Follow Me My Prenzzz!!!

Saturday, 14 May 2011

COMPLETE SET 1 CENTS, 5 CENTS, 10 CENTS, 20 CENTS DAN 50 CENTS MALAYA AND BRITISH BORNEO

 1 CENTS, 5 CENTS, 10 CENTS, 20 CENTS DAN 50 CENTS MALAYA AND BRITISH BORNEO ( QUEEN ELIZABETH THE SECOND )


 1 CENTS


 5 CENTS


 10 CENTS


20 CENTS


50 CENTS



Friday, 13 May 2011

RM50 Sign Ismail Md. Ali

Complete Set Syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen 2011

50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen 2011

Entri kali ini aku cuba upload dan berkongsi koleksi Syiling 2011 yang ada dalam koleksi aku.Sebelum "mereka-mereka" ini dimasukkan dan disimpan dengan sebaik2 nya di dalam  coin album aku, aku ambik gambar dulu la...he3..Berkat usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa...hehehehehe...maka aku dapat completekan koleksi syiling 2011 aku ini bermula dengan 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Untuk pengetahuan korang jugak, sebenarnya untuk tahun 2011 ini sebenarnya kolektor- kolektor syiling dan wang kertas sebenarnya menunggu untuk keluaran syiling Siri ke-3.( itu adalah antara khabar angin yang aku dengar lah, BNM akan keluarkan syiling siri ke-3 untuk tahun 2011) namun bila yang dinanti-nanti kan tak kunjung tiba, akhirnya keluar jugak syiling 2011 ini, ingatkan designnya lain (Siri ke-3) tapi bila ditengok2 sama je design ngan syiling siri ke-2( 1989-2011 ). so ramai lah kolektor-kolektor yang frust..he3 ( termasuklah aku sendiri )  Sedar tak sedar dah nak masuk 23 tahun dah kita gunakan syiling siri ke-2 (1989-2011) nih..mungkin dalam 2 atau 5 tahun lagi BNM mungkin akan keluarkan Syiling Baru iaitu syiling generasi ke-3 kot.( itu yang aku agak la, jangan percaya sangat sebab aku bukan kerja kat BNM pun..he3)untuk pengetahuan korang jugak, Mintage untuk syiling-syiling 2011 ini aku belum pasti lagi., tapi yang aku tahu untuk dapatkan syiling 50 sen 2011 memang susah, ( mungkin baru bulan 5 kot ) tapi aku tak pasti  lah berapa mintage untuk 50 sen 2011 nih. Adakah syilling 50 sen 2011 akan menjadi "RARE"????..so kita tunggu dan lihat jelah nanti...Sekian...Salam...

Tuesday, 10 May 2011

"Extra Dot/Die Chip"

" Extra Dot" atau " Die Chip"...itu lah yang biasanya otai2 berikan nama untuk coin error di bawah ini...untuk pengetahuan korang sebenarnya error untuk syiling-syiling dibawah ini( cuba perhatikan dalam bulatan di dalam gambar dibawah ini ) adalah error yang tidak berapa besar...dengan kata lain common error je..dan aku pasti di dalam blog kolektor yang lebih otai daripada aku ( aku bukan otai pun ) banyak telah di ceritakan tentang " Extra dot/die chip" ini..namun di sini aku hanya cuba untuk berkongsi dengan korang semua pic berkenaan dengan "extra dot/die chip" ini...apa yang aku pasti kalau korang tidak teliti dengan betul -betul syiling-syiling yang macam dalam gambar yang aku upload ini, korang takkan perasan sebab error yang macam ni terlalu kecil..biasanya orang yang suka dalam hobi-hobi yang macam ni je akan perasan kerana setiap sen duit yang mereka perolehi itu akan ditilik dan di belek dengan penuh teliti..yelah mana tahu terjumpa error yang betol2 rare untuk dijadikan sebagai koleksi.apa2 hal pon korang layanzzz je lah k...


