Follow Me My Prenzzz!!!

Thursday, 31 May 2012

PEACOCK BRAND - NATIONAL AERATED WATER COMPANY LTD

Entri aku kali ini aku postingkan gelas yang aku dapat di pasar karat JB tahun lepas..dah lama terperap, so kali ini aku postingkan untuk di kongsi bersama kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama dan sama2 la kita berkongsi info..aku pun tak berapa pasti gelas ni dikeluarkan pada tahun bila..cuma aku nampak mcm oldskool je gelas ni tu yang menarik minat aku untuk membelinya..beli pun dengan harga yang murah je..klu mahal-mahal tak mampu gak aku...RM2 untuk 2 ketul gelas nih..mengikut kata penjual gelas tu, gelas ini adalah gelas teh Cina...he3...betul ke bang?????(mcm yea2 je brader tu bagi tahu info pasal gelas nih pada aku) Entah la...aku nampak mcm bukan je...apa2 hal pon takpelah...aku beli jugak la untuk koleksi peribadi aku...gelas ni tidak la brape rare sgt pon...cuma nampak oldskool je skit bagi aku...So sape2 ada info yang lebih detail pasal gelas ni boleh la kongsikan dengan aku yea...perkongsian info anda dengan aku, adalah amat dihargai!!!

PEACOCK BRAND - Gambar hadapannya memaparkan gambar burung merak dan tulisan Cina dibawahnya..yang tulisan Cina tu aku tak paham apa yang ditulisnya...

NATIONAL AERATED WATER COMPANY LTD, ESTD. 1933 SINGAPORE...Yang pastinya company ni wujud di Singapore klu tak silap aku...sebab kat ctu ada tulis singapore..he3...sape2 yang ada info tolong kongsikan dengan aku...TQ

Wednesday, 30 May 2012

LIGHTER ALLADDIN - 2010 FIFA WORLD CUP

Entri kali ini cuba memaparkan koleksi Aku yang sudah lapuk dalam simpanan aku...Orang lain dah lama dah ada bnda ni dan dah complete dah orang lain punya koleksi...aku je yang masih belum complete untuk set lighter Alladdin 2010 FIFA world Cup nih (ntah dapat ke tak aku complete kan set lighter ni...aku pon tak tahu la)...yang aku ada ni hanya 5 pcs...sepatutnya untuk set lighter ni mesti ada 10pcs dengan design yang berbeza...kalau nak tgk 5 pcs lagi yang aku tak der korang leh la tgk dekat Blog Bro Iayylr http://hobby-collection.blogspot.com/2010/07/pemetik-api-alladdin-piala-dunia-siri-2.html ni...Lighter ni pon aku dapat secara kebetulan pada tahun lepas dekat Airport Pengkalan Chepa Kota Bharu..masa tu saje bawak anak g jejalan kt Airport tuh tgk kapal terbang...he3...masuk dalam airport tuh, alih2 tgk2 dekat kiosk dalam airport tu ada plak jual lighter nih..apa lagi aku kasi rembat la itu lighter...tapi sayangnya ada 5 jenis ni je...lagi 5 jenis dh tak ada stok dah (ok lah kan dari x ada apa2)...rugi la plak rasanya tak amik banyak...klu tak boleh la bagi bg kawan2 yang tak ada lg lighter nih...hu3..

LIGHTER ALLADDIN 2010 FIFA WORLD CUP - SOUTH AFRICA 

GAMBAR BELAKANG LIGHTER ALLADDIN FIFA 2010

Tuesday, 29 May 2012

HARI INI " AKU PUNYER" CERITA

Memburu semalam hasilnya tidak lah berapa lumayan...hari ini pergi memburu bersama kawan aku Bro Edilely tuan punya blog http://edilelly.blogspot.com/ , hasilnya boleh la dikatakan sedikit lumayan berbanding semalam..boleh la buat stok untuk aku punyer koleksi daripada tak ada apa-apa...apa2 hal pon hari ni aku boleh berpuas hati la berbanding semalam dengan hasil buruan yang aku dapat hari ni....Entri kali ni kira aku upload secara lumpsum terus jelah yea hasil buruan aku ni...malas nak cerita satu-satu...keh3...so layanzzzz jelah yeaaaa....

