Berblogger untuk suka-suka dan sekadar untuk berkongsi info dengan teman-teman yang mempunyai minat yang sama..tidak ada yang special pon...aku budak baru nak belajar..Blog aku yang sempoi dan tidak berapa menarik pon..klu ada yang tersesat kedalam blog gua nih..dan kalau sudi untuk memberi komen...sila lah...kalau ada yang nk kutuk pon gua tak kisah...yang sudi follow gua ucapkan terima kasih banyak2...peace!!!!
Follow Me My Prenzzz!!!
Wednesday, 8 June 2011
Sunday, 29 May 2011
Awas!!! Jangan tertipu…
Dua Jenis Syiling Palsu Tahun 2005 yang Berbeza, Sebelah kiri adalah Syiling palsu yang melekat pada magnet dan yang sebelah kanan adalah jenis yang tidak melekat pada magnet
Ujian menggunakan magnet membuktikan yang syiling palsu 50 sen Tahun 2005 juga ada yang melekat pada magnet
Apa yang aku cuba uploadkan ( gambar ) kat atas tu adalah bukan coin error ataupun rare..apa yang aku cuba ceritakan kali ini adalah mengenai syiling “50 sen palsu” untuk pengetahuan korang syiling 50 sen palsu ini sebenarnya aku jumpa dalam tabung syiling aku sebelum ini..dan untuk pengetahuan korang juga
“ Menyimpan syiling palsu juga adalah merupakan satu kesalahan”. Namun syiling 50 sen palsu yang ada dalam koleksi aku ini bukannya cuba untuk digunakan bagi memperdayakan mana-mana pihak..tetapi sebagai kolektor Syiling dan Wang kertas, aku menyimpan syiling ini adalah sebagai rujukan sahaja dan aku uploadkan kat sini adalah untuk berkongsi info dengan korang semua..memang sekali pandang korang mungkin takkan perasan yang ini adalah syiling palsu sebab syiling palsu ini sekali tgk seakan-akan syiling yang original. Tapi bila diteliti betul2 korang akan perasan yang syiling ini sebenarnya berbeza dengan syiling- syiling yang original. Beberapa ciri yang boleh kita tengok untuk mebezakan antara syiling palsu dan original adalah dari segi berat syiling tersebut…syiling palsu lebih ringan daripada syiling yang original, selain itu cetakan pada gambar bunga raya dan juga gambar wau dibelakang adalah lebih kasar berbanding syiling original. Disamping itu permukaan syiling palsu juga amat berbeza dengan syiling original kerana permukaan untuk syiling palsu adalah lebih licin berbanding syiling yang original. Untuk pengetahuan korang juga syiling palsu ini juga mempunyai dua jenis..yang pertama jenis yang melekat pada magnet dan yang 1 lagi adalah jenis yang tidak melekat pada magnet. Selain itu juga bunyi antara syiling original dan syiling palsu bila dijatuhkan ke lantai simen korang akan mendengar bunyi yang nyaring untuk syiling original dan bila syiling palsu dijatuhkan ke lantai bunyi yg terhasil tidak akan sama dengan bunyi syiling yang original.( material yang digunakan lebih rendah mutunya berbanding syiling yang original) Ini lah serba sedikit perbezaan yang aku tahu berkenaan antara syiling palsu dengan syiling original..so berhati-hati lah dalam urusan harian korang dan jangan sampai tertipu…." BANTU LAH PIHAK BERKUASA UNTUK MEMBANTERAS PENGELUARAN SYILING DAN WANG KERTAS PALSU "
" Tinggal kenangan "
20 SEN 1994
MINTAGE 2,680,339
MINTAGE 2,680,339
" Selamat Tinggal " itulah ungkapan yang sesuai yang boleh diluahkan buat masa sekarang nih...( cewah, jiwang la plak) hahahahaha....jangan salah sangka...bukan nak berjiwang...cuma aku nak ucapkan " Selamat Tinggal" kepada Syiling 20 sen 1994 ni je...untuk pengetahuan korang Syiling 20 sen 1994 ni telah berpindah tangan kepada kawan aku " AIDIL " tuan punya blog http://duit-duitmalaysia.blogspot.com/ ...syiling ni bukan di jual kepada beliau tetapi aku dengan dia SWAP Suka Sama Suka ( SSS ) je...kira berbaloi la dia bagi aku 40 keping syiling 1 sen parlimen..aku just bagi dia 20 sen 1994 dan syiling RM1 1994..he3..sebenarnya syiling ni dah lama berada dengan aku dan aku rasa dah tiba masanya untuk " beliau" bersama tuannya yang baru...he3..harap2 tuannya yang baru nanti akan jaga " Beliau" dengan sebaik mungkin seperti mana aku menjaga nya dulu..he3...harap dengan "pemergian" syiling 20 sen 1994 ni koleksi aku dari hari kehari akan bertambah dengan lebih banyak dan lengkap...InsyaAllah.....
