Follow Me My Prenzzz!!!

Tuesday, 7 February 2012

HORLICKS FREE GIFT

( BIASA-BIASA JE PUNYA BARANG TIADA YANG SPECIAL PUN...CAP AYAM PUNYA BARANG JE NIH...BUKAN NAK MENUNJUK2 TAPI HANYA NAK BERKONGSI DENGAN RAKAN2 KOLEKTOR JE..HE3 )

Salam 1 Malaysia...Sedikit entri untuk dikongsi bersama rakan-rakan di malam hari sebelum mata ini melabuhkan tirainya ( cewahhh ayat..he3)..apa yang cuba aku kongsikan di sini adalah barang-barang free gift Horlicks yang aku dapat bersama-sama dengan sudu Nescafe yang pernah aku ceritakan sebelum ini..namun barang free gift yang aku dapat ni bukan lah dengan membeli apa-apa barang horlicks...tapi aku just beli barang free gift tersebut dari kedai runcit yang pernah aku ceritakan sebelum nih (http://wwwakupunyer.blogspot.com/2012/02/sudu-nescafe.html)...harga yang di tawarkan plak memang membuka selera aku, apa tidak nya RM1 untuk satu barang..siap dengan kotak lagi tuh...he3...aku rasa barang2 ni sebenarnya akan di beri percuma sekiranya kita membeli apa2 barang yang berjenama horlicks ( dah namanya free Gift..mmg percuma la..) namun begitu sedikit kekecewaan kerana aku tidak mempunyai maklumat tahun bila free gift/promosi ini di buat ( sape2 yang ada info boleh lah kongsi dengan aku yea)...apa2 hal pon korang layanzzzz jelah yea...

 Warna Merah

 Warna Biru

 Warna Kuning

 Kesemua bekas air Horlicks ini adalah diperbuat daripada Aluminium..sesuai untuk dijadikan bekas minuman Horlicks panas..hu3

Bekas air Horlicks mungkin untuk minuman sejuk

 Burung Hantu woo..yang ini jugak ada pelbagai corak binatang ( x ingat la plak binatang apa lagi yang ada)...namun aku hanya mengambil yang ini sahaja dahulu..he3..

 Horlicks
 " Saya Mahu Jadi Bijak "...betul ke apa yang aku translate nih ( kalau salah tolong betulkan yea)...he3

Yang ini pun ada dua warna..merah dan biru..namun biru jugak menjadi pilihan aku...hu3

Monday, 6 February 2012

SUDU NESCAFE

( PANJANG PUNYA CERITA TAPI TAK ADA APA YANG MENARIK PUN...HE3)

Salam 1 Malaysia...Entri kali ni aku nak kongsikan apa yang aku dapat dekat sebuah kedai runcit dekat Pasir Gudang, Johor..mula-mula masuk kedai tu pikir nak beli air je..pastu saje je ronda2 sebab ini first time pegi kedai runcit tuh..terpandang pada 1 rak dimana terdapat banyak barang-barang seperti gelas ,cawan, pinggan mangkuk dan lain2...bila dekat rak tuh aku terpandang 1 kotak besar...wowww!!! banyak nya sudu nescafe kata hati aku..he3(bentuk sudu mcm dalam gambar di bawah...tapi gambar sudu yang dalam kotak tu aku tak sempat snap)..mula2 nya aku tak nak amik pon..bila aku pernah terbaca dalam blog-blog cerita pasal sudu ni..hati aku jadi tertarik...malah design dia pon menarik sebenarnya...aku rasa ni stok untuk free gift barang nescafe..mungkin nescafe dah abis, sudu je yang tinggal...memang banyak sudu dalam kotak tuh...kalau di kira rasanya beratus jugak la...tapi aku x amik semua...ini je yang aku amik...he3..amik banyak2 pon buat apa...bukan nak makan sudu pon...keh3..untuk pengetahuan korang bukan setakat barang free Gift sudu Nescafe ni je yang ada..berlambak lagi Free Gift jenama-jenama lain seperti Milo, Nescafe, Horlicks, Sunquick, Mamee,Oreo,Lipton dan lain2 ( nanti berkesempatan aku kongsikan barang2 yang aku beli kat kedai runcit tuh) Banyak sangat barang Free Gift kat kedai sampai aku dah tak ingat...Aku rasa Dia jual mungkin sebab barang tu tak abis dituntut oleh para pembeli...sebab kat tempat barang2 yang dijual tu pon tak ada terpampang tanda harga pon(Ini ayat aku masa kat kaunter : Bos, ini barang tak ada tanda harga la...ini macam salah woo..u mesti kasi letak tanda harga maa, nanti boleh kena saman..he3) kononya dengan ayat nih budget tokey boleh bagi diskaun la tuh...keh3...masa pergi bayar pon Tokey tu sendiri kurang pasti brapa harga yang perlu diletakkan..yelah barang free gift kan (mungkin tak pernah ada orang beli kot tu yang harga pon dia kurang pasti tuh)...apa2 hal pon layanzzzzzzzzzz...