 Termos air panas Coca Cola ni aku dapat dekat My News Jusco Tebrau (gambar iklan/promosinya aku tak sempat nak amik)...semalam aku dah pergi My News dekat Jusco Permas Jaya tapi stok dah abis...so arini ajak Bro Edilelly try cuba nasib dekat Jusco Tebrau...dah rezeki aku ngan Bro Edilelly akhirnya berjaya juga aku memperolehi termos air panas Coca Cola nih...Terima Kasih juga kepada Bro Iayylr http://hobby-collection.blogspot.com/ sebab bagi info mengenai bnda nih...bila dah tahu ada stok lagi dekat My News Jusco Tebrau tu terus aku ngan Bro Edillelly rembat 2 ketul sorang...kononnya nak buat stok la katakan..keh3

 Coca Cola dan Fanta Oren tin panjang yang di datangkan khas dari Korea

Teman Bro Edilley pergi dekat TGV.bukan pergi tengok wayang pon...tapi Bro edilelly cakap dia nak amik gelas/tumbler plastik Coca Cola cerita " Avengers " dekat sana...So aku bawak la tunjukkan pada dia di mana tempatnya TGV tuh..Tahniah jugak kepada Bro Edilelly kerana berjaya menghabiskan duit untuk mengambil 1 set gelas plastik siri " Avengers" dekat TGV tuh (Aku sendiri pon blom lengkap lagi 1 set dan aku juga pun tak pernah masuk panggung TGV tuh...keh3) so masa kitaorang on the way nak pergi ke lift kita orang singgah sekejap dekat tempat yang ada jual barang-barang Jepun dengan Korea dekat Jusco tebrau tuh (bukan kedai 100yen, Kids World rasanya nama kedai tuh)...mata terpandang sesuatu yang amat di kenali...wowww!!! ada tin Coke ngan Fanta panjang la dekat sini...ini sudah baik nih...cuba tanya amoi yang jaga kaunter tuh, kot2 ada lagi ke tin-tin coke lain yang dijual..amoi tu cakap tak ada dah..ini je yang ada...nasib baik tin coke tu ada 2...dapat la aku 1 dan bro edilelly 1..yang Fanta kitaorang amik sorang 2 pcs...ada 2,3 ketul lagi tin fanta Korea yang kitaorang tinggalkan kat ctu untuk orang lain..he3..

Atas info yang diberikan oleh Bro Edilelly...akhirnya aku dapat jugak Tumbler Nestea 100 tahun Nestle Di sisimu nih...sebelum ni memang dah tengok dekat pasaraya, cuma aku tak perhatikan btol2 dan buat tak tahu je sebab ingatkan Tumbler Nestea ni yang biasa sama mcm yang aku beli tahun lepas tuh...atas info Bro Edilelly, baru aku tahu yang tumbler ni lain daripada yang dulu...yang ni ada tulisan 100 tahun Nestle Di sisimu...so mana boleh lepaskan peluang untuk dapatkan yang nih...masa balik singgah kejap dekat tempat jual-jual barang-barang makanan dan minuman di Jusco Tebrau tuh...terus aku rembat benda nih...amik seketul pon dah cukup lah buat stok untuk koleksi...

 100 tahun Nestle di sisimu " Edisi Terhad" tuh...perghhhh nasib baik...aku dapat info awal2 klu tak melepas la yang Limited Edition nih...TQ Bro Edilelly!!!

 Dengan kotak-kotak dia sekali aku simpan buat Koleksi sebab dekat kotak pon ada tulis 100 tahun Nestle di sisimu...keh3..

Masa on the way balik ke rumah sempat lagi aku ngan Bro Edilelly singgah kejap dekat Giant Plentong...aku bagi tahu yang kat ctu ada kedai barangan baru dan terpakai yang ada jual macam-macam barang...Masa kat kedai nih dapat lagi seketul gelas free gift ICE COFFEE dari TOSHIBA (ada 2 biji gelas ni...so Bro Edilelly 1 dan aku 1...bahagi sama rata la katakan..he3)...aiii...Toshiba pon ada bagi free gift gelas jugak ke..styloooo...