10 sen 1990
20 sen 2000






50 Sen 1979 " Extra dot/ Die chip

Monday, 9 May 2011

SYILING " RARE"

Di bawah ini aku uploadkan beberapa keping syiling yang boleh dikatakan rare atau menjadi buruan para kolektor duit-duit syiling lama atau duit-duit rare...cuma apa yang aku ingin jelaskan kat cni semua duit malaysia yang aku uploadkan kat sini tidaklah se rare duit syiling siri parlimen 10 sen 1971 yang dikeluarkan oleh BNM hanya sebanyak 32,236 keping sahaja dan harga pasaran untuk syiling 10 sen 1971 tersebut boleh mencecah sehingga RM200 hingga RM300 ringgit untuk sekeping bergantung kepada condition duit 10 sen 1971 tersebut ( aku sendiri pon blom ada lagi 10 sen 1971 tuh...he3). Namun  syiling yang aku uploadkan kat bawah ini walaupon harganya tidak lah seberapa dan tidak la semahal 10 sen 1971 itu tadi , namun untuk pengetahuan korang untuk mendapatkannya agak susah la jugak wooo..so bila tgk gambar duit-duit di bawah ini cuba la korang check tabung, wallet,bawah katil, bawah meja dan mana-mana tempat yang korang rasa perlu untuk check, ada tak korang jumpa syiling-syiling dengan tahun-tahun di bawah ini. aku biasanya selalu dengar cakap-cakap orang  " alah, kat rumah aku ada, berlambak, apa yang peliknya dengan duit nih" dan " nanti aku tengok, konfom ada la" ..tapi tak pe apa pon statement korang, cuba korang check dulu ada atau tidak baru korang keluarkan statement yang seterusnya...hahahahahaha...kalau korang jumpa, memang rezki korang la tuh..so simpannnn la atau kalau tak nak simpan buat belanja je...kalau x pon korang bagi je kat aku...aku tak kisah...rezki jangan ditolak...he3...untuk pengetahuan korang lagi, untuk tahu setahap mana rare atau tidak sekeping duit syiling itu maka tengoklah jumlah tempaannya..kalau sedikit jumlah tempaannya maka boleh la ia di nobatkan sebagai " rare "

SIRI PERTAMA : 20 SEN 1970
MINTAGE 1,054,000


SIRI PERTAMA : 20 SEN 1971
MINTAGE 9,958,419

SIRI KEDUA : 20 SEN 1994
MINTAGE 2,680,339

SIRI KEDUA : 50 SEN 1995
MINTAGE 1,650,423

SIRI KEDUA : 10 SEN 1994
MINTAGE 7,122,222

Sunday, 8 May 2011

DUIT BERNOMBOR "RADAR"


No " RADAR" , itulah yang orang panggil semua duit-duit nih...bagi yang tahu sememang telah tahu mengapa duit ni atau no prefix duit ni di panggil no " RADAR".bagi yang tak tahu biar aku cuba jelaskan serba sedikit pasal no " RADAR" ni (konon pandai la nih..he3)..sebenarnya duit yang no nya " RADAR" ni adalah bila dibaca dari kiri kekanan atau dari kanan ke kiri bacaannya akan tetap sama.contohnya no 7179717.First cuba korang baca dari kanan ke kiri dulu, pastu cuba korang baca dari kiri ke kanan plak...korang akan perasan nombor yang dibaca itu akan tetap sama kan..contohnya lagi macam korang baca " RADAR"..bacaan untuk " RADAR" akan tetap sama bunyi nya kan walau korang baca dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri kan..namun nilai harga pasaran untuk duit yang bernombor " RADAR" ini tidaklah terlalu tinggi kalau nak dibandingkan ngan prefix yang mempunyai Solid Number..dengan kata lain harganya murah je..namun, apa yang korang perlu tahu duit yang bernombor RADAR ini sebenarnya mempunyai peminatnya yang tersendiri..ada geng2 kolektor yang tak kisah pon pasal no RADAR ni dan mereka buat belanja je...tapi bagi aku, aku tetap simpan..sebab kalau nak dikira, untuk dapatkan nya melalui circulation memang agak susah jugak la untuk kita perolehi...apa2 hal pon simpannnnnnnnnnnnnn jelah untuk koleksi..








