Follow Me My Prenzzz!!!

Tuesday, 28 February 2012

COCA COLA MALAYSIA THREE DIFFERENT DESIGN

Tengok pada tajuk mcm gempak je benda yang ingin di kongsi kan dalam blog nih...sebenarnya tak ada apa yang spesel pon...rasanya semua otai2 coca cola dan tahu...malahan budak2 bawah umur pon dah tahu benda nih...tapi hari ini aku saje je nak buat cerita...mana lah tahu kot2 ada yang belum tahu dan tak terperasan dengan benda ni...he3..boleh la kita sama2 kongsi maklumat dan info...aku pon baru terperasan jugak benda ni sebenarnya ( lembab betul aku ni sebenarnya, orang dah pergi ke bulan..aku masih lagi dok pikir2 kenapa la hang tuah dok bertikam dengan hang jebat atas talam )...rupa2 nya tin Coca cola Malaysia ni walaupun nampak sama dari segi designnya tapi sebenarnya ada sedikit perbezaan ( mungkin aku je yang x perasan )...jom kita sama2 tengok apa perbezaan yang ada pada tin Coke ini sebenarnya...hu3...So layanzzzzz jelah....

 nampak tak perbezaan kepada ketiga-tiga tin Coca Cola Malaysia nih??tin Coca Cola ni berlambak lagi kat kedai runcit, pasaraya, kedai mamak dll...nampak mcm sama kan??tapi ada kelainan sebenarnya kepada ketiga-tiga tin ini sebenarnya...kalau tak nampak leh tengok lagi kt bawah nih...he3

 " Minum Biar Cukup " dengan memaparkan gambar botol Coca Cola pada bahagian atas

 " Mari Bersukan " Memaparkan gambar/ kartun orang tengah bersukan...tengah lumba lari kot...he3..


" Kitar Semula, Hidup Ceria " memaparkan logo kitar semula pada bahagian atas tin coca cola nih...

Monday, 27 February 2012

HASIL BURUAN HARI INI

Bukan memburu ayam hutan atau kijang dan rusa tapi pemburuan dilakukan dalam memenuhi tuntutan Hobi aku...Hari ini aku pergi klinik kerana demam selsema telah menyerang aku..alih2 dapat la mc...masa balik dari klinik sempat lagi singgah di sebuah kedai runcit dekat umah aku (singgah untuk beli air 100plus dan tengok mana tahu ada brg yg boleh dibuat koleksi)...untuk pengetahuan korang sebenarnya aku dah lama tak pergi ke kedai runcit ni ( lebih kurang 2 tahun dah ) sebab kurang berpuas hati dengan layanan yang di berikan oleh orang kedai nih semasa membeli barang (main campak2 barang dan duit baki)...tak perlu lah aku nak sebut kedai nya nama apa...namun hari ini aku saje2 je nak masuk tengok mana la tahu kot2 ada barang yang boleh dibuat koleksi...hu3..mula2 sekali amik air 100 plus..yelah orang demam minum 100 plus la cepat sikit demam hilang ( betul ke?? )..lepas dah amik air 100plus tu aku letak kat kaunter, lepas tu terus ke belakang dekat rak2 pinggan mangkuk..tengok2 rupanya ada jugak barang2 free gift untuk milo, sunquick, kit kat, kopiko dll ( tapi tak la banyak sangat )..nak selongkar lebih2 tak syok la sebab aku dulu ada krisis ngan orang kedai nih ( Dulu aku pernah sound dia jgn main campak2 )..takot nanti dia perasan plak aku..he3...alih2 aku amik je apa yang ada kt depan mata (aku rasa dia pon dah tak ingat aku dah...he3)...so ni lah apa yang aku dapat hasil pemburuan hari ni...

 tak banyak sangat pon yang aku dapat..ciput je...jadi la kan, tengah demam2 pon leh lagi cari barang untuk koleksi...dah minat nak wat cmana..hu3

 Bekas air dan gelas plastik milo

 Gelas Kopiko tinggi..best tengok gelas nih..mcm menarik je..tengok2 ada 2 je...terus aku rembat dua2 sekaligus...klu ada 6pcs mmg aku dah amik 6 pcs dah untuk cukupkan 1 set..tapi dah tk de nak wat cmana..

 Mug Nesvita warna Biru...yang warna biru ni aku belom ada lagi...so amik jelah...

