Saje-saje...sebenarnya aku tidak la berminat sangat pada duit luar negara nih...sekadar simpan untuk stok geli-geli je nih dan untuk penuhkan album " cap ayam " aku nih he3...ada diantara duit nih aku dapat dari kawan-kawan aku secara percuma...dan ada yang aku beli, mana-mana yang murah aku rembat je..."kegilaan" aku pada duit luar negara nih tidak la "segila" aku mencari dan menilik duit Malaysia...keutamaan aku adalah kepada DUIT MALAYSIA....aku upload ni sekadar untuk hilangkan borink je nih..apa-apa hal layanzzzzzzzzzz jelah...he3..
Berblogger untuk suka-suka dan sekadar untuk berkongsi info dengan teman-teman yang mempunyai minat yang sama..tidak ada yang special pon...aku budak baru nak belajar..Blog aku yang sempoi dan tidak berapa menarik pon..klu ada yang tersesat kedalam blog gua nih..dan kalau sudi untuk memberi komen...sila lah...kalau ada yang nk kutuk pon gua tak kisah...yang sudi follow gua ucapkan terima kasih banyak2...peace!!!!
Follow Me My Prenzzz!!!
Wednesday, 22 June 2011
Saturday, 18 June 2011
Die Chip : 20 sen 1993
20 sen 1993
Salam...Dalam Entri kali aku cuba upload dan kongsikan sekeping syiling 20 sen 1993 yang aku baru je jumpa dikala membelek2 duit syiling yang aku dapat semasa membeli barang dekat kedai. semasa membelek dan menilik syiling baki daripada bayaran yang dibuat, mata terpandang kearah sekeping syiling 20 sen 1993.hati terdetik mengapa syiling 20 sen 1993, mengapa tidak 20 sen 1994...kang lagi rare kalau leh dapat syiling 20 sen 1994 yang mana mintage dia tidak la berapa banyak hanya 2 juta keping lebih je..hu3...walaupon kecewa tidak mendapat syiling 20 sen 1994...tiba-tiba aku teringat entri yang telah aku baca dalam blog "Depankanta" (http://depankanta.blogspot.com/2011/06/syiling-extra-dot-yang-istimewa.html ) ...so aku cuba menilik pada buah pinang dibelakang syiling 20 sen 1993 tersebut..mungkin nasib aku baik kot, rupa2 nya terdapat satu " DOT " pada buah pinang syiling tersebut..seperti yang depan kanta cakap untuk syiling siri bunga raya ni tak boleh nak panggil " extra dot " dan ianya dipanggil " First Dot " kerana tidak terdapat " dot " lain selain daripada yang ini je (tengok dalam bulatan di atas buah pinang)..dengan mendapat syiling yang " dot " ni maka terubat la sikit hati aku( tak de la kecewa sangat...he3)..untuk syiling ni aku ingin minta pandangan daripada otai-otai seperti " Mr. Dickson Niew, Whycollect dan juga Depankanta " sekiranya mereka sudi untuk memberi komen pada entri aku ini berkenaan syiling " Dot " yang aku dapat nih...sekiranya otai2 yang lain sudi memberi komen juga dipersilakan lah...apa2 hal pon untuk syiling ni aku akan tetap simpannnnnnnnnnnnnnnnn...........
Tuesday, 14 June 2011
Error ke???
Syiling 20 sen 2001
Half Milled Edge
Sambil membelek-belek dan menilik-nilik syiling2 yg ada dalam simpanan aku...terjumpa la 2 keping syiling 2001 yang bentuknya macam nih..aku tak pandai sangat nak kategorikan syiling ni error yang mcm mana...mungkin minor error je nih..nak minta pandangan otai-otai ataupun mereka-mereka yang mahir dalam bab-bab error ni untuk berikan aku kepastian berkenaan apa yang berlaku pada coin nih...apa2 hal pon syiling ni aku akan tetap simpan kerana bagi aku ianya unik la jugak...he3...
Wednesday, 8 June 2011
Extra Metal 10 sen 2009
belek punya belek..tilik punya tilik...terjumpa la sekeping syiling 10 sen mcm nih...error apa nama pon aku x pasti la...extra metal kot...so aku serah pada yg pakar untuk jelaskan...
