Follow Me My Prenzzz!!!

Thursday, 24 May 2012

" Katakan Tak Nak Pada Rokok !!!"..tapi itu semua bergantung kepada individu la nak ke tak nak...untuk pengetahuan semua aku mmg adalah seorang perokok tegar yang pernah cuba nak berhenti merokok tapi asyik tak menjadi je...keh3 ( Alasan x nak berhenti je tuh...he3)..Entri kali ini bukan untuk mengajak orang lain untuk sama2 terlibat dengan aktiviti rokok merokok nih...bagi mereka yang tidak merokok rasanya baik tak payah la untuk mencuba merokok kerana bila dah jadi mcm aku nih dah sampai tahap susah dah nak berhenti...buang duit je nanti, klu nak berhenti pon kena amik masa jugak la untuk biasa...bak kata orang nak seribu daya, tak nak seribu dalih...InsyaAllah aku akan mencuba untuk berhenti satu hari nanti...Namun entri kali ini bukan untuk promote orang lain supaya merokok mcm aku nih, tapi aku cuba kongsikan beberapa barang jenama DUNHILL yang aku dapat awal tahun aritu..So layanzzzzzz jelah item dari DUNHILL yang ada dalam simpanan aku nih....

Tin Dunhil King Size ngan Dunhill 20 kotak lama yang masih ada 20 batang rokok didalamnya sebagai koleksi...Aku rasa rokok ni rasanya dah lain mcm dah kot...sayang nak bukak untuk cuba..biarlah kekal tersimpan sebagai koleksi Aku Punyer


Kotak Dunhill 14 dengan 2 Variety yang berbeza.. kotak sebelah kiri yang tidak ada gambar amaran penyakit berbahaya dan 1 lagi mempunyai gambar amaran penyakit gangren..sekarang ni DUNHILL dah tak keluarkan kotak rokok 14 batang dah...ni pon nasib terjumpa yang orang buang punya...

Tin rokok Dunhill Menthol Lights 40 batang...aku beli kat kedai Runcit dekat Taman Rinting, Johor awal tahun aritu...bukan beli rokok pon tapi beli tin dia je ngan harga RM1..berbaloi-baloi...hu3

Wednesday, 23 May 2012

FREE GIFT DARIPADA DUMEX

Salam 1 Malaysia kepada semua yang sudi berkunjung ke sini dan meluangkan masa dalam blog aku nih...Hari ini aku cuba kongsikan apa yang aku dapat pada 23/5/2012 iaitu Tin edisi khas yang di keluarkan oleh Dumex sempena 54 tahun Dumex bertapak di alam nih...setelah mendapat info daripada Blog Bro Spallan http://spallanpunya.blogspot.com/2012/05/merahhijaupink.html pada malam semalam hati sudah menjadi tidak keruan...he3...Barang baik nih, aku mesti takkan lepaskan, nasib baik lah malam tu pasaraya atau kedai Apek dah tutup klu tak memang aku akan serbu malam tu jugak untuk dapatkan bnda alah nih...Tapi berkat kesabaran aku, maka aku telah deal ngan kawan aku yang mana anak2 dia minum susu nih, so aku bagitahu lah dia yang aku hanya inginkan tin Dumex nih untuk dijadikan Koleksi dan susu tu aku jual pada dia, maka dia pon bersetuju ( Yahooo!!! hati aku keriangan..keh3 )...so tk delah aku membazir sangat sebab anak aku mmg tak minum susu nih, diaorang minum Dupro ngan Nan...so bila persetujuan telah dicapai maka balik dari tempat keje aku terus ke kedai apek dekat umah aku tu, akhirnya Tin-tin ini berjaya jugak aku dapatkan dengan pembelian 3 paket susu Dumex Dugro 3-6 tahun...Bermula lah cerita dekat kedai jual susu tu plak...mula2 orang jaga kaunter ( Pekerja dia gak, bukan tokey ) pembayaran tu kata untuk dapatkan Tin nih kena beli dua pek susu Dumex Dugro 900g baru leh dapat 1 tin Dumex Edisi Khas nih ( Betul ke??? Aduhai...hati sudah frust sebab aku nak ketiga-tiga tin ni baru lengkap koleksi aku, takkan aku nak beli 6 paket baru leh dapat 3 tin lengkap DUmex nih, bukan aku nak jual susu pon beli banyak2 )...Aku x puas hati, lepas aku buat pembayaran, aku pergi belakang dekat tempat susu tuh nak baca dia punya iklan betul2, aku tengok ada pekerja dia yang jaga bahagian susu tuh dan aku buat2 tak paham dan aku tanya dia " ini susu 1 pek boleh dapat 1 tin ke??" pekerja dia tanpa was-was jawab "yea"...aii..lain plak ngan kaunter cakap ( aku cakap dalam hati la..hu3) so aku pun tunjuk la pada dia yang aku dah beli 3 pek, tapi dapat 1 tin je nih..dia cakap mungkin kat kaunter dah abis stok kot, nanti dia pergi amik kat dalam stor, aku pon tunggu lah...tengok2 dia bawak ketiga-tiga jenis tin yang aku nak tu..terus dia masuk kan kt dalam plastik aku..so apa lagi aku terus keluar la dengan muka kepuasan dan seronok yang bukan main sebab dapat jugak aku lengkapkan koleksi Tin Dumex Edisi Khas nih...bukan salah aku dah sebab aku rasa mungkin untuk 1 pek mesti akan dapat 1 tin Dumex nih..mungkin ada miss comunication kat ctu kot antara Kaunter ngan orang yang bahagian jaga susu tu kot...Biaq pi la, janji dia dah untung besar pun..bukan salah aku pun dan bukannya aku curi pun kan...koh3...( Cerita Panjang sangat, tapi tak de yang menarik pun...he3)

