Follow Me My Prenzzz!!!

Sunday 29 May 2011

Alahai..... 1 Sen je ke??

1 SEN ( BUNGA RAYA 1989-2007)


Tak de cerita aku buat cerita...he3...Disini aku uploadkan antara koleksi 1 sen bunga raya atau 1 sen siri ke-2 yang aku ada...kesemuanya adalah 1 sen siri ke-2 sebab aku telah asingkan antara siri pertama dan siri ke-2. Namun begitu jumlah kesemua 1 sen yang aku ada ni aku tk pasti la berapa ribu keping.( tak larat nak kira dan nak select untuk cari mana yg error/cacat)..tapi yang aku pasti memang banyak la jugak...he3...kesemua duit satu sen siri ke-2 yang aku dapat ni adalah ehsan daripada ramai orang...tanya dengan orang tu, tanya dengan orang ni...akhirnya ini lah hasil yang berjaya aku kumpul( ada 1 plastik lagi yg belum aku masukkan dalam bekas nih...hu3)..mungkin pada korang, apalah nak diherankan sangat dengan duit 1 sen ni kan...mesti berlambak lagi dengan korang kan...untuk pengetahuan korang jugak, hari ini negara kita sudah tidak lagi mengeluarkan lagi duit 1 sen ni sejak daripada tahun 2007...namun begitu ada jugak aku dengar ura-ura yang mengatakan bahawa penggunaan 1 sen dalam urusan jual beli kita mungkin akan dikaji semula oleh kerajaan /  BNM ( maknanya duit 1 sen ni akan digunakan semula la, tapi aku x pasti la guna balik ke tak 1 sen nih)..untuk pengetahuan korang jugak, sekarang ni kita dah tidak menggunakan lagi duit 1 sen ni...kalau dulu pergi pasaraya beli barang lepas bayar mungkin baki yang kita terima tu mesti la ada sekeping atau dua keping duit 1 sen kan..tp skang bila sistem penggenapan( betul tak istilah aku guna ni..he3) telah digunakan maka 1 sen yang ada skang telah tidak diguna pakai lagi dlm circulation...jadi 1 sen yang aku ada ni kalau disimpan sejuta tahun rasanya boleh jadi harta karun kot..he3...apa-apa pon korang layanzzz jelah...Salam....

No comments:

Post a Comment