Sunday, 29 May 2011
Awas!!! Jangan tertipu…
Dua Jenis Syiling Palsu Tahun 2005 yang Berbeza, Sebelah kiri adalah Syiling palsu yang melekat pada magnet dan yang sebelah kanan adalah jenis yang tidak melekat pada magnet
Ujian menggunakan magnet membuktikan yang syiling palsu 50 sen Tahun 2005 juga ada yang melekat pada magnet
Apa yang aku cuba uploadkan ( gambar ) kat atas tu adalah bukan coin error ataupun rare..apa yang aku cuba ceritakan kali ini adalah mengenai syiling “50 sen palsu” untuk pengetahuan korang syiling 50 sen palsu ini sebenarnya aku jumpa dalam tabung syiling aku sebelum ini..dan untuk pengetahuan korang juga
“ Menyimpan syiling palsu juga adalah merupakan satu kesalahan”. Namun syiling 50 sen palsu yang ada dalam koleksi aku ini bukannya cuba untuk digunakan bagi memperdayakan mana-mana pihak..tetapi sebagai kolektor Syiling dan Wang kertas, aku menyimpan syiling ini adalah sebagai rujukan sahaja dan aku uploadkan kat sini adalah untuk berkongsi info dengan korang semua..memang sekali pandang korang mungkin takkan perasan yang ini adalah syiling palsu sebab syiling palsu ini sekali tgk seakan-akan syiling yang original. Tapi bila diteliti betul2 korang akan perasan yang syiling ini sebenarnya berbeza dengan syiling- syiling yang original. Beberapa ciri yang boleh kita tengok untuk mebezakan antara syiling palsu dan original adalah dari segi berat syiling tersebut…syiling palsu lebih ringan daripada syiling yang original, selain itu cetakan pada gambar bunga raya dan juga gambar wau dibelakang adalah lebih kasar berbanding syiling original. Disamping itu permukaan syiling palsu juga amat berbeza dengan syiling original kerana permukaan untuk syiling palsu adalah lebih licin berbanding syiling yang original. Untuk pengetahuan korang juga syiling palsu ini juga mempunyai dua jenis..yang pertama jenis yang melekat pada magnet dan yang 1 lagi adalah jenis yang tidak melekat pada magnet. Selain itu juga bunyi antara syiling original dan syiling palsu bila dijatuhkan ke lantai simen korang akan mendengar bunyi yang nyaring untuk syiling original dan bila syiling palsu dijatuhkan ke lantai bunyi yg terhasil tidak akan sama dengan bunyi syiling yang original.( material yang digunakan lebih rendah mutunya berbanding syiling yang original) Ini lah serba sedikit perbezaan yang aku tahu berkenaan antara syiling palsu dengan syiling original..so berhati-hati lah dalam urusan harian korang dan jangan sampai tertipu…." BANTU LAH PIHAK BERKUASA UNTUK MEMBANTERAS PENGELUARAN SYILING DAN WANG KERTAS PALSU "
" Tinggal kenangan "
20 SEN 1994
MINTAGE 2,680,339
MINTAGE 2,680,339
" Selamat Tinggal " itulah ungkapan yang sesuai yang boleh diluahkan buat masa sekarang nih...( cewah, jiwang la plak) hahahahaha....jangan salah sangka...bukan nak berjiwang...cuma aku nak ucapkan " Selamat Tinggal" kepada Syiling 20 sen 1994 ni je...untuk pengetahuan korang Syiling 20 sen 1994 ni telah berpindah tangan kepada kawan aku " AIDIL " tuan punya blog http://duit-duitmalaysia.blogspot.com/ ...syiling ni bukan di jual kepada beliau tetapi aku dengan dia SWAP Suka Sama Suka ( SSS ) je...kira berbaloi la dia bagi aku 40 keping syiling 1 sen parlimen..aku just bagi dia 20 sen 1994 dan syiling RM1 1994..he3..sebenarnya syiling ni dah lama berada dengan aku dan aku rasa dah tiba masanya untuk " beliau" bersama tuannya yang baru...he3..harap2 tuannya yang baru nanti akan jaga " Beliau" dengan sebaik mungkin seperti mana aku menjaga nya dulu..he3...harap dengan "pemergian" syiling 20 sen 1994 ni koleksi aku dari hari kehari akan bertambah dengan lebih banyak dan lengkap...InsyaAllah.....
Coin Error
50 Sen 2008
50 Sen 1999
"Error ke Coin nih???? apa yang error coin nih???"...bagi yang kurang arif dan kurang minat pasal coin error nih, itu lah pertanyaan yang mereka akan ajukan apabila mereka melihat coin yang mcm nih..kalau yang bukan mencari coin jenis macam nih atau bukan kolektor mungkin takkan perasan apa yang specialnya pada coin ini..pada mulanya aku pon tak berape perasan sangat apa yang specialnya pada coin nih...tapi bila di tilik-tilik, aku rasa coin ni mcm pelik je dan berbeza dengan coin-coin lain yang sama tahun dengannya..so dengan tidak teragak2 aku simpan jelah coin nih untuk dijadikan koleksi..dah lama aku simpan coin nih..so ada kesempatan aku cuba tanya ngan "otai-otai" yang tahu pasal coin nih, kenapa coin ni leh jadi mcm nih dan mengikut pendapat "otai" yang aku rasa bagi aku "otai " nih memang mahir dalam bab2 coin error nih, dia cakap error untuk coin nih namanya adalah " Struck through grease filled die "..ntah la...aku pon tak paham sangat apa maksudnya...apa yang aku boleh explain kan kat cni cuba korang tgk pada tulisan "SEN" pada duit 50 Sen tahun 2008 dan cetakan tahun " 1999 " pada coin 50 sen 1999 itu juga dah jadi "X999" dan tulisan " SEN " pada coin 2008 tersebut juga dah hampir terpadam..tulisan "SEN" dan "X999" tersebut bukan terpadam disebab ada sape2 yang cuba hilang kan tapi tulisan "SEN" dan tahun "X999" tersebut terpadam daripada kilang tempat syiling ini tini di tempa..so sebab itulah coin ini di panggil error..error disebabkan semasa proses tempaan syiling itu dilakukan..aku juga pasti yang ini bukan duit palsu dan coin ini sememangnya error..walapon errornya ada lah" minor error " je tapi tk pe aku akan tetap simpan untuk koleksi aku..mana lah tahu kot2 satu hari nanti leh dapat coin yang lebih error dan lebih ganazzzzzssssss lagi daripada ini...InsyaAllah...so ini adalah merupakan satu permulaan yang baik untuk aku terlibat dalam pemburuan untuk memburu coin2 error yg lebih hebat di masa hadapan..he3..
Subscribe to:
Posts (Atom)