Gambar iklan ni aku pinjam dari Blog Bro Spallan  http://spallanpunya.blogspot.com/2012/05/merahhijaupink.html ..Sori Bro pinjam gambar x bagi tahu...minta izin utnuk kegunaan blog aku sebab aku tak de gambar iklan nih...Apa2 hal pun terima kasih diatas info yang aku dapat dari blog Bro tuh...memang terbaikkkk!!!!


Tin Dumex yang berwarna Hijau...Sungguh menawan...Gambar pun OldSkool je nampak..tu yang tak boleh tahan tuh...

Merah Jambu pun tidak kurang hebatnya...Walaupon lebih kepada warna orang perempuan tapi tetap menarik untuk dijadikan koleksi...Gambarnya pun turut nampak Oldskool...mengamit Nostalgia..keh3

Merah yang menambahkan lagi penyeri untuk koleksi tin Dumex aku nih..

Tak sesuai untuk simpan susu formula dalam nih..mungkin tidak kedap udara sangat kot...lagi pon aku bukan nak buat bekas simpan apa2 pon...just nak buat koleksi je...keh3

Ketiga-tiga jenis tin Dumex yang berjaya aku perolehi..puas hati aku arini...

Aku kongsikan jugak barang Coca Cola EUFA EURO 2012 yang aku dapat arini...walaupon tidak menarik...janji Coca Cola...layan  je lah..he3

Sunday, 20 May 2012

COCA COLA TRUCK

Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog " Koleksi Aku Punyer...Cap Ayam jee" yang sudi berkunjung dan meluangkan masa untuk berada di dalam blog aku yang tidak seberapa nih...apa2 hal pon aku ucapkan terima kasih banyak2 pada korang yang sudi bertandang ke sini...hari ini aku cuba untuk kongsikan beberapa barang yang aku dapat tahun lepas dan sudah masuk dalam koleksi aku yang tidak seberapa nih...rasanya dah lama otai2 koleksi dah ada benda nih atau otai2 tk kumpul pon bnda mcm ni...kolektor cap ayam mcm aku je kot yang kumpul bnda nih...he3...apa2 hal pon janji hati mau seronok...so layanzzzzz jelah...

 Aku beli truck Coca Cola jenama TOMICA ni dekat jusco...ada promosi time tu, so aku pon sambar la 4 ketul terus buat stok...he3

Truck Coca Cola satu warna merah dan satu lagi warna putih...

Saturday, 19 May 2012

CAP AYAM JEEE......

Salam 1 Malaysia...mlm ini aku cuba jugak kongsikan beberapa biji gelas yang ada dalam simpanan aku nih...bukannya barang hebat sangat pon..tapi ok lah bagi aku yang baru mula nak belajar mengumpul nih...segan jugak rasanya klu otai-otai tengok barang koleksi aku yang x seberapa nih...namun aku dah cuba untuk mengumpul setakat yang aku termampu lakukan...masih banyak yang aku kena belajar dan kena Collect...pelan2 kayuh la kan...takut laju sgt kayuh nanti tertiarap tak boleh bangun plak nanti...he3..

