Follow Me My Prenzzz!!!

Friday, 27 May 2011

NOMBOR SIRI " CAP AYAM JE"





Salam...Entri kali ini aku cuba upload dan kongsikan beberapa koleksi duit RM1 yang mana no sirinya bagi aku, aku rasa cantik la jugak..bagi orang lain atau otai2 yang power no siri ni mungkin biasa-biasa je...kalau ada no mcm ni pon mungkin otai-otai ni tkkan simpan pon dan mungkin akan gunakan duit mcm ni untuk buat beli rokok atau bayar tol je...Namun bagi aku, seorang pengumpul yang miskin dan kekurangan modal untuk dapatkan prefix no yang solid, jumpa no siri mcm ni pon aku kumpul jugak..yelah nak dapat kan no siri/prefix yang Solid mmg x termampu lagi buat masa nih.(namun aku akan berusaha untuk dapatkan yang solid jugak satu hari nanti...InsyaAllah)....Namun apa pon tanggapan korang pada duit yang aku kumpul ni, namun aku tetap sayang dan akan simpan duit ni sebagai koleksi  peribadi aku...Untuk pengetahuan korang ada diantara duit ni aku beli tapi aku dapat ngan harga yang murah je...contohnya yang no 9999990 dan 9999991 tu aku beli dan aku dapatkan duit tu ngan harga tak sampai pon RM16( murah ke mahal korang la tentukan untuk aku ok) ....hu3...dan duit yang lain-lain tu ada yang aku dapatkan secara kebetulan masa beli rokok dan ada juga pemberian/sedekah dari kawan-kawan aku kerana diorang tahu aku ni kaki kumpul duit-duit lama (walaupon duit ni bukannya duit lama pon)..apa-apa hal pon aku ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan aku yang banyak membantu menambahkan lagi koleksi duit aku nih...Terima Kaseyyyyyyyyyy....Salam...

Saturday, 21 May 2011

" Extra Metal " 1 sen 1988 ( Parlimen )

1 SEN 1988 ( PARLIMEN )

Salam....Entri kali ini aku cuba nak kongsi ngan korang syiling 1 sen siri pertama Tahun 1988 ( Parlimen ) yang ada dalam koleksi aku nih..Syiling 1 sen yang aku ada ni boleh la jugak di kategorikan sebagai syiling "Error/Cacat" jugak lah, walaupon kecacatan yang ada pada syiling ini sebenarnya tidak lah berapa besar dan boleh la di kategorikan sebagai " minor error " je...biasanya kalau dikalangan pengumpul duit-duit lama diorang akan paham apa sebenarnya yang berlaku pada syiling ini..tapi bagi yang baru nk berjinak-jinak dalam hobi mcm ni pastinya korang kurang tahu berkenaan error yang berlaku pada syiling ini. jadi dalam entri kali ini aku cuba nak share lah serba sedikit apa yang aku tahu berkenaan syiling ini..Cuba korang perhatikan dalam bulatan yang telah aku buat..dan cuba tengok di tepi no "1" tu dekat bahagian tepi tu korang akan perasan seakan ada lebihan besi/metal dekat tepi "1" tu kan kan....Okey untuk pengetahuan korang jugak error seperti ini ianya di panggil sebagai " Extra Metal "( aku rasa dah betul kot panggilan error untuk syiling ni, kalau tk betol cuba betulkan aku ok..he3 )..Untuk pengetahuan korang jugak sebenanya untuk jumpa kecacatan ataupun error yang berlaku pada syiling siri pertama 1967-1988 ( parlimen ) ini sebenarnya agak susah kalau nak dibandingkan dengan kecacatan yang berlaku pada syilling siri ke-2 1989-2011 ( Bunga Raya ).kalau nak dibandingkan dengan syiling ( Bunga Raya ) boleh dikatakan mudah la jugak kalau nk jumpa yang error/cacat, tapi untuk syiling parlimen susah sgt2 nk jumpa. yang error/cacat ni  ( itulah bezanya kalau nak dibandingkan antara mesin lama ngan mesin baru buat kerja..mesin lama kurang sgt-sgt kerosakan yang berlaku pada syiling, kalau mesin baru?? korang buat la kesimpulan sendiri..hu3 ) ....So kalau korang jumpa kecacatan yg berlaku pada syiling siri parlimen ni korang boleh la dikira sebagai mereka-mereka yang bertuah...he3... Jadi kalau korang jumpa error/cacat pada syiling  siri parlimen ni simpan lah ia nya dengan sebaik2nya...apa yang paling penting SIMPANNNNNN!!!!!!!

Wednesday, 18 May 2011

RM1 2nd Series With Broken Thread Security Line


RM1 2nd Series With Broken Thread Security Line/Scarce Rarity Variety (not issue in Local Catalogue)

Perhatikan dalam bulatan dalam gambar yang kedua bagi duit RM1 2nd Series ini anda akan perasan yang Jalur Keselamatan untuk duit ini seakan terputus..Aku sebenarnya kurang pakar dan kurang mahir dalam bab-bab error ini, jadi untuk mendapatkan kepastian adakah duit ini error atau pon tidak, beberapa orang "OTAI" dalam bab-bab error ini aku telah rujuk. mengikut pendapat "otai-otai"  bab error ini, ada diantar mereka yang mengatakan duit ini mmg error dari segi jalur keselamatannya sebab berlaku sedikit kerosakan pada jalur keselematan semasa proses cetakan duit tersebut dilakukan ...namun untuk pengetahuan korang error berkenaan dengan RM1 2nd Series ini juga sebenarnya tak pernah di ceritakan dalam mana-mana buku ( itu kata otai-otai yang aku tanya lah...tp aku sendiri pon tak pasti ada ke tidak dalam buku menceritakan pasal error RM1 2nd serries ni )..Namun begitu ada juga pendapat "otai-otai" yang mengatakan bahawa ini adalah sejenis Variety, alasannya kerana banyak ditemui error yang macam ni dalam RM1 2nd series..apa pon alasanya, simpannn tetap simpannnnnn...Layanzzzzzz.............