Ni bukan gelas rasanya...mcm tempat untuk Shake air daripada Kit Kat ( susah aku nak sebut apa benda nih)

Wednesday, 22 February 2012

RM10 ALI ABUL HASSAN CENTER SIGN CUTTING ERROR SETTING MARGIN

Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung-pengunjung blog aku yang sudi singgah dan meluangkan masa di blog aku nih...hari ini aku cuba kongsikan koleksi duit error yang ada dalam simpanan aku dan baru je aku dapat...sebenarnya duit kertas Rm10 ( Cutting Error ) aku ni tidaklah error sangat..ianya boleh di kategorikan sebagai " minor error" je...tetapi sebagai "kolektor cap ayam"  mcm aku ni kira syok la jugak sebab aku leh dapat error yang mcm ni ( tambahan lagi tanpa perlu mengeluarkan modal/maknanya bukan aku beli la duit nih he3)..duit ni aku rasa ok la sebab ianya adalah bertandatangan Gabenor Ali Abul Hassan Sign Tengah punya...error atau tidak korang tengok sendiri dan nilaikan la sendiri error ke tak duit aku ni sebab aku pon bukannya pandai atau mahir sangat bab2 error nih...so layanzzzzzz jelah k.....

 Saje je aku letakkan dua keping RM10 Sign Ali Abul Hassan ni untuk perbandingan...yang atas adalah RM10 yang Normal dan yang kat bawah tulah yang aku rasakan Cutting Error (Cuba Perhatikan kat penjuru no "10" kedua-dua duit sign Ali Abul Hassan nih) ada lain mcm sikit kan yang kat bawah tuh..bila di ukur kedua-dua duit nih ukurannya sama besar je..tak de beza sikit pun...kalau ada beza mungkin aku rasa ada orang yang sengaja potong...tapi bila di ukur takde beza lebar atau panjang kedua2 duit nih(antara yang normal dan yang error tuh )...hu3

 kasi Zoom In dekat sikit...( yang normal punya ) 

 Kasi Zoom In dekat sikit...( yang Cutting Error punya )

Gambar Keseluruhan Duit RM10 yang aku rasakan Cutting Error

So kepada mana-mana pengunjung blog atau otai2 Numismatik yang mempunyai maklumat secara detail mengenai duit ni, sudi2 kan lah kongsi kan maklumat anda dengan aku yang " cap ayam " nih...

Sunday, 19 February 2012

COCA COLA WORLD CUP FRANCE 1998

( CAP AYAM JE, BUKAN HEBAT SANGAT PUN...TAK ADA BENDA NAK CERITA KASI KONGSI INI BARANG LA DENGAN KAWAN-KAWAN PENGUNJUNG BLOG SEMUA)

Salam 1 malaysia...satu perkongsian dengan kawan-kawan dan pengunjung blog yang sudi singgah ke blog " cap ayam " aku yang tidak seberapa ini..Terima kasih sekiranya sudi membuat kunjungan ke dalam blog ini...tinggalkan jejak anda untuk saya membalas semula kunjungan anda...Entri kali ini aku cuba kongsikan botol coca cola dari singapore la kalau tak silap aku..botol ini di keluarkan sempena world cup 1998 yang mana pada masa itu perancis menjadi tuan rumah world cup ( kalau aku salah tolong betulkan aku )...klu tahap Otai Coca Cola botol2 mcm ni biasa2 je..tp bagi aku yang cap ayam nih, jenuh jugak nak mendapatkannya ( rasa segan la plak kalau ada otai-otai yang tengok koleksi aku nih, yelah barang cap ayam je.. ) korang layanzzzzz jelah dulu gambar botol2 aku nih...klu ada apa2 maklumat boleh la kongsi2 kan dengan aku yeaaa...

Pada botol coke ini ada lambang bendera seperti Brazil, Germany, Italy dan France ( Tuan Rumah world cup 1998 )..tapi sayangnya botol-botol ini sudah tidak lagi mempunyai isinya...apa2 hal pun dengan Bendera setiap negara itu aku rasanya ianya menarik untuk dijadikan sebagai koleksi.

Botol kosong pun kosong la janji hati dah suka dan minat...apa2 hal pon kumpul la ikut kemampuan dan minat anda..

 " BOTTLED IN MEXICO FOR F&N COCA COLA PTE LTD....SINGAPORE "

 " Always refreshing the Fans "

" Eat football, sleep football, drink Coca Cola "

Saturday, 18 February 2012

TIN COCA COLA SEMPENA TAHUN BARU CINA

Singgah kedai runcit niat hati nak beli air..pergi ke peti ais dalam kedai tuh...tiba2 mata terpandang kat sebelah peti ais...ada dua carton tin-tin coca cola aku tengok belum di masukkan ke dalam peti ais...bila aku tengok betul2, " Eh...ni tin promosi coca cola sempena Tahun baru Cina 2011 atau 2010 (aku pon tak berapa pasti tahun bila)"...sebenarnya tin ni dah ada la 2 tin dalam simpanan aku...tapi bila tengok ada lagi orang jual, rasa geram la plak...so angin aku pon dah syok sendiri, maka dengan tanpa berfikir panjang lagi aku pon merembat la 3 ketul tin Coke nih..bukan apa nak buat stok mana la tahu kot2 tin yg di simpan sebelum ni meletup ke, bocor ke..atau ada kawan-kawan aku yang baru nak blaja mengumpul bley la bagi buat souvernir...Survey dalam ebay dengan mudah.com pon ada orang jual sampai 10 hinggit jugak tin nih( tapi aku bukan nak jual )...hu3...