 Gelas Pepsi-Cola, tidak pasti tahun bila dikeluarkan (ada Crown kat tapak gelas nih)

Gelas Coca Cola : Enjoy Coca Cola, Drink Coca Cola dan Minum-lah Coca Cola ( ada crown kat tapak gelas )

 Gelas Sinalco ( ada crown jugak kat bawah tapak gelas )

 Gelas Coca Cola ( KIG MALAYSIA )

 Gelas F&N

 Gelas Yeos Hiap Seng, Magnolia dan Mirinda

Gelas Coca Cola & Coke ( tidak pasti daripada mana, yang pasti lebih tinggi sedikit dari gelas Mc Donald yang Malaysia punya)

RM50 6TH & 7TH SERIES

Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog aku nih...dah lama rasanya aku tak buat posting pasal Koleksi Duit aku nih..Kali ini aku ada sedikit cerita pasal Koleksi duit yang ada dalam simpanan aku yang aku dapat baru-baru nih...bukan niat nak menunjuk2 tapi sekadar berkongsi koleksi yang aku ada....layanzzzz jelah k...

 Ini bukan iklan untuk perniagaan MLM tapi koleksi RM50 yang aku dapat tanpa disangka-sangka..ceritanya macam ni, ada sorang kawan aku nih keje bahagian kerani kewangan merangkap CC ditempat keje dia..satu hari tu Bos tempat keje dia kasi duit2 yang dalam gambar kat atas tu untuk suruh dia  pergi tukarkan kat bank..mengikut citer kawan aku tuh duit2 nih duit mak kepada bos kawan aku tuh..dah lama dah simpan ( mungkin orang tua style simpan duit bawah tilam @ bantal kot ) mungkin bos dia tu juga ingt duit2 ni dah tak sah laku lagi kot, tu yang suh member aku g tukar dekat bank tuh..apa lagi member aku ni dah tahu yang aku ni kaki duit lama punya orang..so dia bagi la kat aku dulu tengok duit2 yang bos dia bagi suh tukar tuh..ada la RM1000 semuanya...aku pon apa lagi kasi select la kot2 ada la terlekat RM50 Aziz taha ke,replacement WA ke, Printer FCO ke barang sekeping dua...he3..tapi hampa bila di select2 tak jumpa pon barang yang di cari..namun aku tak lepaskan peluang jugak amik la barang sekeping dua untuk ditambahkan dalam koleksi..sayang jugak tkot nanti dah masuk bank susah dah nak jumpa duit ni nanti...


 Inilah hasilnya yang aku dapat dari tilik menilik yang dilakukan itu..sebenarnya duit RM50 Sign Jaafar Hussein ngan SignAhmad Don ni dah ada dalam simpanan aku barang sekeping dua..rasanya memang dah tak nak cari dah duit RM50 nih..tapi bila barang dah ada depan mata dan datang tanpa diundang rasa sayang la plak nak lepaskan, so aku amik la jugak 4,5 keping untuk disimpan ( mana tahu seratus tahun lagi harga melambung tinggi, kayo anak2 aku nanti...he3 )...memang duit ni harga marketnya tidak la mahal sangat skang ni dan masih senang nak dapat ( tu pun kena cari la, nak dapat senang2 kat pasaraya tak de la kot)....tapi sayang conditionnya tidak berapa cantik lebih kurang VF hingga VF++...Walaupon conditionya kureeenggg sikit, aku ingt macam nak amik semua tapi modal plak tak cukup...so ini jelah yang mampu aku amik untuk simpanan dan dijadikan pertambahan dalam "koleksi Aku Punyer".( RM50 Ahmad Don - 2 keping Printer B.A. BankNote dan 3 keping lagi Printer Thomas De La Rue termasuk 1 keping yang Sign Ahmad Don  )

RM50 Sign Ahmad Don Printer B.A. BankNote ( 1st Prefix BR )

Friday, 11 May 2012

GELAS DARKIE

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog aku nih..dah hampir bersawang dah blog aku ni sebab dah lama rasanya tidak "berupdate"..kekangan masa membuatkan aku tidak sempat untuk mengadap blog ni dan mengentrikan barang2 koleksi yang aku dapat....namun barang2 lain tu akan di entrikan sekiranya ada masa yang terluang nanti..namun malam ini dalam kesibukan yang melampau ni...he3, aku mencuri sedikit masa untuk mengentrikan barang yang baru je aku dapat ni secara kebetulan di kedai barangan terpakai...dapat pon dengan harga yang tidak sampai RM3 pun untuk 2pcs..dah tengok pun murah aku sebat la (klu mahal sikit pun aku rembat jugak, sebab hati dah minat dan agak lama la jugak aku dok cari bnda nih)..tambah2 barang/jenama ni bukan senang lagi nak dapat kat pasaraya sebab DARKIE dah tukar pada DARLIE dah skang ni( klu barang Darlie rasanya masih banyak lagi stok ada kt pasaraya )...namun begitu aku tidak pasti berapa lamakah usia  barang yang aku baru dapat nih..klu ada info tolong kongsikan dengan aku yang baru nak belajar nih... 