 Sudu Nescafe Pemegangnya berbentuk Mug Nescafe..Amik 6 tapi 1 sudah guna untuk kacau air punya...keh3

Sudu Nescafe Kecil..Comel sudu nih..guna buat air Nescafe sedap jugak nih..he3

Saturday, 4 February 2012

THE COCA COLA COMPANY( THAILAND )

( TIADA YANG SPECIAL PUN DENGAN INI BARANG, CUMA AKU INGIN BERKONSI SEDIKIT INFO)

Kerana keboringan yang teramat sangat aku meronda-ronda di kawasan perumahan aku ni..memandangkan tiada aktiviti yang ingin aku lakukan, aku singgah Jusco kejap..tak sampai setengah jam aku keluar( pergi jusco bukan nak membeli belah pon...he3...saje ronda2)..bila keluar lalu dekat sebuah kedai dekat rumah aku nih..aku terpandang sebuah kedai, dekat papan tanda kedai tu tertulis " MENJUAL BUAH-BUAHAN DAN BARANGAN SEMBAHYANG "..bila tengok dia tulis buah-buahan..ianya menarik perhatian aku( padahal dah pergi Jusco tadi, x beli buah plak..he3)..Rasa teringin nak makan buah-buahan la plak..apa lagi aku singgah la sekejap kedai nih..bila masuk ke kedai " MENJUAL BUAH-BUAHAN DAN BARANGAN SEMBAHYANG" ni aku terus menuju ke tempat buah-buahan yang di susun rapi..Tanpa berlengah-lengah lagi aku memilih beberapa biji buah epal( 1 biji RM2.50 tu wooo..he3)..sambil tengah aku membelek2 dan memilih buah-buahan yg aku nak tu...mata aku terpandang kat bawah rak tempat menyusun buah-buahan ni ada banyak botol tersusun rapi di dalam kotak tu...ingatkan botol apa, bila di tengok2 ada mcm tulisan siam la plak..tilik punya tilik rupa-rupanya ada air botol Coca Cola Siam, Fanta Siam dan Sprite Siam..apa lagi, aku minta tokey kedai tu amik air botol tu aku nak tengok aku cakap...memang sah air botol Coca Cola,Fanta dan Sprite Siam ada jual kat kedai nih...kerana tertarik dengan botol2 ni..aku pon tanpa berfikir panjang minta tokey tu bagi aku 3 botol coke, 3 botol Fanta( lain2 punya perisa) dan 1 botol Sprite..tak tahu la plak aku kat kedai " MENJUAL BUAH-BUAHAN DAN BARANGAN SEMBAHYANG" ni ada jual air botol daripada Thailand..So sape2 yang nak bley la cuba2 cari air botol ni kat kedai mcm ni kot2 ada kat tempat korang..harga pon kira berpatutan la jugak( RM2 sebotol )..tp klu nak murah lagi bley pegi Thailand sana..ada brannnn????he3...

Bagi otai Kolektor Coca Cola...Botol macam ni diaorang tak simpan punya sebab berlambak boleh jumpa...bagi otai-otai Coca Cola, botol ni boleh di kategorikan sebagai botol sampah je bagi diaorang...hu3..(aku bukan nak cakap botol ni rare pon, tp just nak kongsi info je kat mana aku dapat ini botol..he3)

Coca Cola dalam tulisan/Bahasa Siam

Coca Cola 250ml

Fanta dalam tulisan/Bahasa Siam

Fanta 250ml

itu tokey kedai ada cakap, ini air boleh minum kalau mau...tapi bila bawak balik aku tgk semua air ni dah tamat tempoh dan ada yang hampir-hampir tamat tempoh punya...hu3..kalau minum ok lagi rasanya nih sebab  tarikh luput dia blom lama lagi pon...he3..sebelum aku beredar aku sempat tanya pada tokey tu " tokey, ini botol ada hantu ka???" tokey kedai tu dengan dia punya bini gelak besar bila aku tanya mcm tuh..rasa bodoh la plak pertanyaan aku tuh...aku rasa orang yg pegi kedai tuh beli botol ni untuk kegunaan " sembahyang/upacara keagamaan " kot (klu salah tolong betul kan aku)..tokey itu cakap " ini botol baru la, mana ada hantu, blom guna buat sembahyang punya, kalau buat sembahyang pon mana ada hantu maa"..he3...dengan tersenyum simpul aku memblahkan diri dari kedai itu..he3..Sekian Jelah dulu cerita aku yang ntah apa2 nih( x de cerita aku cari cerita)...keh3...Layanzzzzzzzz...Salam.....