Monday, 16 May 2011

"HASIL BURUAN"

1 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )


5 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )



10 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )



20 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )


50 SEN SIRI PERTAMA ( PARLIMEN )


" Hasil Buruan " ...itulah perkataan yang sesuai aku rasa boleh di gunakan untuk kesemua syiling-syiling siri pertama ( Parlimen ) yang aku dapat ini..Sebenarnya syiling-syiling parlimen yang aku dapat ni bukannya aku perolehi dalam masa 1 hari je..perlukan masa beberapa bulan dan perlukan modal untuk aku dapatkan semua ini...so dengan berkat kesabaran aku dalam usaha untuk mengumpul dan "menyelamatkan khazanah negara " ini maka hasilnya adalah seperti yang korang lihat inilah..he3...bukan nak menunjuk2 tapi untuk pengetahuan korang, buat masa sekarang untuk dapatkan syiling parlimen ni mungkin bagi korang senang, sebab dalam urusan harian korang untuk bayar apa-apa jelah, korang pasti menggunakan syiling seperti yang dalam gambar yang aku upload kan ini...yelah kalau tak banyak pon sekeping dua mungkin ada dan bercampur dengan syiling bunga raya( Siri Ke-2 ) kan???( ntah lah korang perasan ke tidak...he3)..tapi aku nak tanya korang perasan tak yang syiling siri pertama ( parlimen ) ini sebenarnya semakin hari semakin susah untuk diperolehi dalam urusan harian kita..bagi aku, aku rasa yang syiling ini satu hari nanti akan terus hilang dan digantikan dengan siri ke-2 ( bunga raya ) sepenuhnya ...mungkin bagi korang, korang tak kisah pon, kalau nak ganti, ganti la dengan duit apa-apa pun..janji duit korang berlambak dan sah "diperlakukan"..tapi bagi aku, sebagai seorang kolektor wang kertas dan syiling lama...syiling siri pertama ini juga menjadi buruan aku dengan membe aku "AIDIL"..pada kami syiling parlimen ini sebenarnya mempunyai nilainya yang tersendiri..so aku dengan membe aku "AIDIL" ini berusaha yang setakat kami mampu untuk mengumpul dan " menyelamatkan" syiling siri pertama ini supaya tidak terus hilang di telan zaman dan dengan harapan suatu hari nanti semoga ianya boleh dijadikan tatapan anak cucu kami di hari muka....InsyaAllah...so kalau ada diantara korang-korang yang ingin berjinak-jinak dalam dunia " numismatic " ini, maka langkah pertama korang, kumpul dan "selamatkanlah" dulu syiling ini sebelum terlambat (saranan aku je nih)...Salam....

Saturday, 14 May 2011

COMPLETE SET 1 CENTS, 5 CENTS, 10 CENTS, 20 CENTS DAN 50 CENTS MALAYA AND BRITISH BORNEO

 1 CENTS, 5 CENTS, 10 CENTS, 20 CENTS DAN 50 CENTS MALAYA AND BRITISH BORNEO ( QUEEN ELIZABETH THE SECOND )


 1 CENTS


 5 CENTS


 10 CENTS


20 CENTS


50 CENTS



Friday, 13 May 2011

RM50 Sign Ismail Md. Ali

Complete Set Syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen 2011

50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen 2011

Entri kali ini aku cuba upload dan berkongsi koleksi Syiling 2011 yang ada dalam koleksi aku.Sebelum "mereka-mereka" ini dimasukkan dan disimpan dengan sebaik2 nya di dalam  coin album aku, aku ambik gambar dulu la...he3..Berkat usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa...hehehehehe...maka aku dapat completekan koleksi syiling 2011 aku ini bermula dengan 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Untuk pengetahuan korang jugak, sebenarnya untuk tahun 2011 ini sebenarnya kolektor- kolektor syiling dan wang kertas sebenarnya menunggu untuk keluaran syiling Siri ke-3.( itu adalah antara khabar angin yang aku dengar lah, BNM akan keluarkan syiling siri ke-3 untuk tahun 2011) namun bila yang dinanti-nanti kan tak kunjung tiba, akhirnya keluar jugak syiling 2011 ini, ingatkan designnya lain (Siri ke-3) tapi bila ditengok2 sama je design ngan syiling siri ke-2( 1989-2011 ). so ramai lah kolektor-kolektor yang frust..he3 ( termasuklah aku sendiri )  Sedar tak sedar dah nak masuk 23 tahun dah kita gunakan syiling siri ke-2 (1989-2011) nih..mungkin dalam 2 atau 5 tahun lagi BNM mungkin akan keluarkan Syiling Baru iaitu syiling generasi ke-3 kot.( itu yang aku agak la, jangan percaya sangat sebab aku bukan kerja kat BNM pun..he3)untuk pengetahuan korang jugak, Mintage untuk syiling-syiling 2011 ini aku belum pasti lagi., tapi yang aku tahu untuk dapatkan syiling 50 sen 2011 memang susah, ( mungkin baru bulan 5 kot ) tapi aku tak pasti  lah berapa mintage untuk 50 sen 2011 nih. Adakah syilling 50 sen 2011 akan menjadi "RARE"????..so kita tunggu dan lihat jelah nanti...Sekian...Salam...