 Syok jugak bila tgk " Coca Cola "di tulis dalam tulisan bahasa Cina...
 Bukak botol Coca Cola tapi keluar Wang Emas punya...manyak kaya woo ini macam..tapi Coca Cola malaysia dah x keluarkan botol kaca dah skang nih...pakai pet botol je..kalau guna botol kaca syok juga sebenarnya..

tengok pada tarikh nya baik sebelum 201111...rasanya akak/tokey yang jual air tin ni tak perasan sebenarnya air tin  Coca cola ni dah tamat tarikh luputnya...klu dia perasan maka aku takkan dapat la ini tin...he3..tapi kalau setakat tamat tarikh luputnya 2-3 bulan rasanya leh minum lagi nih...try test tgk cmana...koh3

RM50 SUKOM 1998

( SUDAH LAMA BERADA DALAM SIMPANAN, HARI INI BARU TERGERAK HATI UNTUK DIKONGSI BERSAMA RAKAN-RAKAN SEMUA)

Salam 1 Malaysia...hari ini aku punyer cuba kongsikan salah 1 koleksi aku yang memang dah lama berada dalam simpanan aku..Barang biasa-biasa je tk de yang " rare " atau yang " pelik " pun, cuma aku nak kongsi je dengan pengunjung-pengunjung yang sudi singgah ke blog aku nih..Tidak perlu nak cerita panjang tentang duit sebab aku rasa, semua orang dah tahu mengenai duit Peringatan RM50 yang di keluarkan oleh BNM sempena temasya Sukan Komanwel yang telah diadakan Di Kuala Lumpur pada tahun 1998 dulu...Duit ini tidak lah lama sangat cuma ianya di keluarkan sempena memperingati bahawa Negara kita pernah menjadi tuan rumah untuk Sukan Komanwel pada tahun 1998...apa-apa hal pon aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang mana rakyatnya berbilang kaum tapi hidup dalam keadaan yang aman damai dan harmoni...Alhamdulillah...sama2 lah kita jaga keharmonian ini agar ianya akan terus kekal pada masa-masa yang akan datang...apa2 hal pon korang layanzzzzzzzz jelah...






Friday, 10 February 2012

KOTAK PENSIL STAEDTLER

 ( CUBA MENGIMBAU KEMBALI ZAMAN PERSEKOLAHAN SUATU KETIKA DAHULU DENGAN STAEDTLER)

Salam 1 Malaysia untuk semua pengunjung blog " Koleksi Aku Punyer!! cap Ayam je..". Entri kali ini Aku punyer cuba untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua kotak pensil Staedtler yang ada dalam simpanan aku punyer..tidak perlu nak di terangkan dengan lebih panjang lebar berkenaan dengan jenama Staedtler ni sebab aku punyer tahu yang semua orang sudah kenal dengan jenama alat tulis Staedtler ini..sebenarnya kotak pensil ini sudah lama ada dalam simpanan aku punyer ( tidak la lama sangat, cuma kali ini je sempat untuk di entrikan dan dikongsi bersama dengan rakan-rakan semua..he3 )..Teringat ketika zaman persekolahan aku dahulu, sekiranya musim peperiksaan, alat tulis Staedtler adalah menjadi pilihan yang terbaik aku dan kawan-kawan aku untuk digunakan dalam menjawab soalan peperiksaan terutamanya yang melibatkan jawapan objektif ( lorekan menggunakan pensil Staedtler adalah lebih hitam dan jelas diatas kertas jawapan objektif atau OMR ) entah la mengapa,mungkin dari segi kualitinya yang agak baik atau pada masa itu terlalu kurang jenama alat tulis lain, tidak seperti hari ini terlalu banyak jenama alat tulis yang wujud di pasaran kalau kita tengok ( x larat nak sebut banyak sangat skang ni jenama untuk alat tulis )..apa2 pon alat tulis jenama Staedtler ni mmg menjadi pilihan aku dari dulu sehingga ke hari ini..Terbaikkkk macam Boboiboy!!!...

 Kotak Pensil  "Staedtler Mars " ni kalau aku tengok ala-alat retro sedikit, tu yang menyebabkan aku berkenan dengan kotak pensil nih.

"160 Years Celebration"..rupa-rupanya jenama Staedtler ni dah agak lama wujud...

  Made In Germany

 Bahagian dalam kotak Pensil Staedtler Mars

Limited Edition

Sesiapa yang ada info pasal kotak pensil nih, jangan la segan-segan untuk berkongsi info dengan aku yea...Terima Kasih....