Sunday, 29 January 2012

KOLEKSI COCA COLA PAK RAHMAT JB

" INI KOLEKSI BUKAN AKU YANG PUNYER TAPI PAK RAHMAT YANG PUNYA, GAMBAR JE YANG AKU PUNYER"
Salam 1 Malaysia..Entri kali ini aku punyer bukan nak memaparkan tentang koleksi Duit tapi cuba untuk berkongi keterujaan apabila aku bersama kawan aku membuat sesi lawatan/ziarah ke sebuah rumah seorang Otai/Legend dalam mengumpul barang-barang Coca Cola dan antik di rumah beliau yang terletak di Johor Bahru..Otai/Legend ni aku kenali dengan nama " Pak Rahmat/Hj Rahmat Ismail "..Sebenarnya aku dan kawan aku mengenali Pak Rahmat ni melalui seorang akak yang meniaga kak pasar karat JB..So korang Layanzzzz jelah gambar-gambar koleksi Coca Cola Pak Rahmat yang sempat aku Snap kt rumah beliau nih...

 Ini aku perkenalkan pada korang " Pak Rahmat / Haji Rahmat Ismail" rasanya ramai otai2 Coca Cola yang dah kenal dengan Pak Rahmat nih..Beliau memang terbaik la bagi aku kerana sanggup melayan kitaorang semasa bertandang kerumah beliau walaupun pada masa tu dah tengah malam( lebih kurang pukul 11.45 hingga 3.00 pagi kitaorang kat rumah Pak Rahmat )..menurut beliau lagi, biasanya geng2 Kolektor ni akan bertandang dan melepak di rumah beliau sehingga ke waktu pagi ( mungkin berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai barang2 yang di kumpul kot..he3 )..So bila mendengar penjelasan beliau itu maka kurang la sedikit rasa ketidak selesaan aku semasa melihat koleksi beliau di waktu malam tuh..Menurut beliau lagi biasanya yang datang untuk melihat/membeli koleksi beliau ni akan datang pada waktu malam kerana di waktu siang beliau berniaga dan tiada di rumah so waktu malam la waktu yang sesuai sekiranya ingin datang ke rumah beliau nih...




 Ni Kawan aku Bro "Hasni" Beliau adalah merupakan salah seorang diantara berjuta pengumpul barangan antik di dunia ni..he3.." Cari Jam lama ke bro??..keh3











Siapa tak kenal dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma..Seorang tokoh agung dalam bidang Seni Tanah Air kita suatu ketika dahulu...Seorang anak seni yang serba boleh...Al-Fatihah untuk Allahyarham.






Bukan Fixie punya beskal..tapi Coca Cola punya Beskal...memang terbaikkkkkkk

Almari yang telah di selongkar oleh aku...he3

 Duit pon ada...Tiket loteri tahun 1967...oldskool betul tulisan yang di gunakan pada tiket loteri tersebut..dulu2 main loteri takde masalah kot...hu3

Macam-macam botol dari pelbagai negara dan juga botol2 local pon ada...perghhh memang terbaikkkk!!!

apa tuh??

Cantik!!!


 Bro " Hasni " sempat bergambar kenang-kenangan( kontrol macho tuuu...he3) dengan koleksi Pak Rahmat..Aku juga yang tk de gambar dalam ni..sebab aku kameraman..disebalik tabir punya orang...he3

mesin kuda ke???he3..rasanya bukan mesin kuda nih..

Pelbagai kotak rokok lama sebagai koleksi...paling terbaikkkk kotak rokok NYX pon ada...he3

Pelbagai koleksi mainan oldskool dan gelas2 lama disusun cantik di dalam almari kaca antik...


Perghhhh....

