

    ReplyDelete
  2. hehehe....terima kasih di atas pandangan dan nasihat bro depan kanta tuh..mmg btol apa yang dikatakan oleh bro depan kanta tuh " menguruskan hobi numismatik ini tidak sama dengan hobi lain"...apa-apa hal pon " aku punyer " akn tetap memburu setakat yg termampu...

    ReplyDelete
  3. Hi Aku Punyer,
    Wow, banyak juga yang Aku Punyer sempat perolehi.
    Satu keistimewaan hobi ini termasuk juga mengumpul setem adalah setiap pengumpul tidak kira tua atau muda, kaya atau sederhana, pasti boleh mengumpul sesuatu yang digemari jika mempunyai usaha mencukupi.
    Syabas dan semoga Aku Punyer terus memperoleh lebih banyak duit syiling terhad ini untuk berkongsi dengan kita :)

    ReplyDelete
  4. Cuba "buru" coin cards atau madellions bahan composisi bi-metal/dwi-bahan besi yang dikeluarkan oleh Royal Mint KL dahulu! Cantik dan Rare!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada Why collect atas sokongan yang diberikan oleh Tuan itu...saya akan cuba sedaya upaya saya untuk melengkapkan koleksi saya ini..

    ReplyDelete
  6. Mr Dickson..saya budak baru belajar..boleh tuan jelaskan dengan lebih detail...ataupun ada contoh gambar coin cards/medalion yang Tuan cakapkan itu...Terima kasih Mr. Dickson.

    ReplyDelete
  7. satu permulaan yg bagus...pelan2 cari nnt complete lah tu.

    ReplyDelete
  8. Collecting coins is very interesting hobby and you have awesome collection and now days i am also collecting coins.

    ReplyDelete
  9. Korang ada syiling peringatan malaysia yang di tempa kat london . Hanya 3000 unit kat dunia . Aku ada satu syiling peringatan . Mukadepan = tunku abdul rahman , muka belakang = ada tulisan the forging of a nation . 1957-1987 .

    ReplyDelete
  10. Kalau berminat pm price . 24k gold duit syiling ni . Original . 0173867477

    ReplyDelete