Coin Error
50 Sen 2008
50 Sen 1999
"Error ke Coin nih???? apa yang error coin nih???"...bagi yang kurang arif dan kurang minat pasal coin error nih, itu lah pertanyaan yang mereka akan ajukan apabila mereka melihat coin yang mcm nih..kalau yang bukan mencari coin jenis macam nih atau bukan kolektor mungkin takkan perasan apa yang specialnya pada coin ini..pada mulanya aku pon tak berape perasan sangat apa yang specialnya pada coin nih...tapi bila di tilik-tilik, aku rasa coin ni mcm pelik je dan berbeza dengan coin-coin lain yang sama tahun dengannya..so dengan tidak teragak2 aku simpan jelah coin nih untuk dijadikan koleksi..dah lama aku simpan coin nih..so ada kesempatan aku cuba tanya ngan "otai-otai" yang tahu pasal coin nih, kenapa coin ni leh jadi mcm nih dan mengikut pendapat "otai" yang aku rasa bagi aku "otai " nih memang mahir dalam bab2 coin error nih, dia cakap error untuk coin nih namanya adalah " Struck through grease filled die "..ntah la...aku pon tak paham sangat apa maksudnya...apa yang aku boleh explain kan kat cni cuba korang tgk pada tulisan "SEN" pada duit 50 Sen tahun 2008 dan cetakan tahun " 1999 " pada coin 50 sen 1999 itu juga dah jadi "X999" dan tulisan " SEN " pada coin 2008 tersebut juga dah hampir terpadam..tulisan "SEN" dan "X999" tersebut bukan terpadam disebab ada sape2 yang cuba hilang kan tapi tulisan "SEN" dan tahun "X999" tersebut terpadam daripada kilang tempat syiling ini tini di tempa..so sebab itulah coin ini di panggil error..error disebabkan semasa proses tempaan syiling itu dilakukan..aku juga pasti yang ini bukan duit palsu dan coin ini sememangnya error..walapon errornya ada lah" minor error " je tapi tk pe aku akan tetap simpan untuk koleksi aku..mana lah tahu kot2 satu hari nanti leh dapat coin yang lebih error dan lebih ganazzzzzssssss lagi daripada ini...InsyaAllah...so ini adalah merupakan satu permulaan yang baik untuk aku terlibat dalam pemburuan untuk memburu coin2 error yg lebih hebat di masa hadapan..he3..
Alahai..... 1 Sen je ke??
1 SEN ( BUNGA RAYA 1989-2007)
Tak de cerita aku buat cerita...he3...Disini aku uploadkan antara koleksi 1 sen bunga raya atau 1 sen siri ke-2 yang aku ada...kesemuanya adalah 1 sen siri ke-2 sebab aku telah asingkan antara siri pertama dan siri ke-2. Namun begitu jumlah kesemua 1 sen yang aku ada ni aku tk pasti la berapa ribu keping.( tak larat nak kira dan nak select untuk cari mana yg error/cacat)..tapi yang aku pasti memang banyak la jugak...he3...kesemua duit satu sen siri ke-2 yang aku dapat ni adalah ehsan daripada ramai orang...tanya dengan orang tu, tanya dengan orang ni...akhirnya ini lah hasil yang berjaya aku kumpul( ada 1 plastik lagi yg belum aku masukkan dalam bekas nih...hu3)..mungkin pada korang, apalah nak diherankan sangat dengan duit 1 sen ni kan...mesti berlambak lagi dengan korang kan...untuk pengetahuan korang jugak, hari ini negara kita sudah tidak lagi mengeluarkan lagi duit 1 sen ni sejak daripada tahun 2007...namun begitu ada jugak aku dengar ura-ura yang mengatakan bahawa penggunaan 1 sen dalam urusan jual beli kita mungkin akan dikaji semula oleh kerajaan / BNM ( maknanya duit 1 sen ni akan digunakan semula la, tapi aku x pasti la guna balik ke tak 1 sen nih)..untuk pengetahuan korang jugak, sekarang ni kita dah tidak menggunakan lagi duit 1 sen ni...kalau dulu pergi pasaraya beli barang lepas bayar mungkin baki yang kita terima tu mesti la ada sekeping atau dua keping duit 1 sen kan..tp skang bila sistem penggenapan( betul tak istilah aku guna ni..he3) telah digunakan maka 1 sen yang ada skang telah tidak diguna pakai lagi dlm circulation...jadi 1 sen yang aku ada ni kalau disimpan sejuta tahun rasanya boleh jadi harta karun kot..he3...apa-apa pon korang layanzzz jelah...Salam....