 Pak Rahmat menunjukkan gelas " White Spot " ..nampak klasik gler gelas nih..aku rasa gelas ni memang mahal kot harga dia..x berani nak tanya harga beb, modal ciput..hu3

 Mengikut Pak Rahmat keadaan rumah agak bersepah sikit kerana banyak barang2/Koleksi Coca-cola perlu di pindahkan dengan segera kerana rumah yang dijadikan tempat untuk menyimpan barang-barang/koleksi Coca cola ni akan dijual tidak lama lagi( Perghhh...siap 1 rumah terus jadi tempat untuk simpan koleksi..memang tahap otai/ Legend nih...masa aku pegi pon aku hanya dapat lihat separuh dari koleksi beliau kerana ada bilik2 yang tidak dapat di masuki kerana bilik tersebut berkunci dan kunci hanya ada pada anak beliau...mengikut beliau lagi..koleksi yang terdapat dalam bilik2 tersebut adalah lagi "Rare"

Rupa-rupanya ada jugak coca-cola mengeluarkan botol yang label dia berwarna hijau dengan Biru...hu3...menurut pak rahmat..botol ini design nya tidak diluluskan oleh Coca Cola Company..akhirnya ditarik balik dan tidak dapat dikeluarkan( ini mcm sample la )..begitu lah rasanya cerita yang diberitahu oleh pak rahmat, aku pun tidak berapa pasti kerana pada masa itu keterujaan aku pada koleksi Coca Cola Pak Rahmat membuatkan aku tidak dapat berkata apa2...hu3

 Botol Coca Cola yang berbentuk skirt...mengikut Pak Rahmat botl ni tidak dapat diguna pakai oleh sebab2 tertentu..aku pon tk ingat dah sebab apa dia bagi tahu aku malam tu..kang aku beritahu tkot tersalah info plak...apa2 pon pada otai-otai yang tahu sila lah bagi komen anda dan perbetulkan la apa yang aku salah..."Saya budak baru belajar "

 Botol Coca Cola Local punya (1)
 Botol Coca Cola Local punya (2)

 Botol Coca Cola Local punya (3)

lagi botol Coca Cola sebagai koleksi

Dan lagi......

Masa kecik2 dulu rasanya pernah tengok tin air jenama " SUDI " nih...terpampang gambar Allahyarham Sudirman..Al-Fatihah untuk Allahyarham..

Teruja beb tengok ini koleksi...tak tahu nak cakap apa...biasanya dok tengok kt alam maya...sekali sekala boleh tgk secara live...seronok jugak...

rak Coca Cola...mana dapat pon tak tahu aku...menarik kalau rak ini digunakan untuk display koleksi Coca Cola yang ada...tapi aku punyer tidak mempunyai koleksi untuk di display kan...he3

Geng-geng kolekstor masuk paper " STAR " ada gambar Haji Rahmat lagi tuh...

ada tiga jam loceng yang dihidupkan mengunakan kunci bukan bateri..bila ditanya Pak Rahmat kata " Not For Sale " tapi kalau kena dengan harga rasa terjual jugak nih...he3...


Ada pelbagai design topi Coca Cola yang tersimpan dalam peti nih..pilih2 mana yang berkenan...he3

katanya mesin air nih di bawa dari kanada..buktinya bila terjumpa syiling negara Kanada kat dalam mesin air nih...memang terbaikkkkk!!!!ada brannnnn mau angkat ini mesin???he3..

 Siap ada Sijil tu wooo..ingat main2 ke??

Koleksi piring Hitam lama2 punya dengan Signboard Coca Cola...perghhhh....mengamit kenangan lalu...

Coca Cola Punya Sign...memang menarik dan terbaikkkkkkk!!!!

Kebersihan seharusnya di jaga...kebersihan diri dan juga kawasan tempat tinggal kita...tak kurang jugak kebersihan ditempat kerja...perlu jugak bersih dari gejala2 negatif dan tidak bermoral...Negara Bersih, Rakyat Sihat!!

 Pak Rahmat ni sebenarnya seorang peniaga popia..." POPIA SS Ali Jadi Rebutan" masuk paper tuh...memang terbaikkk la...tapi sayang, aku tak pernah rasa popia buatan Haji Rahmat nih...hu3



Poster/Sign Dumex lama....Oldskool beb...


Oldskool punya poster Coca Cola nih....




" Your Thirst, takes wings"



Ini adalah hanya suku daripada keseluruhan Koleksi Coca-Cola Pak Rahmat yang sempat aku snap gambarnya untuk di kongsi bersama rakan-rakan yang mengunjungi blog aku...tak larat aku nak explain satu2 gambar yang diuploadkan...kerana terlalu banyak sgt...he3..korang Layanzzzzzz jelah yea...sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk membeli koleksi Coca Cola atau untuk melihat Koleksi Coca Cola di rumah Pak Rahmat ni korang boleh la contact pak Rahmat di blognya iaitu : http://wongchincai.blogspot.com/ boleh buat temujanji dulu kot..apa2 hal pon aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Rahmat Sekeluarga yang sudi menerima kunjungan aku dengan kawan aku Bro " Hasni " ke rumah beliau...Terima Kasihhhhhhhhh Daun Keladi...ada masa nak datang lagi...he3