GELAS DARKIE DENGAN CORAK BUNGA YANG SAMA TAPI WARNA YANG BERBEZA

Sunday, 8 April 2012

MEMBURU LAGI......

Salam 1 Malaysia untuk pengunjung-pengunjung blog " Aku Punyer " yang sudi berkunjung, singgah atau tersesat ke dalam blog ini..Terlebih dahulu Aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda di sini...Entri kali ini aku cuba untuk kongsikan sedikit hasil buruan yang aku dapat di Pontian Johor...Hari Sabtu ( 7/4/2012 ) lebih kurang pada pukul 12.30 tengahari aku dengan kawan aku AIDIL tuan punya blog http://edilelly.blogspot.com/ tanpa dirancang kami telah bergerak ke Pontian dari Johor Bahru..Sesi pemburuan hari itu aku anggap satu sesi pemburuan terjah sahaja...sebab kami tidak tahu mana tempat atau lokasi yang akan kami tuju..cuma mengikut firasat Nujum Pak Belalang yang kawasan Pontian adalah merupakan bandar lama dan dengan harapan kami akan dapat sesuatu dekat sana..sambil mata melilau-lilau ke sana kemari alih-alih aku terpandang sesuatu yang amat aku kenali sekali berada dekat tepi sebuah kedai runcit Apek dekat bandar Pontian nih ( tengok gambar kat bawah )..Apa lagi kami pun berenti la...


KEDAI APEK 1 :
Apa lagi kami mula lah pasang ayat...minta nak beli botol2 yang ada kat tepi tuh..tapi Apek kedai tu sungguh baik hati wa cakap lu...dia cakap tak payah bayar " Lu kasi angkat la, ini botol sudah talak pakai lagi woo"..banyak2 terima kasih la Uncle..( lupa nak tanya Uncle tu punya nama la..hu3 ) Sebenarnya gambar botol dan crate diatas ini kami ambil gambar selepas dah kami selongkar dan hasil buruan yang kami nak sudah berada dalam kereta...dengan rakusnya kami memunggah hasil buruan itu masuk kedalam kereta...he3..

KEDAI APEK 2:
 Ini lagi satu kedai apek yang aku dengan kawan aku pergi...tapi apek ni tk sama mcm yang apek satu lagi tuh...yang ini dia jual sama aku dengan kawan aku...jual pun jual la, gua kasi rembat..tapi jual pon dengan harga yang mampu milik..RM10 untuk satu crate siap dengan botol yang boleh diplih mana-mana yang kami nak...kena la jugak keluarkan modal sikit untuk Botol kosong nih..apa2 hal pon jangan pandang rendah pada botol kosong !!!mungkin takde harga untuk orang yang tak minat..tapi amat berharga untuk kami yang minat..koh3

 Hasil buruan yang diperolehi dibawa kerumah kawan aku AIDIL untuk di cuci..bagi lu punya bil air naik sikit bro...kah3

 Kawan aku tengah menilik dan memilih botol-botol yang sudah siap di basuh...tengah cari botol2 yang rare ke bro???ha3...x de nya botol rare bro...semua botol cap ayam je nih...tapi mungkin 1 hari nanti akan jadi rare atau jadi harta karun kalau disimpan lebih daripada sejuta tahun...keh3

 Hasil buruan yang telah siap dicuci dan telah dibersihkan segala kekotoran yang tidak diperlukan...sikit2 punya kototr itu biasa lah Bro...Proses pembahagian harta karun ini telah dilakukan dengan sebaik2 nya agar semua pihak berpuas hati...he3

 Ini lah hasil "bahagi dua" antara aku dengan AIDIL dan botol-botol ini beserta crate Coca Cola inilah yang telah menjadi hak milik aku...tidak terlalu banyak namun cukup untuk buat bekal..mana la tahu kot2 nanti nak jadi pembekal madu lebah asli...boleh la gunakan botol ni untuk isi madu, jimat sikit kos untuk beli botol he3....tedapat botol-botol berjenama seperti Coca Cola, Sprite, 7UP, Kickapoo dan Mirinda untuk disimpan...walaupon botol kosong dan biasa-biasa saje namun ianya akan tetap dihargai dan disimpan dengan baik oleh aku dengan kawan aku...keh3

 Disini juga aku uploadkan sekali Pelita minyak tanah yang boleh dikatakan lama la jugak ( Siap ada gambar amoi lagi kat belakang tuh ), namun masih boleh diperolehi kalau rajin mencari..lampu ni aku dapat kat kedai apek yang No. 2 tuh...

Lampu Suluh berjenama Eveready ( Tinggi ) dan Tiger Head ( Rendah ) ni jugak aku dapat dekat kedai apek No. 2 tuh....