Tengok dekat kedai ni ada jugak Gelas Coca Cola dari Mc Donald nih..Gelas ni memang aku dah ada banyak la jugak...tapi bila tengok kat sini dia jual murah-murah...aku amik la 4 biji untuk tambahkan lagi koleksi yang aku dah ada...tapi sayangnya kotak dia dah tak ada...biasa lah kan kotak dia mesti dah barai dah sebab ni barangan terpakai bukan barang baru pon...boleh la buat stok geli2 orang cakap...he3...so sape2 yang nak Gelas Coca Cola Mc Donald ni boleh la pergi dekat Giant Plentong dekat tingkat atas (tempat parking kereta sebelah atas )...berlambak lagi gelas ni ada jual kat ctu...

Monday, 28 May 2012

JANGAN JADI TALAM DUA MUKA

Tajuk entri kali ini nampak bestttt je..tapi tak best sangat pon sebenarnya (Ntah apa2 punya tajuk pon aku tak tahu..keh3)...takde kena mengena pon entri kali ini dengan pepatah diatas..keh3...yang ada kena mengena pon hanya cerita pasal talam je...hari ini sebenarnya aku sedikit kecewa...ingat musim cuti macam ni bolehlah la memburu dan budget hasil buruannya juga mesti la lumayan...tapi kalau dah tak de rezki abis 50 hinggit minyak kete pusing sana, pusing sini tak de jugak hasilnya...tapi kalau dah rezki tu takkan kemana orang cakap...minyak kete abis 50 sen pon, hasilnya berplastik2 di bawa pulang...btol2 takde "Ong" la pemburuan secara solo aku hari ni ( biasa pergi ngan kawan aku, tapi hari ni member pergi perlis ada majlis kenduri katanya...cehhh...jauh benor kenduri, sampai hujung semenanjung ) So aku sorang2 jelah pusing sana, pusing sini (sampai dah tahap borink dah pusing, bukan tak de keje, saje malas balik umah wat keje..ingat hari ni spend masa sikit nak memburu barang koleksi sebab dah lama x memburu nih) namun hasilnya tidak begitu lumayan berbanding yang sebelumnya...dah tak de rezki tak leh cakap apa lah kan...kalau dah rezki sambil jalan2 tak de niat untuk memburu pon dapat la jugak berketul2 barang untuk dibawa balik...tapi hari ini....ini je yang aku dapat...jadi lah daripada langsung tak dapat apa2 kan.....koh3

Tray/Talam Plastik dari Nescafe ( 1 SiP, 1 SMiLE )...dapat kat dekat kedai Apek...mula2 tengok rasa mcm tak hingin je nak amik...kotornya bukan main...namun dalam hati fikir semula...kalau tak amik yang ni tkot nanti tak dapat apa2 plak...Amik jelah bawak balik, pastu aku balik cuci dan bersihkan nasib baik kotoran degilnya tu dapat dihilangkan...Alhamdulillah... (lupa plak nak amik gambar sebelum di cuci/dibersihkan)...ok la daripada langsung tak dapat apa kan...hu3

Saturday, 26 May 2012

KIT KAT ( 100 TAHUN NESTLE DISISIMU )

Aku baru je dapat free gift dari kit kat ni, orang lain dapat bnda ni dah lama cuma aku je yang baru dapat...ketinggalan sungguh aku ni dibelakang orang lain..apa2 hal pon janji aku dah usaha untuk dapat kan walaupon lewat sikit daripada orang lain...

 Dengan pembelian KitKat Bites 200g akan dapat percuma bnda nih...

 Menarik jugak kotak dia sebab ada logo/moto 100 tahun Nestle di sisimu..simpan dengan kotak-kotak jelah senang...keh3

 Merah yang menawan hati..he3

 Mug free gift daripada KitKat ni aku dapat masa awal2 promosi KitKat awal tahun aritu 

Ada 4 Design untuk Mug nih...tapi aku hanya dapat dua design je...2 Design lagi ingat nak dapatkan lambat sikit sebabkan ingat promosinya lama lagi tapi pergi hari tu mug masih ada tersusun dekat kaunter penebusan Free Gift cuma KitKat untuk promosi mug ni je sudah tidak ada lagi...Apa2 hal pon tengah usahakan untuk dapatkan 2 design lagi nih...