Friday, 27 May 2011
NOMBOR SIRI " CAP AYAM JE"
Salam...Entri kali ini aku cuba upload dan kongsikan beberapa koleksi duit RM1 yang mana no sirinya bagi aku, aku rasa cantik la jugak..bagi orang lain atau otai2 yang power no siri ni mungkin biasa-biasa je...kalau ada no mcm ni pon mungkin otai-otai ni tkkan simpan pon dan mungkin akan gunakan duit mcm ni untuk buat beli rokok atau bayar tol je...Namun bagi aku, seorang pengumpul yang miskin dan kekurangan modal untuk dapatkan prefix no yang solid, jumpa no siri mcm ni pon aku kumpul jugak..yelah nak dapat kan no siri/prefix yang Solid mmg x termampu lagi buat masa nih.(namun aku akan berusaha untuk dapatkan yang solid jugak satu hari nanti...InsyaAllah)....Namun apa pon tanggapan korang pada duit yang aku kumpul ni, namun aku tetap sayang dan akan simpan duit ni sebagai koleksi peribadi aku...Untuk pengetahuan korang ada diantara duit ni aku beli tapi aku dapat ngan harga yang murah je...contohnya yang no 9999990 dan 9999991 tu aku beli dan aku dapatkan duit tu ngan harga tak sampai pon RM16( murah ke mahal korang la tentukan untuk aku ok) ....hu3...dan duit yang lain-lain tu ada yang aku dapatkan secara kebetulan masa beli rokok dan ada juga pemberian/sedekah dari kawan-kawan aku kerana diorang tahu aku ni kaki kumpul duit-duit lama (walaupon duit ni bukannya duit lama pon)..apa-apa hal pon aku ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan aku yang banyak membantu menambahkan lagi koleksi duit aku nih...Terima Kaseyyyyyyyyyy....Salam...
Saturday, 21 May 2011
" Extra Metal " 1 sen 1988 ( Parlimen )
1 SEN 1988 ( PARLIMEN )
Salam....Entri kali ini aku cuba nak kongsi ngan korang syiling 1 sen siri pertama Tahun 1988 ( Parlimen ) yang ada dalam koleksi aku nih..Syiling 1 sen yang aku ada ni boleh la jugak di kategorikan sebagai syiling "Error/Cacat" jugak lah, walaupon kecacatan yang ada pada syiling ini sebenarnya tidak lah berapa besar dan boleh la di kategorikan sebagai " minor error " je...biasanya kalau dikalangan pengumpul duit-duit lama diorang akan paham apa sebenarnya yang berlaku pada syiling ini..tapi bagi yang baru nk berjinak-jinak dalam hobi mcm ni pastinya korang kurang tahu berkenaan error yang berlaku pada syiling ini. jadi dalam entri kali ini aku cuba nak share lah serba sedikit apa yang aku tahu berkenaan syiling ini..Cuba korang perhatikan dalam bulatan yang telah aku buat..dan cuba tengok di tepi no "1" tu dekat bahagian tepi tu korang akan perasan seakan ada lebihan besi/metal dekat tepi "1" tu kan kan....Okey untuk pengetahuan korang jugak error seperti ini ianya di panggil sebagai " Extra Metal "( aku rasa dah betul kot panggilan error untuk syiling ni, kalau tk betol cuba betulkan aku ok..he3 )..Untuk pengetahuan korang jugak sebenanya untuk jumpa kecacatan ataupun error yang berlaku pada syiling siri pertama 1967-1988 ( parlimen ) ini sebenarnya agak susah kalau nak dibandingkan dengan kecacatan yang berlaku pada syilling siri ke-2 1989-2011 ( Bunga Raya ).kalau nak dibandingkan dengan syiling ( Bunga Raya ) boleh dikatakan mudah la jugak kalau nk jumpa yang error/cacat, tapi untuk syiling parlimen susah sgt2 nk jumpa. yang error/cacat ni ( itulah bezanya kalau nak dibandingkan antara mesin lama ngan mesin baru buat kerja..mesin lama kurang sgt-sgt kerosakan yang berlaku pada syiling, kalau mesin baru?? korang buat la kesimpulan sendiri..hu3 ) ....So kalau korang jumpa kecacatan yg berlaku pada syiling siri parlimen ni korang boleh la dikira sebagai mereka-mereka yang bertuah...he3... Jadi kalau korang jumpa error/cacat pada syiling siri parlimen ni simpan lah ia nya dengan sebaik2nya...apa yang paling penting SIMPANNNNNN!!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)