Syiling Parlimen

Syiling Parlimen Siri Pertama 1 sen,5 sen,10 sen,20 sen dan 50 sen

Salam...Aku pasti korang pernah tengok syiling-syiling yang aku upload ni kan..bukan setakat tengok malah korang jugak ada gunakan syiling2 ni untuk kegunaan harian korang, sama ada untuk buat bayar tol, bayar nasik lemak, bayar teh tarik kat kat kedai mamak dan sebagainya. apa yang pasti korang mesti ada gunakan syiling jugak kan..untuk pengetahuan korang yang memang dah berpengetahuan dan aku saje je nak bagi tahu..he3..Syiling ni adalah merupakan syiling siri pertama dari tahun 1967 hingga 1988 yang dikeluarkan oleh BNM.syiling ini juga dikenali dengan nama syiling Parlimen. Tapi aku tak pasti lah korang perasan ke tak, kalau korang perasan pon, apa yang nak diherankan semuanya syiling kan, nilai muka atau ( Face Value) nya tetap sama kan...itu mungkin bagi korang dan korang pon tak kisah pon apa syiling yang korang gunakan.tapi bagi aku syiling ini ada nilainya yang tersendiri bagi pengumpul Duit lama macam aku yang baru nak berjinak2 ngan dunia mengumpul duit lama nih..kalau dulu memang aku tak kisah jugak pon..guna je syiling yang ada, apa nak kisah parlimen ke tak. tapi itu dulu, sekarang ni dah lain, kalau aku terjumpa syiling parlimen yang mcm dalam gambar kat atas aku tak akan teragak2 untuk menyimpannya.sebab melalui pemerhatian aku yang tak seberapa pro ni, aku perasan yang syiling parlimen ni makin hari semakin susah untuk kita dapatkan..contohnya aku pernah "select " lebih kurang dekat 2 ribu ringgit syiling yang bercampur-campur antara 5,10,20,50 sen dan apa yang aku dapat aku hanya memperolehi hanya tak sampai 2 ratus ringgit pon nilai muka untuk semua syiling siri parlimen ini yang berjaya aku kumpulkan dari nilai 5,10,20,50 sen...so aku percaya yang 1 hari nanti syiling siri parlimen ini akan beransur-ansur ditarik balik dan lama kelamaan akan hilang dalam "circulation" dan akan digantikan sepenuhnya dengan syiling baru yang selalu kita gunakan hari ini iaitu " siri kedua ( bunga raya ) 1989 hingga sekarang ". bukan niat untuk jual syiling atau untuk apa2 aku dengan penuh rasa tanggungjawab( cewahhh, eksyen la tuh..he3 ) rasa terpanggil untuk menyimpan "khazanah Negara" ini untuk tatapan anak cucu cicit aku satu hari nanti..so kalau korang rasa korang nak simpan/kumpul jugak...maka dari sekarang mulalah untuk menabung syiling parlimen ni dalam tabung korang semua..nanti 100 atau 200 ratus tahun lagi biar anak cucu cicit korang "kasi pecah" itu tabung dan leh la diorang tgk apa yang korang simpan untuk tatapan diorang nanti... hehehe...apa2 hal pon statement aku ni hanya pendapat aku jelah..tapi apabila dipikir2 kan memang ada logik jugak sebenarnya..ok lah apa2 hal pon kalau korang rasa nak kumpul syiling parlimen ini aku nak ucapkan "Selamat mengumpul dan Selamat Berjangkit".....