Friday, 25 May 2012

MAGGI HOT CUP

Entri aku kali ini sebenarnya aku cuba ingin mencari kepastian berkenaan barang yang aku baru dapat dekat pasaraya nih...mungkin orang lain x simpan atau collect pon bnda macam ni, tapi aku ni kan Kolektor Cap Ayam..apa yang aku berkenan aku Collect jelah....Sebenarnya aku tertarik dengan gambar kat belakang dia nih, sebab tu yang aku beli bnda ni...dah cuba search dalam Google untuk mencari maklumat tapi aku tak jumpa pon info pasal bnda nih...Kawan-kawan yang ada info...tolong kongsikan dengan aku yea...dah berapa lama dah bnda ni dengan gambar mcm nih?? dan berapa buah negeri kah yang ada??

EXPLORE MALAYSIA - Kuala Gandah, Pahang


EXPLORE MALAYSIA - Gua Tempurung, Perak

EXPLORE MALAYSIA - Mulu National Park, Sarawak

Visit Malaysia ( Celebrating 50 Years of Nationhood )


 Maggi hotcup dengan gambar tempat2 menarik yang ada kt Negara kita Malaysia..aku pon tak pasti sama ada gambar dibelakang cawan maggi ni memang sedia ada kat belakang cawan maggi hot cup ni dari dulu lagi atau dikelaurkan sempena " Celebrating 50 years of nationhood", sebab aku bukan biasa sangat pon makan maggi hot cup nih..malam ni je baru terperasan yang ada gambar mcm ni..sebab tu aku beli..memandangkan ada tempat2 menarik di Malaysia yang dipaparkan dibelakang cawan maggi hot cup tu  lah yang menyebabkan aku menyambarnya..ingat nak cari semua negeri yang ada kat Malaysia nih, tapi aku jumpa 3 negeri je setakat nih..klu ada semua negeri best jugak klu nak buat koleksi nih..sesape yang biasa makan maggi ni atau ada info pasal bnda ni tolong la kongsi2 kan dengan aku yea....TQ

Thursday, 24 May 2012

" Katakan Tak Nak Pada Rokok !!!"..tapi itu semua bergantung kepada individu la nak ke tak nak...untuk pengetahuan semua aku mmg adalah seorang perokok tegar yang pernah cuba nak berhenti merokok tapi asyik tak menjadi je...keh3 ( Alasan x nak berhenti je tuh...he3)..Entri kali ini bukan untuk mengajak orang lain untuk sama2 terlibat dengan aktiviti rokok merokok nih...bagi mereka yang tidak merokok rasanya baik tak payah la untuk mencuba merokok kerana bila dah jadi mcm aku nih dah sampai tahap susah dah nak berhenti...buang duit je nanti, klu nak berhenti pon kena amik masa jugak la untuk biasa...bak kata orang nak seribu daya, tak nak seribu dalih...InsyaAllah aku akan mencuba untuk berhenti satu hari nanti...Namun entri kali ini bukan untuk promote orang lain supaya merokok mcm aku nih, tapi aku cuba kongsikan beberapa barang jenama DUNHILL yang aku dapat awal tahun aritu..So layanzzzzzz jelah item dari DUNHILL yang ada dalam simpanan aku nih....

Tin Dunhil King Size ngan Dunhill 20 kotak lama yang masih ada 20 batang rokok didalamnya sebagai koleksi...Aku rasa rokok ni rasanya dah lain mcm dah kot...sayang nak bukak untuk cuba..biarlah kekal tersimpan sebagai koleksi Aku Punyer


Kotak Dunhill 14 dengan 2 Variety yang berbeza.. kotak sebelah kiri yang tidak ada gambar amaran penyakit berbahaya dan 1 lagi mempunyai gambar amaran penyakit gangren..sekarang ni DUNHILL dah tak keluarkan kotak rokok 14 batang dah...ni pon nasib terjumpa yang orang buang punya...

Tin rokok Dunhill Menthol Lights 40 batang...aku beli kat kedai Runcit dekat Taman Rinting, Johor awal tahun aritu...bukan beli rokok pon tapi beli tin dia je ngan harga RM1..berbaloi-baloi...hu3